Cara Rawat Gegata Kulit; Dermographism Dengan Mudah

Gegata kulit adalah sejenis penyakit yang sering berlaku tetapi selalunya kita tak tahu yang ianya merupakan keluarga gegata. Bila dapat serangan gegata kulit ni, memang boleh buat kita risau sebab bahagian permukaan kulit kita boleh berubah rupa.

Di sini, Dr. Hafiz Sulaiman, seorang pejuang kesihatan berkongsi cara mudah untuk mengatasi masalah gegata kulit ni.

 

Gambar dibawah (dipost dengan keizinan) merupakan gambar seorang penderita maslaah anxiety…Ia kelihatan seperti kena cakar dengan sesuatu yang misteri…terus pergi jumpa ustaz buang saka katanya…

 


Beliau tidak maklum bahawa ia merupakan sejenis gegata kulit yang dinamakan “dermographism”.. Ia disebabkan oleh perembesan histamin berlebihan ataupun mast cell yang tidak stabil.

Ia mengakibatkan kulit menjadi sensitif dan senang “meradang”. Keradangan ini mengikut garuan/cakaran kita pada kulit dan boleh jadi juga mengikut bentuk pada tikar atau cadar.

 


Masalah ini akan hilang dengan sendirinya dan mungkin berulang..seperti ekzema lah..datang dan pergi..datang balik lepas tu 😫
Maka jangan lah risau, saya tiada ilmu berkenaan alam ghaib..tapi insha Allah saya boleh relate lah jika pesakit ekzema, resdung, asma, migrain, refluks, isu kesihatan mental yang ada masalah dermographism ini.

 


Ia biasa juga berlaku pada saya sendiri. Pantang gula dan gandum beberapa hari insha Allah akan hilangkan “saka” ini 😋
Solusinya ialah dengan menjaga kesihatan sistem pencernaan kerana perut ialah punca penyakit.
La quwwata illa billah..

 

Kredit: Dr. Hafiz Sulaiman

 

Semudah dan sesimple tu je nak atasi masalah gegata kulit (Dermographism) ni kan? Cuma perlu berpantang gula dan gandum je lah. Kalau yang jenis hantu roti atau kuih-kuih manis tu, silalah bersabar. Pantang sekejap sahaja untuk kesembuhan.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: