Binatang Kesukaan Saya | Hari #21; Cabaran 30 Hari Entry

Saya Sejak kecil lagi memang saya sukakan arnab walaupun tak pernah bela. Hehehe…kata suka? Memang suka pun tapi ada jugak gelinya. Bimbang plak karang tak dapat nak handle dengan baik. Nanti free jer dapat dosa tak tunaikan hak binatang peliharaan.

 

 

rabbit-arnab

 

Saya suka sangat dengan arnab terutama yang berbulu putih. Cute sangat, nampak gebu gitu. Bukan setakat arnab betul jer yang saya suka, patung gebu arnab pun rasa geram gak. Tapi memandangkan saya dah dewasa, takdelah nak buat koleksi. Tu semua untuk anak-anak kecil jer.

 

rabbit-arnab

 

Info Menarik Tentang Arnab:-

 

1. Arnab tidak boleh muntah dan memuntahkan.

 

2. Arnab tidak berpeluh.

 

3. Arnab mengimbangi suhu badannya dengan mengunakan telinga.

 

4. Arnab tidak dapat bertahan dalam cuaca panas, tetapi boleh bertahan dalam cuaca sejuk.

 

5. Arnab mempunyai 28 batang gigi.

 

6. Terdapat 43 jenis arnab yang diluluskan oleh ARBA.

 

7. Arnab mempunyai 18 jari kaki dan kuku – 4 jari kaki belakang dan 5 jari di kaki hadapan.

 

8. Terdapat 5 warna mata yang dilulusakan oleh ARBA – Pink ( Bukan ruby atau red), Marble, Blue,Blue-Grey and Brown.

 

9. Mana diantara berikut lahir pada tahun Arnab ? Albert Einstein, Angelina Jolie, Brad Pitt , Bob Hope – kesemua mereka lahir pada Tahun Arnab.

 

10. 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987 , 1999 adalah tahun arnab, tahun arnab yang berikut adalah pada tahun 2011.

 

11. Arnab boleh melompat melebihi 1 meter tinggi dan 3 meter jauh.

 

12. Telinga arnab terpanjang dimiliki oleh American Rabbit, Nipper’s Geronimo dengan ukuran 31.125 inci panjang.

 

13. Umur anab yang tertua direkodkan adalah 19 tahun pada masa ia mati.

 

14. Arnab terbesar adalah seberat 26 pounds.

 

15. Jumlah anak yang dilahirkan oleh arnab paling banyak direkodkan pada tahun 1978 dan 1999 iaitu sebanyak 24 ekor.

 

16. Terdapat 150 jenis warna arnab.

 

17. Arnab dapat melihat kebelakang tanpa memusingkan kepalanya.

 

18. Arnab tidak dapat melihat dengan kedua dua matanya.

 

19. Arnab betina mempunyai 2 rahim yang berasingan , tetapi boleh menampung janin yang berlainan tahap matang pada masa yang sama.

 

20. Arnab hanya menyusukan anak sekali sehari dan ini dilakukan hanya apabila arnab merasa selamat untuk masuk kedalam sarangnya.

 

rabbit-arnab

 

Menarik kan arnab ni? 🙂

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

 

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui

Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini

Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya

Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut

 Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih 🙂

 

Naimah Wahab

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge