20 Penyakit Utama Disebabkan Obesiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

20140502-154321.jpg

 

Obesiti boleh berlaku di semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak sehingga ke orang dewasa. Walaupun obesiti dilihat sebagai berat badan yang berlebihan, namun apa yang paling membimbangkan adalah kemunculan penyakit-penyakit yang agak merbahaya.

 

Di antara 5 jenis penyakit kronik yang boleh disebabkan oleh obesiti ialah:-

 

1) Jantung

Jangan kita sangkakan penyakit jantung ni hanya boleh dihidapi orang tua sahaja, tetapi ia turut menyerang orang yang muda belia. Selalu kita mendapat berita kes kematian mengejut kan? Biasanya penyakit jantung berlaku akibat salur darah yang tersumbat dengan lemak dan kolestrol.

Gejala ini sering berlaku ekoran gaya pemakanan yang kurang sihat seperti mengambil makanan rapu dan segera dengan banyak dan berpanjangan.

 

2) Sakit Sendi

Sakit sendi yang sering menyerang golongan obesiti dikenali sebagai osteoarthritis. Biasanya mereka mengalami kesakitan di bahagian sendi lutut, pinggang dan belakang.

Risiko sakit sendi semakin meningkat apabila mempunyai berat badan berlebihan. Ini kerana berat melebihi BMI menyebabkan tisu-tisu pelindung sendi menjadi haus.

 

3) Kencing Manis

Kencing manis berlaku akibat kegagalan tubuh menghasilkan insulin yang secukupnya untuk menukar glukos kepada tenaga. Namun, perkara utama di sebalik kes ini ialah apabila pengambilan makanan berlemak dan rapu secara berlebihan, maka salur darah menjadi sempit atau tersumbat.

Apabila salur darah sempit atau tersumbat, insulin yang dihasilkan akan berkumpul di dalam salur darah. Seterusnya pankreas akan terima signal yang tubuh sudah tidak perlukan banyak insulin. Jadi, inilah yang menjadi punca kekurangan insulin tersebut.

 

4) Kanser

Berkaitan juga dengan lemak. Kandungan lemak yang berlebihan akan meningkatkan lagi paras hormon estrogen. Walaupun hormon ini bagus, namun kandungan hormon estrogen yang berlebihan boleh meningkatkan risiko kanser seperti kanser usus, payudara dan sebagainya.

 

5) Pembesaran Jantung

Pembesaran jantung terjadi akibat jantung terpaksa bekerja lebih keras. Ini secara semulajadi akan berlaku kepada golongan yang mempunyai berat badan yang belebihan.

 

Di antara penyakit-penyakit lain ialah:-

 

6) Embolisme Pulmonari

 

7) Polycystic Ovarian Sydrome

 

8) Refluks Esofagus Gastro

 

9) Hati Berlemak

 

10) Hernia

 

11) Mati Pucuk

 

12) Inkontinen Urinari

 

13) Kegagalan Ginjal Kronik

 

14) Lymph Edema

 

15) Cellulitis

 

16) Strok

 

17) Sindrom Pickwickian

 

18) Kemurungan

 

19) Gout

 

20) Pundi Hempedu

 

Kebanyakan penyakit-penyakit akibat obesiti boleh dicegah dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat.

 

Anda juga boleh merujuk cara Turun 10 KG Dalam Masa Sebulan atau Kurus Optimum Dengan Konsep 3B.

 

Terima kasih 🙂

 

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge