Role Model Dalam Kehidupan Seharian

Kagum pulak KIM bila tengok beliau ni, kalau bercakap dengan orang lain, mesti banyak topik yang beliau tahu walaupun serba sedikit.

Bila perhatikan, memang beliau ni jenis orang yang suka membaca. Jadi tidak hairanlah kalau banyak benda yang beliau tahu.

Memang selalu pun beliau nasihatkan KIM untuk banyak membaca.

Antara perkara lain yang buat KIM salute sangat dengan beliau ni apabila beliau yang mengambil jurusan agama dan undang-undang tapi terror programing serta bab-bab teknikal komputer dan gajet.

Malah, beliau pernah menjana pendapatan pun daripada aplikasi yang dibangunkan. International level lagi.

Semuanya beliau belajar sendiri. KIM yang ambil jurusan Sains Komputer pun banyak belajar daripada beliau…hehehe (sorok muka😁😁)

Dalam kehidupan, KIM banyak belajar tentang proriti terhadap agama dan keluarga dengan beliau.

Beliau ni kalau ada yang rasa tak kena dengan apa yang KIM buat, beliau akan tegur dengan cara penuh berhikmah. Means, kita boleh terimalah teguran beliau ni.

Sempoi orang nya, rileks dan sederhana.

Kalau nak cerita lagi, esok pun belum pasti boleh khatam ke tak ni 😅😅

 

 

inspirasi dalam hidup


Beliaulah role model ku dan beliaulah suamiku.

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Terima kasih kerana hadir dalam hidup kami.

Iskh, tak boleh la nak puji panjang lebar, kang tak pasal-pasal ramai pulak follower beliau kan?😜😜😜

Note: Ini bukan ayat-ayat cinta a.k.a ayat bodek tapi ini “betul-betul, bukan cobaan”😁😁

 

Naimah Wahab
019-937 7380

Founder of KIM Family

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge