7 Jenis Senaman Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat

Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐Ÿ™‚

Sebelum ini saya ada menyentuh mengenai 14 Persoalan Tentang Perut Buncit Yang Perlu Diketahui. Persoalan tersebut melibatkan amalan seharian kita yang boleh menyebabkan terjadinya perut buncit serta perkara yang bukan menjadi punca perut buncit berlaku.

Walaupun kaedah untuk menghilangkan perut buncit sangat berkait rapat dengan pemakanan dan cara hidup kita, namun senaman turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam membantu kita mendapat perut yang sentiasa kempis.

Membakar lemak yang tidak diingini dengan senaman yang betul juga akan membantu kita untuk menghilangkan perut buncit dengan lebih pantas.

Sebelum tu, saya nak kongsikan satu video daripada Puan Salwa Salleh yang berjaya turun 20 KG selepas bersalin. 4 tips mudah daripada beliau ni boleh membantu semua orang yang ada masalah berat badan termasuk perut buncit. Tapi harap maklum yer, tips nombor 1 tu khas untuk wanita sahaja ๐Ÿ˜›

 

 

 

Senaman Yang Bantu Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat

 

1# Hilangkan Perut Buncit Dengan Berlari Atau Berjalan

 

 

Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat Secara Jogging

 

Manurut Health & Fitness of The Times of India, dengan melakukan senaman, peratusan lemak di badan kita akan berkurangan. Maka, senaman sebenarnya bukan sahaja membakar lemak di bahagian perut kita, malah turut melibatkan lemak di bahagian badan yang lain.

Berlari dan berjalan adalah di antara dua jenis senaman terbaik dalam proses pembakaran lemak. Lagipun, keperluan utama kita hanyalah sepasang kasut yang bersesuaian. Walaupun berlari membakar lebih banyak kalori, namun berjalan pun tidak kurang bagusnya.

Berlari dan berjalan ni boleh dijadikan sebagai rutin harian kita sekiranya kita ingin menurunkan berat badan termasuk perut buncit. Namun jangan lupa untuk melakukan pemanasan (warm up) serta penyejukan (cool down) badan setiap kali kita ingin berlari atau berjalan.

 

2# Kempiskan Perut Buncit Dengan Elliptical Trainer (Mesin/Peralatan Senaman)

 

 Hilangkan Perut Buncit Dengan Pantas Bersama Elliptical Trainer

 

Ada di antara kita yang tidak mempunyai sendi yang kuat sebagaimana sewaktu kita remaja dahulu. Begitu juga ada di antara kita yang mengalami kecederaan sendi atau otot. Maka jogging atau berjalan tidak sesuai untuk dilakukan.

Berita baik untuk golongan ini ialah Elliptical Trainerย  sangat membantu untuk mereka tetap melakukan senaman kerana ia memberikan impak yang rendah untuk senaman kardiovakular. Dengan kata lain, ianya kurang memberi tekanan terhadap sendi malah mengurangkan risiko kecederaan.

Malah, mereka yang mempunyai berat badan sekitar 66 KG (145 paun) mampu membakar 300 kalori dalam masa 30 minit dengan Elliptical Tainer ini.

 

3# Cara Hilangkan Perut Boroi Dengan Senaman Berbasikal

 

Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat Secara Senaman Berbasikal

 

Membakar lemak badan dan perut dengan senaman kardio adalah seperti kita sedang bertempur. Sangat energetic! Seterusnya ia turut membantu kita menguatkan otot-otot perut selepas lemak yang ada dibakar.

Senaman berbasikal adalah yang terbaik untuk perut kerana ia memerlukan penstabilan perut, putaran badan dan lebih aktiviti pada otot perut. Di antara latihan berbasikal yang boleh kita lakukan sebelum mula berbasikal ialah:-

 

  1. Berbaring dengan dua tangan berada di dalam belakang kepala kita
  2. Angkat lutut ke dada sambil mengangkat kepala dan bahu dari lantai
  3. Bawa siku kanan ke lutut kiri dan luruskan kaki kanan
  4. Ulang kembali untuk siku kiri ke lutut kanan dan luruskan kaki kiri
  5. Terus ulang dan tukar gerakan 3 & 4 untuk merangsang gerakan mengayuh
  6. Bernafas dengan tenang
  7. Lakukan 1-3 set dengan 12-16 kali ulangan.

 

4# Hilangkan Perut Buncit Dengan Berbasikal

 

Kempiskan Perut Buncit Dengan Pantas Secara Berbasikal

 

Berbasikal adalah senaman kardio lain yang berimpak rendah. Ia boleh dilakukan secara santai sama ada untuk melancong atau bersiar-siar menikmati keindahan alam. Bergantung kepada tahap kelajuan (speed) dan tahap kesukaran yang diset boleh membakar di antara 250-500 kalori dalam masa 30 minit.

 

5# Kempiskan Perut Buncit Dengan Senaman Reverse Crunch

 

Cara Senaman Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat Secara Reverse Crunch

 

Reverse crunch merupakan senaman ke-5 terbaik untuk menguatkan otot teras. Cara melakukan reverse crunch ialah:-

  1. Baring di atas permukaan lantai yang rata dengan tangan di sisi kita
  2. Silang dan angkat kaki kita dari lantai sehingga lutut membuat sudut 90 darjah.
  3. Tegangkan otot perut dan bahu daripada lantai
  4. Hembus nafas sewaktu perut menegang dan sedut nafas apabila kita menurunkan
  5. Lakukan sebanyak 1-3 set dengan 12-16 kali ulangan.

 

6# Hilangkan Perut Buncit Dengan Senaman Vertical Leg Crunch

 

Kempiskan pert buncit dengan senaman Vertical Leg Crunch

 

Senaman vertical leg crunch ni adalah hampir sama dengan senaman crunch biasa. Namun perbezaannya ialah kita perlu memastikan kaki sentiasa berada di dalam keadaan lurus, yang mana akan membuatkan perut kita bekerja dengan lebih keras lagi serta ianya akan meningkatkan lagi keberkesanan senaman ini. Cara-caranya ialah:-

  1. Baring di atas lantai dengan dua tangan di belakang kepala kita
  2. Luruskan kaki ke atas dengan lutut bersilang
  3. Kempiskan perut untuk mengangkat kepala dan bahu
  4. Baring kembali
  5. Pastikan kedua-dua kaki tidak dijatuhkan sepanjang masa
  6. Hembus nafas apabila kita menegangkan perut dan sedut nafas apabila kita kembali berbaring
  7. Lakukan 1-3 set dengan ulangan 12-16 kali setiap sesi.

 

7# Hilangkan Perut Boroi Dengan Senaman Crunch Bola (Exercise Ball Crunch)

 

Senaman Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat Secara Exercise Ball Crunch

 

Senaman Ball Crunch ini memerlukan banyak penstabilan yang melibatkan lebih banyak otot. Apa yang kita perlukan adalah sebiji bola senaman. Cara melakukan senaman ball crunch:-

  1. Baring di atas bola supaya belakang kita dapat disokong dan kaki dapat berdiri kukuh di atas lantai
  2. Letakkan tangan di dada atau di belakang kepala
  3. Tegangkan perut dan angkat badan kita ke hadapan
  4. Baring kembali ke atas bola
  5. Pastikan bola sentiasa stabil setiap kali melakukan crunch
  6. Hembus nafasย  nafas sewaktu melakukan crunch, dan sedut nafas sewaktu kita menurunkan badan
  7. Lakukan 1-3 sesi/set dengan 12-16 ulangan setiap sesi.

 

 

Hilangkan Perut Buncit Dengan Shaklee

Shaklee turut menawarkan Set Kempis perut yang terdiri daripada Alfafa, Herbalax, Omega dan ESP. kita boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dengan merujuk entri Cara Hilangkan Perut Buncit Dengan Cepat.

Apa yang paling penting, bagi mencapai misi perut kempis kita ialah menjaga pemakanan iaitu mengambil makanan yang seimbang di samping supplement yang semulajadi, selamat dan berkesan yang menampung keperluan zat harian kita, senaman yang konsisten juga tidak boleh diabaikan sama sekali.

Sekiranya kita ingin mencuba Set Kempis Perut Shaklee atau mempunyai sebarang soalan, boleh berhubung terus dengan saya.

 

Koleksi Video Testimoni Shaklee Effect Yang Super Best

Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik ๐Ÿ™‚

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

23 Comments

  1. Denaihati August 26, 2014
  2. titan August 27, 2014
    • Naimah Wahab August 29, 2014
    • dedauncomel.com March 4, 2017
      • Naimah Wahab March 14, 2017
  3. Hazmin Hamudin August 27, 2014
    • Naimah Wahab August 29, 2014
  4. yandi August 28, 2014
    • Naimah Wahab August 29, 2014
  5. Cik Yaya August 29, 2014
  6. Bad March 16, 2015
    • Naimah Wahab March 17, 2015
  7. Bad September 1, 2015
  8. kempiskanperutbuncit September 9, 2015
  9. mohd shahril December 2, 2015
    • Naimah Wahab December 12, 2015
  10. cik tom March 8, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge