5 Kepentingan Mengamal Minyak Ikan Untuk Kurus

Semua orang nak kurus dan kelihatan menarik kan? Untuk menjadi kurus, kita tidak boleh bergantung kepada aktiviti fizikal dan kawalan kalori semata-mata. Dengan pengambilan diet yang sihat termasuk minyak ikan akan membantu kita untuk mendapat berat badan ideal.

minyak ikan (omega-3)

Peranan minyak ikan untuk kurus

Terdapat 5 Kepentingan Minyak Ikan Untuk Kurus

Kepentingan #1: Membantu Pembakaran Lemak untuk Tenaga

Pengambilan minyak ikan mampu meningkatkan proses metabolisma tubuh, melancarkan peredaran darah dan proses fisiologi – justeru itu akan mengurangkan lemak berlebihan sekaligus turut membantu penurunan berat badan.

Kepentingan #2: Membantu Melawan Tekanan/Kemurungan (Anti-Stress)

Berdasarkan kajian para saintis dari Universiti Tayoma, Jepun, berpendapat minyak ikan dapat mengaktifkan neuron serotonin yang bertanggungjawab mengawal mood, selera makan dan malah kadar perasaan marah yang anda rasa.

Jika diselidiki, ramai juga di kalangan mereka yang obesiti menjadikan makanan sebagai tempat melepaskan tekanan. Mereka makan tanpa kawalan sehingga berat badan menjadi berlebihan.

Kepentingan #3: Bagus Untuk Sendi

Minyak ikan didapati dapat mengurangkan kekejangan otot  terutama pada waktu pagi, mengurangkan sakit sendi serta menjadi pelincir di antara sendi. Masalah-masalah ini ada kalanya terjadi kepada mereka yang melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dalam proses untuk menurunkan berat badan.

Kepentingan #4: Menguatkan Jantung

DHA dan EPA boleh menetang thrombosis, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal kepekatan darah, melicinkan saluran darah dan membantu melancarkan peredaran darah.

Ia juga membantu merendahkan kolestrol, menghindarkan pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction (serangan jantung) serta membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

Jantung yang sihat membolehkan anda menjalani aktiviti-aktiviti fizikal terutamanya senaman melibatkan kardiovaskular bagi proses pembakaran lemak.

Kepentingan #5: Membantu Merawat Keradangan (Inflammation)

Sewaktu melakukan aktiviti fizikal seperti senaman, kadang-kadang kita mengalami kecederaan seperti terseliuh atau terluka. Minyak ikan sangat membantu dalam menyegerakan proses pengecutan bengkak sekaligus menyembuhkan luka.

Minyak ikan juga menghasilkan agen anti-keradangan bagi meningkatkan imun sistem tubuh.

Sudah pasti khasiat terbaik minyak ikan dapat diperolehi daripada Omega Guard keluaran Shaklee yang semulajadi, berkesan, selamat dan mesra alam ini.

Untuk mengetahui lebih terperinci tentang kehebatan minyak ikan ini, boleh merujuk kepada entri Kebaikan OmegaGuard Shaklee.

Dapatkan OmegaGuard Shaklee yang bertaraf farmaseutikal, diperbuat daripada ikan-ikan terpilih yang lebih baik dari hati ikan.

Boleh juga mendapat maklumat tentang Turun 10kg Dalam Sebulan dengan Set Kurus Cinch Shaklee.

NOTA: Setiap keuntungan daripada pembelian produk Shaklee bermula Disember 2013 – Febuari 2014 akan disalurkan ke dalam Tabung Dana Mangsa Banjir.

Terima kasih 🙂

New-Name-Card

 

4 Comments

  1. Denaihati December 15, 2013
  2. cik tom December 16, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge