Bagaimana Nak Suruh Hormon Kurus (Leptin) Bekerja?

Menurut seorang pengamal perubatan, Leo Galland (penulis dan Ketua di Integrated Medicine), penyebab kepada masalah berat badan bukanlah kerana tiada keinginan atau disiplin tetapi akibat daripada hormon yang tidak stabil.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, leptin memainkan peranan penting dalam pengawalan selera makan, metabolisma dan kekurangan berat badan. Ia merupakan mekanisma mengawal berat badan secara semulajadi. Apa yang paling menarik tentang leptin ialah ia dihasilkan oleh badan secara semulajadi.

Leptin Mengatur Metabolisma dan Selera Makan

leptin-selera makan-metabolisma

Kaitan antara leptin-selera makan dan metabolisma

  •  Leptin berfungsi memberitahu otak berapa banyak kandungan lemak di dalam badan.
    • Apabila level leptin tinggi/naik selera akan turun (rasa kenyang).
    • Apabila leptin turun/rendahselera akan naik (terasa lapar). Boleh merujuk kepada Komunikasi Leptin-Otak.
  • Leptin turut mengawal kadar penurunan lemak.
    • Apabila kadar leptin tinggi/naikmetabolisma akan meningkat.
    • Apabila kadar leptin jatuh/turunmetabolisma menjadi perlahan.

Jumlah pembakaran kalori dilakukan oleh thermogenesis; melakukan proses memanaskan badan, terutamanya di dalam otot. Berdasarkan kajian daripada Monash University in Australia, hormon leptin boleh meningkatkan thermogenisis, sekaligus membantu pembakaran lemak.

Leptin Resistance (Leptin yang Terhalang)

Keadaan ini berlaku apabila badan tidak dapat/terhalang daripada mendengar (menerima) mesej daripada leptin.  Akibat Signal daripada leptin gagal diterima, jadi ia tidak dapat merangsang metabolisma kita dan menghalang selera makan – “otak tak dapat bagitau kita dah kenyang dan perlu berhenti makan”. Keadaan ini menjadikan proses untuk menurunkan berat badan menjadi sukar.

Di antara penyebab berlakunya leptin resistance; makanan segera, sedikit atau langsung tidak bersenam, tekanan yang terlalu tinggi dan tidur yang tidak mencukupi.

Bagaimana Meningkatkan Kadar Metabolisma?

Umum tahu bahawa senaman akan membakar lemak. Tambahan lagi, senaman yang berterusan akan merangsang aktiviti enzim pembakaran lemak. Menariknya, hormon leptin juga merangsang enzim ini, yang mana akan meningkatkan kadar metabolisma walaupun kita tidak bersenam. Ini penting kerana ianya mampu membakar 2/3 bahagian daripada jumlah kalori sehari.

Nampak kan perkaitan leptin dengan pembakaran lemak? Bila sudah berlaku leptin resistance, pembakaran lemak secara semulajadi tidak dapat berlaku kerana leptin tidak dapat merangsang enzim pembakaran lemak tersebut.

Anda sedang mencari produk untuk KURUS?

Bagi melihat pakej Set Kurus yang ditawarkan, sila ke entri Turun 10kg Dalam Sebulan dengan Set Kurus Cinch Shaklee.

NOTA: Setiap keuntungan daripada pembelian produk Shaklee bermula Disember 2013 – Febuari 2014 akan disalurkan ke dalam Tabung Dana Mangsa Banjir.

Sumber:

The Huffington Post (Leo Galland M.D)

Wikipedia

Terima kasih 🙂

New-Name-Card

 

 

4 Comments

  1. Denaihati December 17, 2013
  2. cik tom December 19, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge