Pantang Secara Tradisional vs Pantang Secara Moden; Mana Satu Yang Paling Berkesan?

Berpantang adalah satu tempoh pemulihan emosi dan tubuh badan seorang ibu yang telah melalui proses kelahiran. Macam-macam cara dan proses yang terlibat sewaktu tempoh berpantang ni. Walaupun sebelum ni, para ibu kebanyakkannya berpantang secara tradisional, namun sejak kebelakangan ini, berpantang secara moden telah menjadi semakin popular.

Kalau kita seorang ibu muda yang jenis nak cepat serba-serbi, dengan ada anak-anak lain yang perlu diberi perhatian, video kat bawah ni mesti buat diri kita happy nak berpantang.

 

 

Kalau anak sulung dulu, memang boleh berpantang kat kampung, diri dibelai dan dijaga macam ratu. Tapi kalau dah ada anak lain yang masih kecil, mana nak sempat dapat semua tu, ye tak? Nak-nak kalau ada anak yang dah bersekolah. Takkan nak cutikan diaorang ikut tempoh kita berpantang kan?

Berpantang secara tradisional pula biasanya melibatkan jamu-jamu dan herba-herba dalam bentuk serbuk atau kapsul, berpilis, berparam, bertungku, bersalai, berurut, berbekung, tangas dan sebagainya.

Memang agak complicated sedikit cara tradisional ni, tapi tetap bagus untuk kesihatan.

Namun, kalau bagi diri saya, untuk bab-bab makan jamu ni, saya lebih suka memilih vitamin moden macam Set Pantang Shaklee. Sebabnya lebih mudah dan ringkas. Cepat pun ye.

Pengalaman saya bersalin anak sulung dulu, sampai 2 jenis set jamu beli. Sudahnya, membazir jer sebab tak termakan. Pilis dan param pun tak habis pakai…hehe. Macam leceh sikit dan agak bersepah.

Tapi saya tetap mengamalkan bertungku, berurut, berbekung dan berstoking dalam pantang. Tak sempat bersalai jer. Tapi pernah tumpang bermain atas salaian mak masa kecil-kecil dulu ๐Ÿ˜›

Pada saya, tak kira pantang tradisional atau pantang moden, kedua-duanya tetap mempunyai kebaikan. Cuma terpulang kepada pilihan masing-masing. Kalau nak gabung dua-dua pun ok apa?

Sekarang ni ramai ibu moden yang tak hiraukan bab-bab pantang ni. Masa muda ni memang rasa rilex dan takde apa-apa, nanti, belum masuk umur 40-an, dah sakit badan sana sini.

Jadinya, berpantang tetap kene pantang. Biarlah bersederhana dan ikut kesesuaian. Segalanya untuk kebaikan ibu dan anak juga ๐Ÿ™‚

 

Nak Tahu Sharing Tentang Keberkesanan Shaklee Terhadap Tahap Kesihatan?

Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik ๐Ÿ™‚

 

Ibu sihat, keluarga bahagia, ibu bijak, rumahtangga sejahtera ๐Ÿ™‚

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

12 Comments

  1. titan March 23, 2015
  2. Khir Khalid March 23, 2015
  3. kaknoor March 24, 2015
    • Naimah Wahab March 24, 2015
  4. islam di dadaku March 24, 2015
  5. NFH March 26, 2015
  6. Ikhwan Fahmi March 26, 2015
    • Naimah Wahab March 27, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge