Resipi Bihun Udang Daun Limau Purut

Kelmarin jiran berikan durian siap kopek sebekas dan cekodok durian sebekas. 1st time makan cekodok durian. Macam cekodok pisang tapi rasa durian. Sedap jugak.


Harini balas bekas jiran tu dengan bihun udang limau purut.

Ni haaa resipi bihun ni.

 

Bahan-bahan Bihun Udang Daun Limau Purut

2-3 sudu besar minyak masak untuk menumis

3 keping bihun direndam dalam air suhu bilik 15 minit

3 ulas bawang putih cincang/kisar

3 sudu besar bawang merah kisah

1 sudu kecil cili boh

3-4 biji cili padi ketuk kalau suka pedas (KIM tak.letak pun)

1 sudu kecil sos tiram

1 sudu besar kicap cair

1/2 sudu besar udang kering – kalau jenis besar, boleh tumbuk kasar

1/2 sudu kecil serbuk lada sulah

1 sudu kecil cuka makan

10 ekor udang segar dibuang kotoran kepala dan urat hitam

1 biji tomato belah 6-8

Secubit gula melaka

3-4 keping daun limau purut

1/2 cawan air

4-5 pokok kangkung dipotong kecil

Garam secukup rasa


Cara Menyediakan Bihun Udang Limau Purut


1. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili boh hingga garing. Masukkan juga cili padi kalau suka pedas.


2. Masukkan udang kering, sos tiram, kicap cair, gula melaka, lada sulah, cuka.


3. Masukkan tomato.


4. Masukkan kangkang dan udang.


5. Masukkan air diikuti bihun yang telah ditos.


6. Masukkan garam dan daun limau purut yang dicarikkan.


7. Rasa cukup tak masin masam dan sedikit manis.


8. Kalau agak.kering tambah seeikit air.


9. Kacau rata.


10. Bila air dah kering, kecilkan api dan tutup bihun dengan penutup dalam 10 minit.


11. Kacau sebati dan tutup api.


12. Siap dan boleh dihidangkan😋😋😋


Nanti try lah buat tau. Simple jer sebenarnya resipi ni.

 

Suka resipi simple tapi sihat dan sedap,

Naimah Wahab

Founder of KIM Family

019-937 7380

2 Comments

  1. nida January 9, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge