10 Tips Ibu Bapa Sebagai Motivator (Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah) – Bahagian 3

Sayang isteri, tinggal-tinggalkan, saya anak, tangan-tangankan. Peribahasa kekeluargaan yang sering kita dengar sebelum ni. Kalau bab anak tu, tangan-tangankan, agak-agak apa yang bermain pada fikiran kita? Mesti ingat perlu pukul atau denda anak yang bersalah kan? Adakah cara sebegini terbaik untuk mendidik anak-anak?

Jom saya sambung lagi 14 Tips Ibu Bapa Sebagai Motivator (Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah). Tips ni adalah kesinambungan daripada Bahagian 1 dan Bahagian 2.

 

keluarga bahagian

 

1) Anak Kedua

Anak kedua dikatakan lebih berdikari dan biasanya agak tersisih daripada hirarki keluarga. Jadi ibu bapa perlu memberi perhatian dengan anak kedua masing-masing walaupun mungkin tak semua anak ke-2 ni sebegini.

 

2) Amalan Tidur

Amalkan tidur dengan cara mengiring ke sebelah kanan).

 

3) Bersangka Baik Pada Allah

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah telah berfirman:

“Aku mengikut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku”                      (Riwayat Ibnu Abid-Dunya)

Jadi perlulah sentiasa berfikiran positif. Sebab Allah dah bagi jaminan kan? Tunggu kita je nak percaya atau tidak. Maknanya keyakinan tu sangat penting.

 

4) Rangsangan Kata-kata Positif Dari Awal

Ibu bapa terutamanya para ibu perlu merangsang anak-anak dengan kata-kata positif sejak mereka di dalam kandungan lagi.

Walaupun anak kecil tidak membalas, mereka sebenarnya faham. Aura positif tu dah terakan dan terbina dalam minda dan jiwa anak-anak sejak kecil.

 

5) Rangsangan Berterusan

Merangsang anak-anak bermula daripada bayi lagi sehingga mereka dewasa. Setelah anak dewasa, beri kebebasan kepada mereka untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

 

6) Doa Sentiasa

Doa mempunyai kuasa yang hebat. Doa itu senjata orang mukmin.

 

7) Kepimpinan Melalui Tauladan

Ibu bapa perlulah berubah ke arah yang lebih baik terlebih dahulu, barulah boleh merangsang perubahan kepada sesebuah keluarga.

Anak kecil cenderung untuk mengikuti apa yang ibu bapa mereka lakukan dan cakap.

 

8) Elakkan Penderaan

Jangan mendera anak-anak. Ini kerana anak-anak yang membesar sebagai mangsa dera akan cenderung untuk mendera anak-anak mereka pula, iaitu cucu kita.

 

9) Didikan Mengikut Kecenderungan

Didiklah anak-anak mengikut personaliti masing-masing. Ibu bapa tidak boleh menyamakan cara mendidik untuk semua anak. Kiranya tak boleh main pukul rata lah.

Ada anak yang jenis senang diajar secara lisan, ada yang perlukan peralatan tambahan, ada yang perlu ditunjukkan logik dan sebagainya.

10) Sentiasa Membaiki Diri

Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi (terpedaya) apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka (gagal) apabila hari ini lebih teruk dari semalam.”

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

 

 

Berbalik kepada peribasa awal tadi, saya kira, tangan-tangankan ni boleh kita anggap sebagai tanggungjawab keluarga terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ketegasan dan peraturan adalah perlu. Dijalankan secara berhikmah tanpa mengikut emosi sehingga mendera fizikal dan mental anak-anak.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

7 Comments

  1. oyong ilham February 20, 2016
  2. Indahnya berbagi tentang ISLAM February 20, 2016
  3. NAULA FURNITURE February 27, 2016
  4. cik tom February 28, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge