Komunikasi Leptin-Otak untuk Kurus

Ramai orang nak kurus, tapi ramai yang tak tahu bagaimana proses kurus boleh berlaku kan? Pemahaman tentang bagaimana kita boleh kurus amatlah penting.

Apakah Leptin?

Leptin ialah hormon yang berkait rapat dalam mengatur pengambilan dan pengeluaran tenaga termasuk nafsu makan, metabolisma dan rasa lapar. Ia merupakan hormon yang mengawal rasa lapar dan kenyang.

Secara normalnya, apabila kadar leptin tinggi, ia akan menghantar signal pada otak mengatakan yang kita dah kenyang dan boleh berhenti makan. Apabila kadar leptin rendah, kita akan berasa lapar dan ingin makan.

Paras Leptin

Normalnya, paras leptin tinggi, kita kenyang, paras leptin rendah, kita lapar

Keadaan ini berlaku dengan rangsangan receptor pada hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengatur sistem hormon di dalam badan kita.

Receptor ini adalah sejenis protein yang mana apabila terdapat rangsangan dari hormon, interaksi akan berlaku dan seterusnya akan membawa perubahan fisiologi atau fungsi tubuh badan.

Apabila leptin telah berhubung dengan dengan otak melalui receptor, ia akan merangsang pelepasan signal selera atau dengan kata lain, leptin bagitau otak kita “kenyang sudah, berhenti makan…hehe”

Seseorang yang mengalami leptin disorder (kegagalan fungsi leptin) akan makan tanpa kawalan.

Perkaitan Leptin-Lemak

Leptin dihasilkan oleh adipose tissue a.k.a lemak badan kita. Paras kitaran leptin berkadar terus dengan jumlah lemak dalam badan kita. Ini bermakna, lagi berisi badan kita, lagilah banyak jumlah leptin yang kita ada.

Jumlah leptin

Ianya turut menjadi jawapan kepada yo-yo diet apabila berkaitan dengan leptin. Ini kerana, apabila kita hilang berat badan dengan cepat tidak kira sama ada melalui liposuction (sedut lemak) atau kawalan kalori yang ketat, kadar leptin akan jatuh mendadak.

Seterusnya kita akan berasa lapar, hormon tiroid akan meningkat dan kadar metabolisma akan menurun. Badan kita akan meningkatkan aktiviti homon catabolic  dan selera makan. Menyebabkan kita terus makan dan berat badan kembali meningkat. Ini kerana badan telah bertukar kepada “craving mode“. Arahan pada otak lebih kurang macam ni “Orang ini sedang kelaparan, sila makan lagi“.

Sebab itulah diet yang “terlampau” adalah kurang efektif – leptin kita tidak akan membenarkan kita kurangkan makan, bukan sahaja badan menjadi lemah, malah metabolisma badan yang menurun akan merencatkan proses untuk kurus.

Diet terlampau juga menjadikan leptin lebih sensitif kepada rasa lapar (kebulur) berbanding terlebih makan. Jadi, sekiranya kita mula mengawal ketat kalori dan mula membakar lemak, leptin akan turun mendadak, tetapi sekiranya kita makan terlalu banyak, ia tidak akan naik mencanak walaupun peningkatan tetap berlaku.

Kadar peningkatan leptin berlaku serentak dengan peningkatan insulin sebaik sahaja selepas makan dan apabila badan menyimpan tenaga.

Dapatkan juga maklumat tentang Bagaimana Nak Arahkan Hormon Kurus (Leptin) Bekerja.

Nantikan entri seterusnya tentang leptin dan kurus serta perkaitan dengan Omega 3.

*********************************************************************************************************

Boleh juga mendapat maklumat tentang Turun 10kg Dalam Sebulan dengan Set Kurus Cinch Shaklee.

NOTA: Setiap keuntungan daripada pembelian produk Shaklee bermula Disember 2013 – Febuari 2014 akan disalurkan ke dalam Tabung Dana Mangsa Banjir.

*********************************************************************************************************

Terima kasih 🙂

New-Name-Card

 

 

 

2 Comments

  1. Denaihati December 11, 2013
    • Naimah Wahab December 11, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge