eQuran Pro Aplikasi Mobile Percuma Mudahkan Semakan Al-Quran

eQuran Pro merupakan aplikasi mobile yang memudahkan kita untuk melakukan carian daripada al-Quran. Aplikasi eQuran Pro ni dibangunkan khas untuk memudahkan rujukan terhadap al-Quran bersama-sama dengan terjemahannya.

 

 

 

Enjin carian di dalam aplikasi eQuran Pro ni support text bahasa Arab daripada al-Quran beserta terjemahannya juga.

Buat masa ni, aplikasi e-Quran Pro support lebih daripada 18 jenis bahasa yang terpilih bagi terjemahan al-Quran.

 

 

aplikasi al-quran mudah alih

 

aplikasi al-quran mudah alih

 

aplikasi al-quran mudah alih

 

aplikasi al-quran mudah alih

 

aplikasi al-quran mudah alih

 

aplikasi al-quran mudah alih

 

aplikasi al-quran mudah alih

 

aplikasi al-quran mudah alih

 

 

Terjemahan yang ada termasuklah dalam bahasa:

  1. Inggeris (Yusuf Ali, Maududi, Hilali dan Pickthall)
  2. Malaysia
  3. Indonesia
  4. Urdu
  5. Turki
  6. Parsi
  7. Itali
  8. Sepanyol
  9. Portugis
  10. Rusia
  11. Jerman
  12. Hindi
  13. Bengali
  14. Jepun
  15. Korea
  16. Cina
  17. Thailand
  18. Bosnia

 

Tafsir

  1. Jalalyn (Arab)
  2. Jalalyn (Indonesia)
  3. Muyassar (Arab)

 

Teks Arab

  1. Simple (Enhanced) – Imla’
  2. Simple (clean – no diacritical)
  3. Uthmani – Minimal
  4. Uthmani – Text Full (Teks Penuh)

 

Fungsi-fungsi Terlibat Dalam eQuran Pro

  1. Carian daripada surah ke surah
  2. Carian ke seluruh al-Quran – memerlukan pengguna untuk download keyboard
  3. Carian seluruh terjemahan Transliteration enabled.
  4. Aplikasi eQuran Pro ni dibangunkan sepenuhnya menggunakan HTML5 dan Javascript untuk memastikan agar pengurusan teks dapat berfungsi dengan baik bagi pelbagai platform.

 

Atas minat yang mendalam di dalam bidang pembangunan sistem dan sebagai alternatif untuk untuk jalan dakwah, pembangun aplikasi ni dengan berbesar hati memberikannya secara percuma.

Boleh muat turun aplikasi eQuran Pro ni di https://play.google.com/store/apps/details

Jadi, kepada pengguna Android, bolehlah download aplikasi eQuran Pro ni ke dalam hand phone masing-masing ye.

Pembangun aplikasi ini, inshaaAllah dalam perancangan untuk membolehkan capaian yang sama bagi pengguna iPhone. Jadi bersabar ye pengguna iPhone sekalian. Doakan perancangan ini berjalan lancar dengan jayanya.

 

Dijemput juga rakan-rakan blogger untuk share entri ini dan war-warkan kepada yang lain. Semoga manfaat aplikasi ini dapat diperluaskan serta dikira sebagai amal soleh kita di sisi-Nya.

 

Salam hormat,

 

Naimah Wahab

WhatApps: 019-937 7380 (www.wasap.my/60199377380)

Email: myliferia@gmail.com

Shaklee ID: 1001144

3 Comments

  1. titan September 22, 2017
  2. Mazni Azmi September 24, 2017
  3. Khairul Zamri September 28, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge