Makanan Bagus Bantu Hilangkan Cyst Semasa Mengandung

Bagaimana perasaan ibu-ibu, apabila buat check up kehamilan bulanan, tiba-tiba doktor maklumkan yang para ibu mempunyai ovarian cyst? Doktor pula berikan tempoh lagi sebulan untuk memantau sama ada cyst tu semakin membesar atau mengecut?

Ovarian cyst di kalangan ibu hamil selalunya dikesan secara tidak sengaja sewaktu doktor scan baby. Disebabkan ovari berada berdekatan dengan rahim, maka ovarian cyst mudah dikesan.

Ya Allah, mestilah perasaan bercampur baur antara cemas, takut, risau, bimbang dan kecewa kan? Bukan tak mahu terima takdir. Takut kalau cyst tu makin membesar. Bimbang dengan keadaan baby di dalam kandungan. Selamat kah baby? Ok tak baby, ada terganggu apa-apa tak?

Tenang ibu, tenang. Langkah pertama yang para ibu pengidap cyst perlu lakukan ialah jaga pemakanan. Jangan ambil sebarang makanan yang boleh meningkatkan hormon estrogen dan xenoestrogen di dalam badan. Ambil juga makanan yang elok untuk membantu mengecutkan ovarian cyst.

Xenoestrogen ialah bahan kimia berbahaya yang menyerupai hormon estrogen. Xenoestrogen ni menjadi punca pelbagai jenis penyakit kewanitaan seperti cyst, fibroid dan kanser.

 

 

cara rawat cyst dengan makanan sihat dan berkhasiat

 

Makanan Yang Bagus Untuk Pengidap Ovarian Cyst

Selain daripada mempunyai gaya hidup sihat dan cergas seperti sentiasa bersenam, memjaga pemakanan adalah cara paling baik dan berkesan untuk mengatasi sebarang penyakit. Di samping mengelakkan penyakit sedia ada semakin parah, pemakanan yang sihat juga dapat mencegah penyakit yang sama berulang atau penyakit baru datang.

 

Di antara makanan yang bagus untuk pengidap ovarian cyst ialah:-

 

1. Makanan Yang Tinggi Antioksidan

Cyst terbentuk apabila berlaku ketidakseimbangan hormon iaitu hormon estrogen terlalu tinggi daripada paras normal.

Banyak faktor yang meningkatkan hormon estrogen di dalam badan ni. Ianya termasuklah pencemaran udara, berat badan berlebihan yang menyebabkan lemak ditukar kepada estrogen, pencemaran daripada air yang diminum, pencemaran daripada bahan-bahan kosmetik serta bahan kimia berbahaya yang lain serta makanan segera yang diproses yang selalunya tinggi dengan bahan kimia berbahaya.

Semua ni adalah radikal bebas yang dimasukkan ke dalam badan. Ditambah pula dengan proses penghasilan radikal bebas yang semulajadi oleh tubuh kita, maka radikal bebas semakin tinggi sehingga tidak dapat dibendung dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit.

Jadi, radikal bebas ni perlu dineutralkan untuk menyekat kerosakan sel yang berlaku dalam tubuh sekaligus menyembuhkan dan mencegah penyakit yang berkaitan.

Badan kita memang mempunyai fungsi untuk membunuh radikal bebas, tetapi lambakan radikal bebas yang masuk menyebabkan tubuh tidak dapat menampung proses tersebut.

Cara bagi meneutralkan radikal bebas ni adalah dengan mengambil makanan yang tinggi anti-oksidan. Di antara makanan yang kaya dengan anti-oksidan termasukkanlah buah anggur, buah ceri, lobak ungu, dark coklat atau sayur-sayuran serta buah-buahan yang mempunyai warna yang gelap.

 

2. Makanan Berasaskan Soya & Sumber Estrogen

Sumber makanan yang berasaskan soya seperti kacang soya, tauhu, sup miso dan air soya. Makanan sumber phytoestrogen yang lain termasuklah bijan, halba, kekacang, lentil, keladi, alfafa, epal, buah delima, lobak merah, daun pudina, dan ginseng. Cauliflower (bunga kobis) dan brokoli juga bagus diamalkan.

Phytoestrogen akan membantu menyeimbangkan hormon estrogen dalam badan.

 

3. Makanan Kaya Magnesium

Makanan yang tinggi Magnesium ni contohnya pisang, prune dan badam (almond). Magnesium bantu mengurangkan rasa kejang akibat ovarian cyst.

 

4. Makanan Kaya Omega-3

Omega-3 juga sangat bagus dalam membantu tubuh kita menyeimbangkan hormon estrogen yang berlebihan.

Contoh sumber makanan yang tinggi Omega-3 ialah ikan salmon, ikan bilis dan ikan merah.

Elakkan pengambilan makanan yang tinggi toksik seperti ikan sardin kerana ia akan meningkatkan kandungan xenoestrogen di dalam badan.

 

 

Pantang Larang Bagi Pesakit Ovarian Cyst

Selain daripada mengambil makanan yang bantu mengecutkan cyst, pesakit cyst juga perlu peka dengan makanan yang mendorong perkembangan cyst. Bahan-bahan lain yang menggalakkan pertumbuhan cyst juga perlu di ambil kira.

 

1. Gula Putih

 

cara rawat cyst dengan makanan sihat dan berkhasiat

 

Pesakit cyst perlu mengelakkan makanan manis atau yang tinggi kandungan gula putih. Secara amnya, gula putih akan mengakibatkan bacaan gula di dalam darah naik secara mendadak.

Apabila berlaku sugar spike (gula naik mendadak) ia akan menyebabkan kandungan gula tersebut tidak seimbang sekaligus menjadikan hormon turut tidak stabil dan seimbang.

Ibu mengandung yang terlalu suka makan makanan manis juga berisiko mendapat GDM.

Gula putih juga langsung tidak berkhasiat, sebaliknya memudaratkan.

Gula putih ni boleh digantikan dengan pemanis semulajadi yang lebih baik iaitu gula organik, madu asli, gula kabung, gula perang dan gula melaka.

2. Paraben

Paraben biasanya mudah didapati di dalam alatan kosmetik wanita. Paraben ni merupakan bahan kimia berbahaya yang menyerupai estrogen.

Walaupun kita tidak mekan paraben secara langsung, tetapi apabila kita menggunakan kosmetik berparaben, paraben tadi akan masuk ke dalam badan melalui kulit.

Secara tindak langsung, ia akan meningkatkan paras estrogen di dalam badan.

 

3. Berat Badan Berlebihan

Mempunyai berat badan yang meningkat daripada biasa adalah normal bagi ibu yang sedang hamil.

Namun demikian, pastikan mengikut kadar kenaikan normal yang telah ditentukan oleh pihak klinik.

Sekiranya ibu mengambil makanan berkhasiat, mengawal nafsu makan serta mengamalkan senaman ringan sewaktu mengandung, inshaa-Allah, berat badan semasa hamil akan naik dengan cantik.

Kawalan berat badan semasa hamil ni penting kerana lemak yang berlebihan akan ditukarkan kepada estrogen. Nanti bertambah lagilah bilagan estrogen dalam badan. Jadi cyst payah nak kecut.

 

4. Makanan Segera & Berproses

Makanan segera ni selalunya tinggi dengan garam, gula serta bahan-bahan tambahan sintetik yang memang sah-sah tidak elok untuk badan.

Makanan segera dan berproses selalunya meningkatkan lambakan toksin, toksik sekaligus xenoestrogen di dalam badan.

Kalau boleh, bila ibu sekalian dah kene cyst ni, cuba elakkan terus makanan segera dan berproses ni.

 

Oke, rasanya cukup dulu setakat ni perkongsian KIm. Semoga ibu-ibu hamil yang ada cyst mendapat manfaat daripada perkongsian ni ye.

Jangan rungsing. Kene sentiasa ceria, tenang, sabar dan berdoa selalu. Pastikan jaga pemakanan serta amalkan gaya hidup yang sihat serta cergas.

 

 

 

Rakan Hamil Ibu,  🙂

Naimah Wahab

Email: myliferia@gmail.com

WhatApps: 019-937 7380 (www.wasap.my/60199377380)

Shaklee ID: 1001144

2 Comments

  1. Noor aziana mohd salleh August 26, 2017
  2. Ikhwan August 27, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge