7 Sebab Buat Bisnes Melalui Blog Guna WordPress

Bisnes online melalui blog, contohnya wordpress memang menjadi pilihan pada masa sekarang. Malah dah ramai usahawan online yang sangat berjaya. Muda-muda lagi dah jadi jutawan.

 

 

cara jana pendapatan sampingan melalui blog

 

 

Kenapa Platform WordPress Menjadi Pilihan Terbaik Buat Bisnes

 

1. Jimat Masa, Tenaga & Kos

Kalau kita buat blog, biasanya sangat jimat. Tak perlu bayar sewa kedai, pekerja dan kos utiliti serta sebarang kos teknikal yang tersembunyi.

Selalunya modal yang digunakan pun sangat kecil. Apatah lagi kalau bisnes online ni ala-ala dropship. Hampir tiada modal. Jadi, risiko kerugian pun sangatlah minima

 

2. Pembelian Daripada Orang Yang Tidak Dikenali

Biasanya, orang yang google info bagi mengatasi masalah mereka adalah golongan yang tidak dikenali. Mereka memang betul-betul serius nak membeli dan tak kisah sangat pasal harga.

Dengan orang yang kita kenali ni, selalunyalah, banyak songeh dan kadang-kadang perkara yang tidak perlu pun, kita terpaksa handle. Belum lagi kalau yang jenis sentiasa nak diskaun. Kalau boleh, nak harga modal. Boleh free lagi bagus…hehe

Capaian melalui blog juga lebih luas, boleh melangkau ke seluruh pelusuk dunia.

 

 

3. Order Tetap Masuk Walaupun Kita Tak Online

Katakan kita sedang sakit atau sangat sibuk sehingga tak sempat nak online, tapi order tetap masuk. Sebabnya, melalui blog, kita boleh set kan untuk pembeli mengikut panduan pembelian sendiri secara online.

Jadi tak perlu risau jika ada masanya kita tak dapat nak masuk kedai online kita.

 

 

4. Buat Sekali Hasil Berkali-kali

Entri yang kita tulis harini, mungkin 10 tahun akan datang pun orang cari dan mereka membuat pembelian melalui entri tersebut.

Malah, sekiranya entri bekenaan ada ranking di dalam google, tidak mustahil ianya menjadi sumber pendapatan berpanjangan kepada kita.

 

 

5. Perkongsian Pengalaman

Nak buat blog ni mudah sahaja. Kongsikan pengalaman sendiri serta pengalaman real orang lain. Banyakkan membaca untuk mendapatkan idea-idea yang fresh.

Tulislah dari hati, inshaaAllah ia akan sampai kepada pembaca. Mudah kan? Tak perlu nak pecah-pecah kepala pasal ni 😀

 

 

6. Sesuai Untuk Surirumah @ Bekerjaya

Bila kita buat bisnes melalui blog, masa buat bisnes ni kitalah yang tentukan.

Kalau kita seorang yang bekerjaya, tak boleh tunjukkan yang kita ada bisnes lain, elok sangatlah buat blog ni. Di luar waktu kerja, boleh tumpukan masa untuk bisnes online kita.

Sama juga kalau surirumah. Pilih sahaja waktu yang sesuai selepas menguruskan hal anak-anak dan rumah tangga. Siang atau malam.

Sebenarnya, bisnes online melalui blog ni pun sangat sesuai untuk golongan lelaki bekerjaya atau memilih untuk kerja sendiri.

 

 

7. Pilihan Terbaik Golongan Pemalu

Ni part yang paling best. Sebabnya kita sendiri rasa tak kuasa nak layan orang yang asyik ketuk pintu rumah sebab nak market produk diaorang. Apatah lagi kita nak buat sendiri kan?

Kalau yang jenis pemalu tu, lagilah tak sanggup nak approach orang dengan cara macam tu.

Buat sahaja blog, share kan kebaikan produk kita serta tips-tips yang berkaitan. Tak perlu pun nak berhadapan dengan orang. Senang kan?

 

Untung sangat siapa-siapa yang buat bisnes online menggunakan blog ni. Kalau nak saya ajar cara bisnes yang saya sedang buat sekarang, boleh segera hubungi saya ye 🙂

 

 

Rakan Bisnes Pilihan Ramai,

 

Naimah Wahab

WhatApps: 019-937 7380 (www.wasap.my/60199377380)

Email: myliferia@gmail.com

Shaklee ID: 1001144

 

11 Comments

  1. Fidah Shah September 5, 2017
  2. Dila September 5, 2017
  3. raihanah September 5, 2017
  4. Sobri Mansor September 5, 2017
  5. Galaksi Viral September 7, 2017
  6. titan September 7, 2017
  7. Ieda Qema September 9, 2017
  8. sapsibubapa September 11, 2017
  9. hiburanpengetahuan September 19, 2017
  10. Aliah September 20, 2017
  11. Hafizul September 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge