Detoks & Eat Clean; Resipi Sup Bayam Pekat

Bayam merupakan salah satu daripada sayur berdaun hijau yang sangat disyorkan dalam program detoks dan eat clean.

Sayur-sayuran terutamanya yang berdaun hijau ni memang bagus untuk program slim dan kesihatan kerana ia tinggi serat.

Serat ni pula,  bukan sahaja bantu lawas,  malah sebagai antara agen utama pembawa toksin keluar daripada tubuh.

Oke,  back to the topic!  Resipi sup bayam ni terhasil daripada inisiatif nak mempelbagaikan masakan bayam.

Ada kawan mintak resipi ni. Dah beberapa hari tertangguh nak masuk blog since ada buat sharing pasal entri lain.

Maaf ye my friend.  Entri ini khas untuk kamu,  selain untuk para teman maya myliferia.com.

Ok, cikidaout!!!

image

Bahan-bahan Sup Bayam Pekat

1/2 ikat bayam dipotong pendek
1/2 inci lobak merah dipotong nipis
1 keping tauhu dipotong 4.
1 hirisan halia
1/2 sudu kecil serbuk sup
2 biji bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih dicincang halus
1/3 sudu kecil serbuk lada hitam
1/3 sudu kecil serbuk paprika
1sudu kecil sos ikan
1 hiris lemon

Cara-cara Menyediakan Sup Bayam Pekat

Rebus bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit air. Jika perlu, tumiskan dengan dengan minyak yang sedikit.

Masukkan rempah sup, paprika, serbuk lada hitam.

Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.

Masukkan lobak merah.

Kemudian, masukkan tauhu.

Biarkan seketika. Seterusnya masukkan bayam.

Masukkan sos ikan dan perah jus lemon ke atas bayam.

Gaul seketika.

Dah nampak sayur bayam sudah layu sikit serta kuah sup memekat, padamkan api.

Dah siap, selamat menjamu selera.

 

Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂

Whatapps ke 019-9377380

Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

4 Comments

  1. Richelle May 28, 2016
  2. atie hilmi June 10, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge