Apa Itu Diabetes?

Menurut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, kira-kira 3.6 juta orang dewasa dianggarkan bakal mengidap penyakit diabetes atau kencing manis, satu angka yang amat membimbangkan. Ini bermakna lebih kurang 1 daripada 5 orang rakyat Malaysia adalah pengidap diabetes.

Angka tersebut amat tinggi dan telah meletakkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai jumlah pesakit diabetes tertinggi di ASEAN dan keenam di rantau barat Pasifik.

Apa itu diabetes?

Anda sendiri penentu hala tuju kesihatan anda

Apakah Itu Diabetes

Diabetes dengan bahasa mudahnya ialah keadaan apabila bacaan gula dalam darah terlalu tinggi.

Diabetes berlaku apabila makanan yang kita makan menghasilkan tenaga dalam bentuk glukos (gula). Glukos akan bergerak ke seluruh sel badan melalui salur darah. Pankreas merembes insulin bagi membantu sel badan menyerap Glukos.

Untuk lebih memahami tentang diabetes (insulin dan glukos), anda boleh melihat video ini;-

Insulin turut membantu mengekalkan kadar normal gula dalam darah. Ia bertindak sebagai kunci untuk membenarkan gula masuk ke dalam sel.

 

Jenis-jenis Diabetes

Diabetes Jenis 1

  • Organ pankreas tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi.
  • Memerlukan suntikan insulin untuk mengawal gula dalam darah.

Diabetes Jenis 2

  • Badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau sel tidak bertindakbalas dengan insulin sebaiknya.

GDM (Gestational Diabetes Mellitus)

  • Terjadi kepada wanita hamil

 

Kenapa Ramai Menghidapi Diabetes?

  1. Obesiti
  2. Faktor Pemakanan
    • mengambil makanan, minuman, snack dan dessert yang tinggi kandungan gula seperti kek, donut, gula-gula, teh tarik, air bergas, ais krim, coklat dan sebagainya
  3. Gaya Hidup Yang tidak Sihat
    • Kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal
  4. Penuaan
    • Penuaan menyebabkan pengumpulan AGE protein yang menyebabkan kompilasi diabetes
    • AGE terbentuk apabila gula bertindakbalas dengan protein di dalam badan

 

Simptom-simptom Diabetes

  1. Kerap buang air kecil
  2. Kerap berasa haus
  3. Sentiasa lapar
  4. Cepat letih
  5. Luka lambat sembuh
  6. Penglihatan menjadi kabur

 

Kompilasi Besar Disebabkan Diabetes

  1. Saraf dan salur darah rosak
  2. Buta
  3. Serangan jantung/strok
  4. Kegagalan fungsi buah pinggang
    • Kesan jangka panjang – Dialysis
  5. Pemotongan kaki
  6. Penyembuhan luka yang lambat
  7. Erektil kurang berfungsi (mati pucuk)

 

Bagaimana Mencegah Diabetes?

  1. Ubatan
  2. Suntikan insulin
  3. Memberi nutrien yang diperlukan untuk mencegah diabetes

 

Di antara nutrien yang dicadangkan ialah:-

  1. Vivix
  2. ESP
  3. GLA Complex
  4. Alfafa Complex

Untuk mengetahui tentang bagaimana nutrien-nutrien penting yang diperlukan bekerja mencegah diabetes, sila ke entri Penawar dan Pencegah Diabetes.

Terima kasih 🙂

Pengedar Sah Shaklee Putrajaya dan seluruh Malaysia,

New-Name-Card

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge