Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak Simple

Orang Pantai Timur dari KL yang lalu ikut highway Temerloh, mesti ramai yang singgah kat R & R nak pekena ikan patin masak tempoyak, ye tak?

Sedap ikan patin tempoyak sana. Kuah dia tu, terasa cukup masam, masin, manis dia.

Lepas tu kuah dia tu macam ada rasa special sedap.

Haritu kebetulan sewaktu saya pergi beli barang dapur, kat kedai tu jual ikan patin.

Duk fikir-fikir, nak try ke tak masak ikan patin ni sebab belum pernah masak pun lagi. Tahu makan je. Lagipun macam tak pernah jer jumpa ikan patin yang dijual di situ.

Dipendekkan cerita, saya beli 2 ekor ikan patin. Try masak dulu seekor.

 

 

 

Bahan-bahan Ikan Patin Masak Tempoyak

  • Seekor ikan patin potong 4
  • Satu bekas tempoyak (RM 4/5) – kalau suka kuah banyak, lebihkan tempoyak
  • Daun kesum
  • Cili hidup 2-3 biji, kalau suka pedas tambah cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • Secubit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Kacang buncis, timun dan mempelam jika suka.

Cara Sediakan Ikan Patin Masak Tempoyak

  1. Masak semangguk air hingga menggelegak.

2. Tumbuk lumat cili dan kunyit hidup, kemudian masukkan ke dalam air yang menggelegak tadi.

3. Masukkan tempoyak dan kacau rata.

4. Masukkan daun kesum.

5. Masukkan ikan serta perlahankan api.

  1. Masukkan bahan-bahan lain garam, gula melaka, juga kacang buncis, mangga dan timun.

  2. Tutup api apabila nampak kuahnya dah mula pekat.

  3. Siap dan boleh dihidangkan.

Try lah resipi mudah kegemaran ramai ni tau.
Naimah Wahab

019-937 7380

2 Comments

  1. anuar October 10, 2017
  2. izwan October 31, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge