Risiko Berbahaya Kencing Manis Semasa Hamil (GDM) Kepada Ibu

GDM atau kencing manis yang berlaku semasa tempoh kehamilan boleh terjadi kepada mana-mana ibu hamil yang sebelum ini tidak pernah mempunyai masalah GDM sebelum hamil. GDM berlaku apabila paras glukosa (gula) dalam darah lebih daripada bacaan normal semasa fasa kehamilan tersebut.

 

 

bacaan gula ibu GDM

 

Menurut Datuk Prof. Mustaffa Embong, “GDM biasanya di kesan pada minggu ke 24 hingga minggu ke-28 kehamilan dan berlaku kepada hampir 20 peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang dikandung”.

Saya sendiri pernah menghidapi GDM sewaktu mengandung anak ke-2 dan ianya adalah pengalaman yang tidak menyeronokkkan. Paling leceh dan sangat bertaubat apabila terpaksa berhadapan dengan BSP.

 

Bacaan Gula Normal Wanita Hamil vs Bacaan Gula Wanita GDM

 

 

bacaan gula ibu GDM

 

Punca GDM Bagi Wanita Mengandung

Secara amnya, komuniti bidang perubatan masih tidak dapat mengenalpasti secara jelas punca sebenar mengapa wanita hamil boleh menghidapi GDM. Namun, terdapat beberapa faktor risiko yang berkemungkinan besar menjadikan seseorang wanita hamil itu mempunyai potensi GDM. Di antaranya ialah:

Umur

Secara statistik, wanita yang berusia 25 tahun atau ke atas, lebih berisiko mendapat kencing manis atau diabetes semasa hamil atau GDM.

Berat Badan

Wanita yang mempunyai BMI (Indeks Jisim Tubuh) lebih daripada 25 atau mempunyai berat badan berlebihan (obes) mempunyai risiko GDM semasa mengandung.

Sejarah Keluarga

Sekiranya wanita hamil berkenaan mempunyai sejarah keluarga atau keturunan yang mengidap diabetes (jenis 1, jenis 2 atau GDM), mereka lebih terdedah dengan risiko untuk mengidapinya.

Pra-Diabetes

Pada peringkat saringan atau diagnosis awal kencing manis, wanita yang mempunyai kecenderungan untuk memiliki paras gula yang tinggi dalam darah tetapi belum lagi diklasifikasikan sebagai pengidap diabetes, jika hamil, lebih berpotensi mendapat risiko GDM.

Sejarah GDM Pada Kehamilan Lalu

Wanita yang pernah mempunyai anak dan semasa hamil sebelumnya pernah menghidapi GDM, maka tidak mustahil memiliki risiko GDM pada kehamilan yang seterusnya.

 

 

Risiko GDM Bagi Wanita Mengandung

Bagi wanita mengandung yang sememangnya mempunyai diabetes jenis 1 atau jenis 2, sememangnya ia akan memberi petanda jelas tentang pengidapnya.

Namun, GDM agak sukar dikesan bagi ibu normal kerana GDM tidak membawa petanda yang jelas pada permulaannya sehinggalah doktor melakukan diagnosis.

 

Di antara komplikasi yang mungkin timbul apabila seseorang ibu mengandung telah disahkan GDM ialah:

 

Diabetes Jenis 2

Ibu yang mengalami GDM mungkin boleh mendapat kesan jangka panjang selepas kelahiran bayi iaitu diabetes yang lebih serius.

Tekanan Darah Tinggi

GDM boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi terhadap ibu hamil.

Kesukaran Melahirkan Bayi

Sebagai pilhan terbaik, kaedah C-Section mungkin boleh membantu ibu GDM untuk melahirkan bayi bersaiz besar. Komplikasi ini turut berhubung kait dengan risiko apabila ibu GDM mendapat tekaanan darah tinggi semasa mengandung.

 

Bukan main-main anak risiko yang bakal dihadapi oleh ibu hamil yang mempunyai GDM ni. Sebab itulah, para ibu perlu peka tentang pemakanan dan aktiviti di sepanjang kehamilan agar terhindar daripada GDM ini.

Nantikan entri saya tentang Risiko GDM Terhadap Bayi Di Dalam Kandungan serta Cara Mengawal & Mengatasi GDM.

 

 

Rakan Hamil Ibu,  🙂

 

Naimah Wahab

WhatApps: 019-937 7380 (www.wasap.my/60199377380)

Email: myliferia@gmail.com

Shaklee ID: 1001144

 

 

6 Comments

  1. Nandatrio November 8, 2017
  2. mrhanafi November 9, 2017
  3. Amir Mazlan November 10, 2017
  4. Sani November 12, 2017
  5. Ikhwan November 12, 2017
  6. titan November 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge