Status Halal Vitamin Shaklee

Rata-rata umat Islam Malaysia ni sangat sensitif dengan isu halal haram makanan dan minuman yang diambil. Sebagai muslim, status halal JAKIM sangat memainkan peranan penting untuk menjadi sesuatu produk yang diambil benar-benar suci, bersih dan toyyib.

Namun, pernah satu masa, timbul isu halal tentang produk vitamin semulajadi keluaran Shaklee yang dikatakan tidak ada logo halal JAKIM pada botolnya.

Berikut merupakan sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk-produk keluiaran Shaklee.

 

 

Vitamin shaklee disahkan halal

 

ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh dilihat di laman web My Halal.

Semua produk Shaklee yang dijual di Malaysia ni terdapat di dalam senerai kelulusan sijil halal berkenaan termasuklah Lecithin, Omega Guard dan Vitamin E Complex yang mengandungi brovine gelatin. Untuk makluman, tidak semua produk keluaran Shaklee dijual di Malaysia ni.

Yang paling penting, pengesahan halal oleh JAKIM dan produk luar negara tidak wajib letak logo halal JAKIM pada bungkusan.

Selain daripada JAKIM, terdapat banyak lagi badan pengeluar sijil halal yang memberikan status halal sesuatu produk termasuklah untuk keluaran tempatan.

Di antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggaayang digunapakai di Malaysia ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia.

Dalam satu mesyuarat yang telah diadakan di antara pengeluar sijil halal telah meminta agar sijil halal ni tidak dimonopoli oleh JAKIM sahaja.

Tapi, kalau untuk marketing dalam negara kita ni, memang sijil halal JAKIM lah yang paling laku sebab orang ramai lebih yakin dengan sijil keluaran pihak JAKIM, ye tak?

Sebenarnya, setiap badan yang nak keluarkan sijil halal ni, badan tersebut  sememangnya mempunyai prosedur yang ketat. Maknanya, mereka takkan sewenang-wenangnya nak berikan status halal kepada sesuatu produk.

Didapati juga yang status halal di US dan Kanada adalah yang paling sukar untuk mendapat pelepasan.

Oleh yang demikian, apabila Shaklee telah mendapat sijil dan status halal daripada pihak ISA, sepatutnya dah tidak ada isu yang perlu timbul, ye tak?

Sebagai pemegang sijil halal, pihak pengeluar tidak boleh buat sambil lewa. Mereka perlu betul-betul mematuhi arahan serta prosedur yang ditetapkan.

Pemantauan ke atas mereka akan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan yang pihak pemegang sijil halal tadi tidak melalakukan perkara yang bertentangan dengan syarat.

Sebabnya, pihak pengeluar sijil halal boleh menarik balik bila-bila masa status halal produk keluaran mereka apabila terdapat pelanggaran peraturan yang dilakukan.

Jadi, kepada pengguna Shaklee semua serta kalian yang baru ingin mencuba merasai kebaikan Shaklee, gunalah produk yang telah tersenarai di dalam sijil halal di atas ni tanpa was-was.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh salurkan terus ke www.shaklee.com.my.

 

 

Rakan Hamil Ibu,  🙂

 

Naimah Wahab

WhatApps: 019-937 7380 (www.wasap.my/60199377380)

Email: myliferia@gmail.com

Shaklee ID: 1001144

 

 

4 Comments

  1. Dila September 1, 2017
  2. Asyraf Asri September 1, 2017
  3. Gum Arabic Al-Manna September 3, 2017
  4. adi pradana September 4, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge