Rahsia Di Sebalik Angka 7 Tahun 2015

Apakah best dan istimewanya nombor 7 ni? Rasanya banyak perkara yang agak sinonim dengan angka 7. 7 Wonders In The Word tu pun best. NTV7? Opppss! Saya jarang tengok TV…hehe. Nak tahu apa kaitan angka 7 dengan tahun 2015 ni dalam hidup saya?

Alhamdulillah, semalam genap 7 tahun ulang tahun perkahwinan saya bersama dengan insan yang banyak mengajar selok-belok kehidupan.

Terimbau kembali detik-detik bakal menamatkan zaman bujang dulu. Kalau zaman remaja, takleh nak share kat sini, karang jadi novel plak..ahakss!!!

Dipendekkan cerita, kami bertunang pada bulan Disember 2007. Plannya nak bernikah pada Ogos 2008. Tapi, nak dijadikan kisah hidup, pernikahan perlu diawalkan sebab bakal suami masa tu dipanggil bertugas ke luar negara.

Dapat tahu awal tahun yang beliau perlu bertugas ke US pada bulan April. Kitaorang bernikah pada 28 Mac 2008. Tapi disebabkan pemprosesan dokumen mengambil sedikit masa, jadi kami terbang ke US pada 28 Mei 2008.

Macam tak cukup kaki tangan. Tayar kereta yang 4 tu pun rasa nak kene tambah lagi…haha

Boleh bayangkan tak bagaimana kelam-kabut persiapan yang kena buat? Hampir setiap minggu balik kampung termasuk nak pergi mengundi. Sempat lagi tu…hehehe…tanggungjawab harus dilaksanakan, ya tak? Bangga sekejap jadi rakyat Malaysia πŸ™‚

 

Happy 7th Anniversary

 

Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Bunga telur saya ada buat sikit-sikit sebelum ni. Ada gak dalam 450 kuntum lebih gitu. Lepas tu saya ada jahit 3 helai gak baju lace walaupun cikgu jahit saya sponsor baju songket untuk hari kahwin. Sehelai baju lace buat untuk majlis bertunang.

Terharunya tu, beliau simpan khas baju songket tu untuk saya. Saya jadi perasmi baju tu. Beliau tak sewakan pun baju tu untuk orang lain.

Sehari sebelum majlis, beliau sponsor pakaian beragam termasuk Cheongsam, Gagra, Mexico, tapi tak dapat nak tayang sebab tak cukup syarat…kikiki. Posing pun sorang-sorang jer sebab status tak rasmi lagi kan. πŸ˜›

Berbalik pasal persiapan kahwin, tu tak termasuk cadar, tabir pengantin, tabir dinding, bunga tangan, bunga katil, bunga hiasan, bunga pahar yang cikgu jahit merangkap jiran saya yang ajarkan.

Beliau pesan, walau takde calon suami pun, buat jer sikit-sikit, nanti tak mendadak terkejut.

Alhamdulillah, berkat mendengar nasihat orang yang sangat berpengalaman, majlis perkahwinan kami berjalan lancar. Sederhana tapi tetap meriah. Macam dah buat persiapan yang agak lama jer πŸ™‚

Terima kasih ma chek sekeluarga, mak cik Dah, Kak Su, Kak Ma dan semua yang banyak menolong sebelum dan sepanjang Β majlis yang penuh bermakna dalam diari hidupku.

Arwah ayah dan pengalaman di US adalah detik yang tidak dapat saya lupakan sehingga kini. Sungguh bermakna.

 

Happy 7th Anniversary

 

Syukur, kini rumahtangga kami diserikan dengan kehadiran 2 orang permata hati yang sihat, cergas dan ceria sentiasa.

Semoga Allah memberkati rumahtangga dan kehidupan kami. Semoga rahmat dan petunjuk-Nya sentiasa. Juga buat kalian yang setia mengunjungi myliferia.

Walaupun jadi macam Ms Sotong (ni kes nak kene buat banyak kerja) macam dalam video kat bawah, tapi saya happy dan bersyukur dengan kehidupan sekarang.

 

 

Boleh tengok kat sini banyak lagi video testimoni kesihatan dan muhasabah diri yang super best!!!. Semuanya ringkas, padat dan menarik πŸ™‚

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

14 Comments

  1. JARI MANIS March 29, 2015
    • Naimah Wahab March 29, 2015
  2. titan March 30, 2015
    • Naimah Wahab April 2, 2015
  3. Aretikz March 30, 2015
    • Naimah Wahab April 2, 2015
  4. Dr Fattah April 4, 2015
  5. Hero Borneo April 9, 2015
    • Naimah Wahab April 14, 2015
  6. Wahab Saputra April 17, 2015
    • Naimah Wahab April 18, 2015
  7. Azri September 4, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge