Petanda, Risiko & Rawatan Cyst Semasa Hamil

Ovarian cyst atau sista ovari merupakan penyakit yang sering berlaku kepada wanita termasuk ibu hamil dan kebanyakannya adalah tidak berbahaya (benign). Namun demikian, ada sesetengah cyst yang terus membesar dan memberi risiko terhadap keselamatan bayi dan ibu. Sebahagian kecil ovarian cyst juga merupakan kanser ovari.

 

tips rawat ovarian cyst semasa hamil

 

Oleh sebab itu, walaupun ovarian cyst ini boleh hilang dengan sendiri, para ibu tidak boleh memandang ringan sekiranya telah disahkan oleh doktor yang ibu-ibu mengidap ovarian cyst.

 

Simptom Ovarian Cyst

Di antara petanda-petanda yang boleh dikenalpasti seseorang wanita itu mengalami ovarian cyst ialah:-

 

 

tips rawat ovarian cyst semasa hamil

1: Tekanan, Bengkak @ Sakit Di Bahagian Perut & Pelvik

Petanda ini merupakan simptom yang sering dihidapi oleh pengidap cyst. Pesakit akan merasakan bahagian perut dan pelvik semakin membengkak atau membuncit.

Ada kalanya ia diikuti dengan kesakitan yang tidak terlalu kuat tapi sudah cukup untuk membuatkan ibu hamil rasa tidak selesa.

Keadaan ini terjadi biasanya ekoran kerana cyst telah membesar satau sudah memenuhi ruang dan memberi tekanan kepada organ berhampiran seperti pundi kencing atau buah pinggang.

 

2: Masalah Pembuangan Air Kecil

Apabila  pengesanan ovarian cyst lewat dilakukan, ia akan semakin membesar serta menyebabkan gangguan terhadap organ lain terutamanya pundi kencing yang terletak berhampiran ovari.

Keadaan ini akan menyebabkan masalah terhadap pembuangan air kecil seperti kencing yang lebih kerap dan tidak lawas.

Ovarian cyst yang membesar akan memberikan tekanan terhadap pundi kencing.

Di antara masalah lain yang mungkin timbul ialah pesakit boleh mendapat kencing kotor atau UTI akibat daripada pembuangan air kecil yang tidak teratur.

 

3: Sakit Semasa Hubungan Kelamin @ Semasa Haid

Pengembangan dan pengecutan otot di kawasan rahim dan sistem peranakan sewaktu hubungan kelamin serta kedatangan haid turut melibatkan ovarian cyst. Pesakit ovarian cyst akan berasa sakit dan sengal di bahagian terdapatnya ovarian cyst tadi.

 

4: Pendarahan Tidak normal

Kejadian cyst mula berlaku semasa proses ovulasi seseorang wanita. Semasa berlangsungnya proses ovulasi ini, perubahan hormon menjadi faktor utama perkembangan cyst sekaligus akan menjadi penentu sama ada cyst akan hilang secara semulajadi ataupun cyst tersebut akan terus membesar.

Ekoran daripada perubahan-perubahan hormon yang telah berlaku, sistem peranakan seseorang wanita yang sangat sensitif ni berkemungkinan akan mengalami pendarahan yang tidak normal seperti pendarahan yang berpanjangan tetapi sedikit-sedikit.

Selain daripada 4 simptom di atas, terdapat beberapa petanda lain yang menunjukkan seseorang wanita termasuklah ibu hamil tersebut mengalami ovarian cyst.

Di antaranya ialah pertambahan berat badan, masalah ketidaksuburan, sakit kepala, loya, muntah, letih, rasa sakit pada bahagian payudara dan juga rasa tidak selesa pada bahagian belakang dan peha.

Sekiranya ibu-ibu hamil sekalian mempunyai simptom-simpton seperti di atas, segeralah merujuk pakar sakit puan untuk mendapatkan pengesahan serta rawatan lanjut jika diperlukan.

 

Risiko Cyst Semasa Mengandung

Pada kebiasaannya, cyst tidak membahayakan bayi.

Lagipun ianya berada pada 2 tempat yang berbeza iaitu cyst pada ovari dan bayi di dalam rahim.

Tapi, sekiranya cyst tadi semakin membesar atau berpintal, ia boleh menyebabkan beberapa risiko yang akan timbul. Di antaranya ialah:-

1: Jangkitan Kuman

Jangkitan kuman boleh berlaku pada peranakan ibu biasanya disebabkan oleh cyst yang pecah.

Apabila ini berlaku, ibu hamil tadi akan berasa sakit sewaktu membuang air kecil.

 

2: Kelahiran Bayi Pra-Matang

Apa yang lebih membahayakan, cyst yang membesar lebih daripada 5cm boleh mengganggu bekalan darah kepada bayi. Keadaan ini ada kalanya boleh menyebabkan kelahiran bayi pra-matang atau berlalunya keguguran.

 

Rawatan Bagi Ovarian Cyst

Apabila seseorang wanita itu telah disahkan mengidap ovarian cyst, doktor akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang cyst tersebut.

Di antara info yang perlu dikenalpasti termasuklah saiz cyst, lokasi cyst tersebut berada di bahagian mana, serta jisim cyst tersebut sama ada terdiri daripada cecair, pepejal ataupun gabungan di antara kedua-duanya.

Kebiasaannya, untuk cyst yang berukuran 5 cm ke bawah, doktor tidak akan membuat sebarang proses rawatan. Doktor akan memantau secara berkala sama ada cyst tersebut semakin menyusut atau membesar.

Sekiranya ovarian cyst tadi didapati semakin membesar, di antara rawatan lanjut yang dilakukan oleh doktor ialah:

1: Laparoskopi

 

tips rawat ovarian cyst semasa hamil

 

Rawatan laparoskopi dilakukan dengan membuat 3 lubang di bahagian pelvik. Satu lubang digunakan untuk memasukkan kamera dan 2 lubang lagi digunakan untuk memasukkan peralatan membuang cyst tersebut.

Rawatan laparoskopi ni biasanya dilakukan sekiranya ukuran cyst adalah lebih kecil atau lokasi cyst tersebut mudah dicapai.

Doktor selalunya menggunakan kaedah ini terhadap cyst yang berjisim cecair.

Kaedah laparoskopi ini turut digunakan untuk mengambil sample (biopsy) bagi ujian kanser.

 

2: Pembedahan

Pembedahan merupakan pilihan terakhir yang akan diberikan oleh doktor. Sekiranya saiz ovarian cyst yang dihidapi adalah besar, pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan cyst tersebut.

Terdapat sesetengah kes yang lebih serius sehingga merosakkan ovari, maka pembedahan membuang cyst bersama-sama ovari terpaksa dilakukan.

Dari segi kos pembedahan dan rawatan, memilih hospital kerajaan adalah jauh lebih murah.

Namun demikian, ada kes yang agak serius dan terpaksa menjalani pembedahan segera serta tidak dapat menunggu giliran lebih lama kerana bimbang cyst akan pecah, maka hospital swasta menjadi pilihan.

Kos pembedahan di hospital swasta yang pernah dikongsikan oleh salah seorang penghidap ovarian cyst iaitu Puan Azmiah, mencecah sehingga RM 4,000, tidak termasuk kos rawatan susulan.

Nantikan artikel seterusnya tentang bagaimana nak elakkan pembedahan cyst serta makanan yang menjadi penggalak serta makanan pencegah cyst.

 

Rakan Hamil Ibu,  🙂

Naimah Wahab

Email: myliferia@gmail.com

WhatApps: 019-937 7380 (www.wasap.my/60199377380)

Shaklee ID: 1001144

One Comment

  1. Ira August 24, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge