Detoks & Eat Clean; Resipi Nuget Ayam Bertauhu Sihat

Sebelum ni saya pernah buat dah nuget ayam ni,  tapi yang terkini, version detoks dan eat clean,  ada kelainan sikit.

Masih resipi on the spot sebab dinner kalini nak kene sediakan menu ayam.

Memula tu jenuh duk fikir nak masak apa dengan isi ayam bahagian dada ni. Sebabnya,  kalu silap buat,  memang part dada ayam ni jadi takde rasa. Tawar jer lah.

Kebetulan pulak kawan satu group program detoks dan eat clean saya ni buat nuget.

Good idea. Saya ubahsuai sikit ikut bahan yang ada serta keperluan sebagai ibu menyusu…. Hehe

Tapi kalau tak menyusu pun, boleh jer makan nuget ayam ni.
tips kurus mudah dan cepat

 

Bahan-bahan Nuget Ayam Bertauhu Yang Menyihatkan

  • 200-300 gram isi dada ayam (saya guna dalam 2/3 mangkuk saiz mangkuk corelle tu), dicincang.
  • 1/2 inci lobak merah dicincang
  • 1 pokok daun bawang dicincang halus
  • 1 pokok daun sup dicincang halus
  • 1 keping tauhu
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/3 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/3 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/3 sudu kecil serbuk sup
  • 1/3 sudu kecil serbuk kari
  • 1/3 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil sos ikan jika perlu
  • Sedikit minyak zaitun untuk menggoreng.

 

Cara Menyediakan Nuget Ayam Bertauhu Yang Mudah & Ringkas

 

Sebenarnya, kalau buat banyak, masukkan semua bahan ke dalam food processor. Tekan butang “on”, siap blend semua, hehehe.

Tapi memandangkan saya buat pun tak banyak, saya cincang dulu semua bahan, kemudian tumbuk di dalam lesung batu.

Sebelum tu, mula-mula sekali saya tumbuk bawang putih dululah.

Kalau takder lesung batu, boleh jer cincang semua. Buat exercise tangan dan lengan gitu, kiki. Cuma tauhu tu saya pecahkan pakai tangan jer sebelum “dia” join terjun dalam lesung batu.

Lepastu, bentukkanlah leper membulat macam nuget yang biasa kita makan tu. Kalau nak buat bentuk lain pun takder hal. Asal bahagia, sudah 😛

Seterusnya bakarlah dalam oven untuk lebih sihat. Kalau takde oven, gorenglah dengan minyak yang sedikit.

Boleh dibuat burger tau dimakan bersama-sama salad. Anak-anak saya makan macam tu jer. Tahu-tahu dah habis.

Nota: Rempah ratus tu terpulang nak letak apa. Ia beri rasa yang lebih enak kepada nuget tu. Kalau suka pedas, boleh potong cili padi.

 

Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂

Whatapps ke 019-9377380

Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

14 Comments

  1. Khir Khalid May 18, 2016
  2. Khairul Zamri June 12, 2016
  3. vitri June 23, 2016
  4. Ummi Hanie August 2, 2016
    • Naimah Wahab August 22, 2016
  5. cik tom October 21, 2016
    • Naimah Wahab October 25, 2016
  6. burung garuda November 10, 2016
  7. atiehilmi dot com November 24, 2016
  8. atiehilmi dot com November 24, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge