Obesession Saya | Hari #25; Cabaran 30 Hari Entry

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Apa khabar semua? Rindu pula saya dengan blog dan semua tetamu kehormat saya kat sini.  Sebenarnya beberapa hari lepas, saya balik kampung, dengan blog pun bercuti. Tak boleh jadi nih, kalau biar lama-lama, mau bersawang blog ni 😛

 

20140319-222741.jpg

 

Kali ni dah masuk ke entri ke 25 iaitu Obsession Saya. Menarik ni. Sebenarnya ada beberapa obsession yang saya ada, tapi antara yang utama ialah perkara-perkara tentang parenting terutamanya pendidikan awal kanak-kanak atau Early Childhood Education (ECE).

 

Tentu ramai dah dengar berkenaan ECE kan? Teringat saya bagaimana sewaktu awal-awal saya dikurniakan anak sulung dahulu. Memandangkan sewaktu itu saya berada di luar negara, jadi selalu jugalah saya berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan melalui Skype atau sebarang media perhubungan online.

 

Masa tu saya borak-borak dan selalu blogwalking kat blog kawan satu universiti dahulu iaitu Puan Norhidawati Abdul Aziz, pemilik Genius Baby On Board (GBOB). Beliau ni seorang yang sangat passion dengan ECE. Beliau sangat bersungguh-sungguh  mengaplikasikan konsep ECE terhadap anak sulung beliau, Qarissa sehinggalah tertubuhnya playgroup beliau sendiri.

 

HQ GBOB ni di Puchong. Sudah ada branches di Johor Bahru dan Shah Alam lagi. Teringat saya masa mula-mula kami berborak pasal ECE. Memang sangat bersemangat. Kalau ada video atau perisian best-best kat youtube atau gadget seperti iPhone, iPad dan iPod, mesti kami berkongsi. Sehinggakan handphone saya pun penuh dengan flash card dan aplikasi menarik untuk bayi.

 

Apa yang paling penting, ibu bapa perlu sedar bahawa tingkap atau waktu emas perkembangan otak anak-anak adalah 5 tahun ke bawah.

 

Semasa kat US haritu, kami ada orderkan set Your Baby Can Read. Saya cuba apply pada kashful sewaktu dia berusia dalam 5-6 bulan kalau tak silap saya.

 

Hasilnya, mashaa Allah, dalam masa beberapa bulan, Kashful dah boleh membaca. Hebatnya otak anak kecil. Tinggal kita jer nak rangsang macam mana.

 

Sekiranya anda ke Islamic Parenting Network, rasa takjub pada kebolehan anak kecil lagi berganda. Bayangkan, anak sekecil 3 tahun dah boleh hafal al-Quran.

 

Doa saya semoga anak-anak saya dan kalian semua hafal al-Quran dan Hadis, amalkanl al-Quran dan Hadis serta ajarkanl al-Quran dan Hadis kepada orang lain, juga menjadi terbaik di dunia dan akhirat. Ameeeeennn

 

Jom jengah entri-entri lain yang terkandung di dalam Cabaran 30 Hari Entry ni-

 

Hari #1: Tentang Diri Saya

Hari #2: Di Sebalik Tabir Myliferia

Hari #3: Destinasi Percutian Keluarga

Hari #4: Ibu Dan Ayah Permata Hatiku

Hari #5: Video Kashful dan Asif Bermain Bola Sepak

Hari #6: Rumahku Syurgaku

Hari #7: Apa Bestnya Reader Digest?

Hari #8: Brunei Negara Impianku

Hari #9: Impian Yang Sedang Saya Usahakan

Hari #10: Outdoor Activity Kegemaran Saya

Hari #11: Quote Yang Sangat Bermakna Buat Saya

Hari #12: Kereta Idamanku

 Hari #13: Perancangan Bulanan Sekiranya Pendapatan 1 Juta Sebulan

 Hari #14: Restoran Yang Menjadi Kegemaran Saya

Hari #15: Cadangan Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live

Hari #16: Sesuatu Yang Saya Rindui

Hari #17: Perkara Terbaik Pada Minggu Ini

Hari #18: Perkara Yang Saya Sukakan Tentang Personaliti Saya

Hari #19: Perkara Yang Membuatkan Saya Takut

 Hari #20: Perkara Yang Membuatkan Saya Tercabar

Hari #21: Binatang Kesukaan Saya

Hari #22: Pakar Motivasi Kegemaran Saya

Hari #23: 5 Insan Terpenting Kepada Saya

Hari #24: Cara Terbaik Habiskan Masa Lapang

 

Kalau anda ada join cabaran ni, maklumkan pada saya tau, boleh saya terjah plak…hehe

 

Terima kasih 🙂

 

Naimah Wahab

 

 

10 Comments

  1. Anuar March 20, 2014
    • Naimah Wahab March 20, 2014
  2. Denaihati March 20, 2014
    • Naimah Wahab March 20, 2014
  3. Ririn March 20, 2014
  4. puteri kasih March 21, 2014
  5. Catalog ibu December 17, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge