Kesan Asap Rokok Terhadap Bayi Di Dalam Kandungan

Ramai dah tahu kan, merokok ni bukan sahaja membahayakan perokok tu sendiri (perokok premier) malah turut memberikan risiko yang sama, malah lebih buruk lagi kepada golongan yang terdedah kepada asap rokok (perokok sekunder) tersebut.

Orang yang tidak merokok tapi terdedah kepada asap rokok secara langsung turut dikenali sebagai perokok kedua atau “second hand smoker”.

Manakala orang yang terdedah kepada sisa rokok melalui bahan lain seperti bau pada kain dikenali sebagai perokok ketiga atau “third hand smoker”.

Sebenarnya, masih ramai lagi yang kurang peka, selain daripada kesan terhadap orang dewasa, asap rokok juga akan memberi kesan yang sangat buruk kepada bayi dalam kandungan sekiranya ibu mereka terdedah kepada asap rokok.

Kesan Asap Rokok Terhadap Kehamilan

Di antara kesan asap rokok terhadap wanita yang sedang mengandung ialah:-

1) Keguguran

Risiko untuk wanita berkenaan untuk mengalami keguguran adalah lebih tinggi berbanding wanita mengandung yang tidak terdedah dengan asap rokok.

2) Bayi Mati

Bayi berisiko mati di dalam kandungan (still birth).

3) Bayi Pra-Matang

Risiko melahirkan bayi pra-matang. Bayi yang lahir tidak cukup bulan ni lebih berisiko pula untuk mempunyai pelbagai komplikasi kesihatan.

4) Bayi Tidak Cukup Berat

Bayi yang dilahirkan akibat terdedah dengan asap rokok juga berisiko tidak mempunyai berat badan normal iaitu tidak cukup berat atau terlalu ringan.

5) Bayi Mati Tiba-tiba

Asap rokok meningkatkan risiko kematian bayi secara tiba-tiba atau turut dikenali sebagai SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).

6) Komplikasi Pernafasan

Bayi turut berisiko mempunyai komplikasi penafasan.

7) Kecacatan Kekal

Bayi berisiko mendapat kecacatan kekal seperti mempunyai bentuk kaki yang berlainan dengan bayi normal yang lain.

Untuk kes yang agak serius, bayi berisiko mendapat kecacatan otak.

Melihat kepada senarai risiko yang bakal dihadapi oleh bayi yang tidak berdosa akibat kerakusan orang dewasa ni, memang rasa sangat-sangat kasihan.

Perkara yang sepatutnya boleh dielak dan dikawal, tapi akibat kurang prihatin dan ilmu yang ada oleh orang dewasa, bayi di dalam kandungan pula terpaksa menanggung malang.

Mungkin para ibu yang mempunyai suami perokok tegar boleh mencuba Tips Berhentikan Suami Merokok Tanpa Disedari ini.

Kita semua memang bak sihat, tapi nak juga jaga keharmonian rumahtangga kan?

Rakan hamil ibu ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Naimah Wahab

019-937 7380

SID: 1001144

2 Comments

  1. anuar December 12, 2017
    • Naimah Wahab December 24, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge