5 Senaman Naikkan Bacaan HB Bantu Cegah Anemia Semasa Hamil

Jangan ingat orang mengandung tak perlu bersenam, tau. Bersenam ni banyak tau manfaatnya, termasuklah bantu meningkatkan bacaan HB sekaligus mengurangkan risiko terkena anemia khasnya semasa mengandung. Anemia semasa hamil, terutamanya bila dah kronik sangat bahaya. Sebab itulah, kawal dah cegah anemia daripada berlaku atau berlarutan.

HB ni merupakan hemoglobin iaitu protein yang berfungsi sebagai pengangkut oksigen kepada sel-sel darah. Jadi bagi meningkatkan lagi pengeluaran sel darah merah, aktiviti senaman ni sangatlah membantu selain daripada mengambil makanan naikkan HB dan suplemen yang tinggi dengan Iron (Zat Besi).

Contohnya apabila kita melakukan senaman jenis ketahanan seperti aerobik, aktiviti fizikal jenis ini akan menggalakkan pembentukan sel darah, sejenis proses yang dikenali sebagai hematopoiesis. Justeru  itu, apabila kita mempunyai lebih banyak sel darah, bermakna kita akan ada lebih banyak hemoglobin. Nanti bila check, bacaan HB dah naik. Suka tak, suka tak?

5 Jenis Senaman Bantu Naikkan Bacaan HB Cegah Anemia Ibu Hamil

Senaman Tingkatkan HB: 1# Berjalan

 

cara tingkatkan bacaan HB

Berjalan-jalan merupakan senaman asas aerobik. Berjalan ni merupakan senaman yang sangat simple dan paling mudah. Paling bagus kalau berjalan secara pantas dan cepat, tapi ok jer nak berjalan santai-santai pun, masih ada manfaat yang kita boleh dapat.

Pergerakan kita ni akan menggalakkan pengeluaran sel darah, sekaligus hemoglobin. Jadi, berjalan kaki ni merupakan pilihan terbaik kalau kita tidak mahu buat senaman lain seperti berlari atau jogging. Berjalan ni pun sangat sesuai kalau kita ada sebarang kecederaan atau apa sahaja kekangan fizikal yang menghalang kita untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat atau mencabar.

Mulalah amalkan gaya hidup cergas. Bagaimana tu? Contohnya, seboleh mungkin, gantikan aktiviti memandu kepada berjalan. Ni kalau kes destinasi kita tak berapa jauh lah. Kalau memang terpaksa bawa kereta, contohnya ke pejabat, park kereta di kawasan parking yang agak jauh. Lepas tu jalan kaki. Pastikan datang awal ke tempat kerja, kalau tak, haru nak kene berlari untuk punch card pula…hehe

Menggunakan tangga berbanding lift atau tangga bergerak pun bagus sebagai satu senaman untuk menaikkan bacaan HB dalam badan.

Bagi mengurangkan risiko kecederaan, sentiasa lakukan warming up sebelum dan cool down selepas melakukan senaman.

 

Senaman Tingkatkan HB: 2# Berlari @ Jogging

 

 

Untuk mendapatkan kesan yang lebih bagus, lakukan jogging atau berlari. Senaman aerobik jenis ini akan membuatkan kita berpeluh lebih banyak di samping melindungi jantung atau dengan kata lain  memang bagus untuk kesihatan jantung.

Apa yang lebih bagus tu, tubuh kita akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah sekaligus meningatkan kadar hemoglobin.

Kalau kita tak mahu lakukan jogging kat luar, atau semasa cuaca yang tidak mengizinkan, boleh ajer jogging atas treadmill atau ellipse.

 

Jangan lupa juga pemanasan dan regangan sebelum serta selepas senaman. Pilih juga kasut yang bersesuaian supaya dapat mengelakkan kecederaan, lebih selamat serta menyeronokan sewaktu bersenam ni.

 

Senaman Tingkatkan HB: 3# Menari

 

Dancing is fun! Salah satu cara meningkatkan hemoglobin melalui senaman adalah menari. Sebagai salah satu senaman aerobik, menari ni memang sangat menarik serta menyeronokkan. Boleh jer nak pilih genre apa. Salsa ke, Zumba ke, semua best. KIm suka Zumba tau. Zumba dengan muzik yang rancak-rancak. Best!

Gerakan perlahan pun ok. Sebab, apa-apa sahaja jenis senaman yang melibatkan pergerakan, memang ia akan meningkatkan paras HB kita. Cuma, kalau pergerakan tu lagi pantas serta senaman tu lagi mencabar, lagi tinggilah penghasilan sel darah serta hemoglobin ni. Tapi ingat, bersenam ikut kemampuan badan ye.

Kalau yang join kelas Zumba atau menari ni, bukan sahaja dapat bersenam, malah dapat tambah kenalan pun ye. Nak buat kat rumah pun ok. Dalam internet, banyak video online kalau kita nak buat senaman jenis tarian ni, contohnya Zumba. Macam KIm, Zumba kat rumah dengan anak-anak jer….seronok. Salah satu bonding time dengan diaorang 🙂

 

Senaman Tingkatkan HB: 4# Berbasikal

 

Berbasikal pun  merupakan salah satu senaman yang boleh meningkatkan hemoglobin juga. Aktiviti aerobik jenis ni memberi kesan yang rendah (low-impact). Maknanya tak membebankan badan kita. Lagipun, kita boleh ubah tahap cabaran kayuhan ikut yang kita nak khasnya kalau beli basikal yang khas untuk aktiviti berbasikal ni.

Kalau cuaca tak berapa bagus, boleh beli juga alat senaman berbasikal dan mengayuhlah kita kat dalam rumah tu ha. Tapi kalau orang yang jenis kreatif, mungkin dia boleh transform kan basikal lama kepada alat senaman berbasikal, tak? 😛

 

Senaman Tingkatkan HB: 5# Berenang

 

Berenang ni pun merupakan senaman low-impact tapi memberi kesan yang sangat superb kepada kesihatan kerana ia meningkatkan kadar denyutan jantung dan membina sistem ketahanan tubuh kita. Selagi kita bergerak dalam kolam renang tu, selagi itulah badan kita menghasilkan sel darah dan hemoglobin.

Tak perlulah kita nak berenang macam perenang Olimpik bagai tu. Cukuplah sekadar berenang biasa di dalam kolam renang tu.

Mudah kan, selain daripada atas darat, dalam air pun boleh buat senaman untuk meningkatkan bacaan HB. Lagipun senaman ni memang sangat sesuai untuk ibu hamil khasnya berjalan dan berenang. Kalau yang bukan hamil pun lagilah boleh buat semua senaman ni.

Jadi para ibu sekalian, janganlah buntu kalau masih mengalami masalah HB rendah walaupun dah ambil makanan naikkan HB. Amalkan senaman ni di samping ambil suplemen tingkatkan bacaan HB.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Comments 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: