3 Langkah Mudah Turunkan Berat Badan Tanpa Berdiet – Part 1

Berdiet nak kurus. Memang ramai orang buat kan. Diet yang sihat dengan diet yang kita faham selama ini memang mempunyai makna yang berbeza. Kalau menurut istilah nutrisi, diet adalah jumlah makanan yang diambil oleh manusia atau benda hidup. Diet yang dimaksudkan kat sini adalah tahan makan, atau kawalan pemakanan yang ketat sebab nak kuruskan badan.

Sebagai contoh mengambil diet cecair (liquid diet). Mengamalkan pengambilan buah dan sayuran yang dikisar sebagai menu harian memang boleh menurunkan berat badan. Tapi diet sebegini bukan menghilang lemak tetapi air dan otot tubuh kita.

Lagipun, takkan kita nak berdiet cecair sepanjang hayat kita, ye tak? Ianya tak bagus untuk kesihatan. Di samping tu, berat pun boleh kembali naik secara mendadak kalau kita dah tak amalkan diet cecair ni. Maknanya, akan berlaku kesan yo-yo diet.

 

Langkah Untuk Makan Secara Betul

Sebelum ini juga, bila sebut tentang makan secara betul (eating right), mesti kita terbayangkan daging tanpa lemak, susu dan yogurt rendah lemak, makan salad dengan banyaknya (dah nampak tu semangkuk besar salad terhidang..hehe) protein dan elakkan karbohidrat.

Tapi, apakah sebenarnya makan secara betul?

Makan secara betul merupakan KUNCI UTAMA untuk menurunkan berat badan.

 

3 Tips Makan Secara Betul

Kunci utama yang perlu kita sematkan betul-betul kat dalam kepala ni adalah kita nak kandungan gula dalam darah menjadi stabil.

Bila kadar gula dalam darah stabil, badan akan mula pecahkan dan kurangkan lemak dalam badan. Selain tu, ketagihan/keinginan (craving) kita terhadap makanan manis juga dapat dihilangkan atau dikurangkan.

 

#1: Makan Secara Berkala (Meal Intervals)

 

cara makan yang betul dan menyihatkan

 

Hidangan pertama (sarapan) kita yang wajib diambil adalah di dalam waktu sejam sebaik sahaja kita bangun daripada tidur.

BreakFast = BreakFirst

Kita perlu mengambil makanan setiap 3-4 jam bersamaan 5-6 hidangan dalam sehari. Maknanya pastikan ambil saiz hidangan yang kecil tetapi kerap makan.

Tujuannya adalah yang kunci utama tadilah, nak pastikan  kadar gula dalam darah stabil a.k.a. nak kurus dan kurangkan berat badan. Macam nak psiko badan pun ye, tapi secara semula jadi 😛

Pastikan juga hidangan terakhir yang diambil adalah sejam sebelum tidur. Ambil protein dan lemak sahaja dan elakkan karbohidrat. Protein, Fat, yeehaa!!!, Carbo nehi nehi!!!

Nak senang, rujuk jer Piramid Makanan Malaysia dan 5 Jenis Superfoods Malaysia.

 

Tips Mengetahui Keperluan Untuk Kurang @ Lebihkan Makan

Anggap waktu makan kita adalah setiap 3-4 jam:-

  • Jika terlampau lapar apabila tiba waktu makan, ini bermakna kita terlalu kurang makan pada sesi sebelumnya
  • Jika rasa terlalu kenyang pada waktu makan yang sepatutnya, ini bermakna kita dah terlebih makan sebelum tu.
  • Jadi, pastikan sentiasa rasa selesa setiap kali tiba sesi makan (tidak terlalu kenyang @ lapar)
  • Jika tidak lapar selepas 4 jam, ambil 1/2 daripada hidangan sebelumnya
  • Jika masih tidak lapar selepas 4 jam berikutnya, ambil 1/4 daripada hidangan asal tadi.

 

Bagaimana Pembahagian Pemakanan Untuk Hidangan Utama & Snek

Salah satu kunci utama yang perlu diingati ialah hidangan utama dan snek adalah sama. Terkejut dan excited? 1st time dengar jugak eh?

Maknanya, boleh ambil hidangan makan malam sewaktu sarapan, dan boleh ambil snek waktu makan tengah hari. Jadi boleh makan apa hidangan yang kita nak tanpa ada pengkhususan tertentu asalkan tidak lari daripada asas utama iaitu makan setiap 3-4 jam dengan bahagian dan nutrisi yang betul.

 

Nanti boleh rujuk part 2 (Nisbah Nutrisi) dan part 3 (Kadar Kalori) ye. Hadam dulu part 1 ni dengan penuh keseronokan. 🙂 Nanti dah tahu cara yang betul nak kuruskan badan, mesti lagi terasa bersemangat. Kuncinya adalah tak perlu diet yang tahan lapar tu. Nak kurus kena makan, makan kerap pulak tu 😀

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

Shaklee ID: 1001144

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge