5 Jenis Sarapan Pagi Terbaik Untuk Kurus Cepat

Sarapan pagi adalah perkara yang wajib anda lakukan sekiranya anda ingin berdiet. Kalau nak kurus, jangan skip sarapan pagi tau. Sarapan pagi sangat penting kerana ianya akan membantu membekalkan tenaga kepada kecerdasan tubuh dan otak kita selepas semalaman kita tidur.

 

Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk menjadi ramping, manakala orang yang berdiet pula lebih mudah untuk menurunkan berat badan mereka. Apatah lagi sekiranya mereka mengambil sarapan yang tinggi serat serta mempunyai zat lain seperti Kalsium, Vitamin A, Vitamin C, Zinc dan Zat Besi (Iron) serta kurang mengandungi lemak dan kolestrol.

Selain sarapan pagi, Puan Salwa Salleh ada berkongsi tentang bagaimana beliau boleh turun berat badan selepas bersalin sehingga 20 KG.

 

 

Berbalik topik sarapan pagi ni, dipercayai juga pengambilan sarapan pagi yang terdiri daripada bijirin yang diperkaya dengan vitamin dan mineral serta buah-buahan semulajadi yang kaya dengan nutrien sangat membantu untuk kurus.

 

Namun, itu tidak bermakna anda akan kekal atau menjadi langsing dengan hanya memakan bijirin. Malah anda boleh mengabungkan beberapa jenis makanan di antara 5 jenis sarapan sarapan pagi terbaik untuk diet yang akan dicadangkan nanti bagi membantu anda mengurangkan berat badan (Brierley Wright, M.S., R.D, Editor Nutrisi – Pakar Pemakanan).

 

 

Jenis sarapn terbaik untuk kurus

 

Jenis-jenis Sarapan Terbaik Untuk Kurus Cepat

 

1) Sarapan Pagi Terbaik Untuk Kurus Cepat; Rasberi

 

Secawan rasberi mengandungi 8 gram serat (ianya bersamaan lebih dari 2 cawan strawberi dan 1 cawan beberapa jenis kekacang). Apa hebat sangat dengan bijirin ni? Kajian semasa di dalam Journal of Nutrition mensyorkan pengambilan lebih serat untuk mencegah penambahan berat badan malah sangat membantu menurunkan berat badan.

 

Berdasarkan kajian yang melebihi 2 tahun, didapati bahawa mengambil 8 gram rasberi untuk setiap 1,000 kalori, telah menurunkan berat badan banyak 2 KG.

 

2) Sarapan Pagi Terbaik Untuk Kurus Cepat; Oat

 

Oat akan membantu anda menurunkan berat badan melalui 2 cara. Pertamanya ialah ia kaya dengan serat dan memberikan anda rasa kenyang lebih lama.

 

Keduanya, kajian semasa daripada Journal Of Nutrition melaporkan bahawa, mengambil sarapan pagi yang mengandungi karbohidrat yang dilepaskan secara perlahan seperti oat dan bijiran bran, 3 jam sebelum bersenam akan membantu anda untuk bakar lebih banyak kalori.

 

Bagaimana tu? Mengambil karbohirat yang dilepaskan secara perlahan tidak akan meningkatkan kadar gula dalam darah setinggi mengambil karbohidrat halus (seperti roti putih). Seterusnya, ia juga tidak meningkatkan kadar insulin terlalu tinggi.

 

Ini penting kerana insulin memainkan peranan untuk memberi signal kepada otak untuk menyimpan lemak di dalam tubuh. Maka, mempunyai kadar gula yang rendah di dalam tubuh akan membantu anda untuk membakar lemak.

 

3) Sarapan Pagi Terbaik Untuk Kurus Cepat; Yogurt

 

Menurut laporan semasa yang diterbitkan oleh New England Journal of Medicine serta Harvard, menyatakan bahawa makanan berkadar terus dengan pengurangan berat badan adalah termasuk 5 Jenis Sarapan Terbaik Untuk Kurus ini. Salah satunya adalah yogurt.

 

Protein di dalam yogurt akan mambantu anda menjadi lebih ramping. Kajian dilakukan dengan cara para penyelidik telah memberi diet tinggi lemak kepada 2 kumpulan tikus selama 11 minggu.

 

Hasilnya, didapati bahawa kumpulan tikus yang diberikan air yang ditambah dengan protein whey (sejenis protein yang ditemui secara semulajadi di dalam yogurt dan produk tenusu lain), telah turun sebanyak 42% berat dan hampir 1/3 kurang lemak badan berbanding kumpulan tikus yang hanya diberikan air kosong.

 

Walaupun pada hakikatnya semua tikus mengambil makanan dengan kalori yang sama. Kumpulan tikus yang mengambil whey protein juga bertambah 7% ukuran otot badan.

 

Untuk mengelakkan kalori dan gula yang berlebihan serta tidak diperlukan, pilihlah plain yogurt. Jika ingin sedikit perisa atau rasa manis, tambah dengan buah-buahan segar (mungkin rasberi)?.

 

4) Sarapan Pagi Terbaik Untuk Kurus Cepat; Mentega Kacang

 

Kekacang adalah antara 5 makanan utama yang dikatakan oleh para penyelidik daripada Harvard yang membantu untuk penurunan berat badan.  Sapukan 1-2 sudu mentega kacang pada roti bakar bijirin penuh (pelepasan perlahan karbohidrat), tapi boleh juga menambah kekacang di dalam oat (juga mempunyai karbohidarat yang dilepaskan secara perlahan-lahan) anda.

 

5) Sarapan Pagi Terbaik Untuk Kurus Cepat; Telur

 

Telur mengandungi protein, yang mana bagus untuk mereka yang sedang diet. Berbanding karbohidrat dan lemak, protein memberikan kepuasan yang lebih lama. Malahan, satu kajian menyatakan, mereka yang sedang diet, yang mengambil telur sebagai sarapan berasa kenyang lebih lama serta kurang dua kali ganda berat berbanding mereka yang mengambil kalori yang sama dari bagel untuk bersarapan.

 

 

Tips Sarapan Terbaik Untuk Kurus Dengan Shaklee

 

Keistimewaan Meal Shake Shaklee

1) Meal Shake

 

Meal Shake merupakan multivitamin yang tinggi dengan serat dan mineral. Bukan sahaja memberi anda khasiat dari pelbagai jenis zat, malah ianya sangat mudah untuk disediakan serta boleh dinikmati oleh seisi keluarga bermula dari bayi berusia 1 tahun yang telah minum formula (menyusu badan sehingga bayi berusia 2 tahun amatlah digalakkan). Sebab tu Meal Shake pun bagus untuk kanak-kanak kalau mereka obesiti.

variasi resipi cinch shake mix shaklee

 

2) Cinch Shake

 

Cinch Shake yang merupakan formula diet pelangsingan yang mengandungi leucine yang merupakan protein yang membantu pembinaan otot sihat sekaligus bantu untuk kurus. Otot yang mengantikan lemak dalam tubuh anda akan meningkatkan metabolisma sekaligus meninggikan kadar pembakaran kalori. Nak kurus cepat, jangan lupa masukkan Cinch Shake dalam Set Kurus anda tau.

 

energizing soy protein

3) Energizing Soy Protein (ESP

 

ESP pula merupakan protein soya yang memberikan khasiat pada kesihatan anda. Merupakan sumber kesihatan terbaik tubuh anda kerana pembinaan sel yang seterusnya menjadi organ, anggota dan sistem tubuh bermula daripada protein. ESP membantu untuk rasa kenyang dan bertenaga lebih lama sebab mempunyai indeks glisemik yang rendah. Boleh bancuh bersama oat atau nestum. ESP sangat menyokong proses kurus harian anda. Badan kurus, kulit cantik, sihat sokmo 😀

 

Apa yang penting, pastikan anda bersarapan pagi. Pagi hari tau, bukan pukul 10.00 pagi. Ni dah boleh panggil brunch. Kira-kira di antara pukul 7.00 – 8.30 pagi. Sarapan adalah permulaan hari anda untuk menjadi kurus lebih cepat dan sihat. Ingat tau! Tidak mengambil sarapan adalah salah satu daripada 10 Kesilapan Berdiet.

 

Koleksi Video Testimoni Shaklee Effect Yang Super Best

Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik 🙂

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

 

12 Comments

  1. Fyda Noh November 4, 2014
  2. suri November 4, 2014
    • Naimah Wahab November 5, 2014
  3. suri November 4, 2014
  4. puteri kasih November 4, 2014
  5. aisya ahd November 4, 2014
    • Naimah Wahab November 5, 2014
  6. titan November 16, 2014
    • Naimah Wahab November 17, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge