7 Sebab HB Rendah (Anemia) Semasa Mengandung

Masalah HB rendah atau dikenali sebagai anemia ni sering berlaku di kalangan ibu hamil. Biasa sangat. Dah jadi macam masalah sejagat gitu.

Bacaan HB normal seorang wanita ialah 12 manakala bacaan normal bagi wanita yang mengandung pula ialah 11. Sekiranya bacaan lebih rendah daripada paras normal, bermakna mereka menghadapi masalah hb rendah atau anemia.

KIm dulu pun adalah juga masalah HB rendah ni tapi tahap tak berapa serius sangat. Border line. Biasanya bacaan HB 10 lebih atau 11. Kadang-kadang je 12. Kalau naik 12 atau 12 lebih tu, aiihhh, suka sangat-sangat.

Singat KIm, HB KIm yang ala-ala on off normal ni berlaku masa mengandung anak ke-2, bila anak no-3, Alhamdulillah lebih stabil.

 

7 Sebab Berlakunya Masalah Anemia Semasa Hamil

1) Kekurangan iron (zat besi) ekoran kerana diet pemakanan harian yang tidak seimbang.

2) Kelemahan penyerapan zat besi dalam badan.

3) Faktor genetik seperti pembawaan penyakit talasemia.

4) Kehilangan banyak darah semasa kehamilan/haid.

5) Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu.

6) Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit.

7) Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah).

 

Siapa Berisiko Mendapat Anemia Semasa Hamil?

Semua wanita hamil berisiko mmendapat anemia ekoran kerana ibu yang mengandung memerlukan Zat Besi (Iron) dan Asid Folik lebih daripada biasa. Namun demikian, risiko untuk terkena anemia lebih tinggi sekiranya:-

1) Mengalami anemia sejak sebelum mengandung

2) Tidak mengambil secukupnya makanan yang mengandungi zat besi.

3) Hamil di usia remaja.

4) Seringkali muntah akibat morning sickness.

5) Jarak kehamilan yang rapat dengan yang sebelumnya.

6) Mengandung anak kembar.

 

6 Simptom Anemia Semasa Hamil

Di antara tanda-tanda seorang ibu mengalami anemia semasa hamil ialah:

  1. Sukar untuk fokus
  2. Denyutan jantung yang laju
  3. Rasa tak cukup nafas dan sukar bernafas
  4. Rasa pening
  5. Rasa lemah dan letih
  6. Kulit, bibir dan kuku yang pucat

 

Kesan Anemia Kepada Ibu & Bayi

Anemia atau masalah HB rendah yang agak kronik serta tidak dirawat semasa hamil boleh meningkatkan risiko sama ada kepada ibu atau bayi di dalam kandungan.

 

6 Risiko Anemia Terhadap Ibu

  1. Mudah mendapat penyakit jantung
  2. Mudah mendapat jangkitan
  3. Jika berlaku pendarahan, keadaan akan menjadi lebih mudarat
  4. Penambahan darah (blood transfusion) sekiranya berlaku kehilangan darah yang banyak semasa bersalin.
  5. Kemurungan selepas bersalin.
  6. Kematian ibu (mohon dijauhkan-Nya. Risiko ini yang paling ingin dielakkan).

 

6 Risiko Anemia Terhadap Bayi

  1. Bayi turut menghidapi anemia
  2. kelahiran pra-matang (tidak cukup bulan) atau bayi mengalami kekurangan berat badan semasa lahir
  3. Bayi mengalami masalah lewat perkembangan
  4. Bayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak.
  5. Keguguran
  6. Bayi meninggal di dalam kandungan (minta dijauhkan-Nya dan ini juga yang ingin dielakkan).

 

Cara Mengatasi Anemia Semasa Hamil

Sewaktu mengandung, perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh ibu ialah pengambilan makanan yang seimbang. Di antara makanan yang boleh mengatasi masalah HB rendah atau anemia ini ialah:-

 

punca berlaku anemia hb rendah semasa hamil

 

  • daging merah
  • brokoli
  • pisang
  • kekacang
  • hati
  • bayam
  • kerang
  • telur
  • oat
  • buah delima
  • madu
  • kurma
  • kismis

 

Di samping itu, para ibu sangat disyorkan untuk mengelakkan kafein. Kafein ni boleh menghalang penyerapan zat ke dalam badan, khasnya zat besi yang sangat penting semasa hamil ni.

Amalkan juga senaman ringan agar ibu sentiasa cergas dan sihat serta banyakkan beramal seperti zikir, solat dan berdoa supaya hati menjadi tenang. Bila kita cool jer, baru datang pengalaman yang best masa mengandung ni.

Semoga para ibu sekalian dapat mengatasi masalh HB rendah atau anemia ni agar risiko yang tidak diingini dapat dielakkan.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

8 Comments

  1. mrhanafi August 4, 2017
    • Naimah Wahab August 10, 2017
  2. Sobri Mansor August 14, 2017
    • Naimah Wahab September 14, 2017
  3. Qema August 14, 2017
    • Naimah Wahab September 14, 2017
  4. sabree hussin August 16, 2017
    • Naimah Wahab September 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge