Surah Amalan Semasa Hamil Saranan Ustazah Siti Nor Bahyah

Membaca surah-surah tertentu sewaktu hamil sudah menjadi amalan sejak dulu lagi sepanjang hampir 10 bulan ibu mengandung. Di antara surah pilihan semasa hamil yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah ni memang saya pun amalkan di samping bacaan harian al-Quran.

 

surah amalan semasa mengandung

Amalan Bacaan Surah Buat Ibu Hamil

1: Surah Al-Fatihah

Tujuaannya untuk terang hati dan kuat ingatan.

 

2: Surah Maryam

Tujuaannya agar memudahkan ibu bersalin serta melahirkan anak yang sabar dan taat.

 

3: Surah Luqman

Tujuaannya untuk memperolehi anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

 

4: Surah Yusuf

Tujuaannya agar memperolehi anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

 

5: Surah Hujurat

Tujuaannya untuk memperolehi susu yang banyak serta anak yang lahir dengan sifat berhati-hati.

 

6: Surah Yaasin

Tujuaannya untuk mendapatkan ketenangan hati serta agar anak yang lahir tidak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang menghasut ke arah maksiat.

 

7: Surah at-Taubah

Tujuaannya untuk membersihkan jiwa serta agar tidak terlibat dengan maksiat.

8: Surah an-Nahl

Tujuaannya agar melahirkan anak yang berdisiplin.

 

Walaupun para ibu membaca surah-surah pilihan dengan pelbagai tujuan tertentu, yang pasti para ibu sudah semestinya inginkan agar zuriat yang dilahirkan nanti akan menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk hati ibu dan ayah.

Namun demikian, sebaik-baiknya, bacalah al-Quran sepanjang hidup para ibu. Di samping surah-surah amalan ni, sekurang-kurangnya, bacalah 1 muka surat ayat al-Quran setiap hari. Bacalah dari awal sehingga akhir. Diulang-ulang bacaan setiap kali tamat satu mushaf al-Quran.

Kita membaca al-Quran bukan kerana ada hajat semata-mata, tapi demi mencari keredhaan Allah. Agar hati kita menjadi tenang. Tenang seseorang ibu, inshaaAllah, perjalanan kehamilan, bersalin dan menjaga serta mendidik anak-anak akan menjadi lebih lancar dan bermakna.

 

Rakan Hamil Ibu,ย  ๐Ÿ™‚

Naimah Wahab

Email: myliferia@gmail.com

WhatApps: 019-937 7380 (www.wasap.my/60199377380)

Shaklee ID: 1001144

 

5 Comments

  1. Galaksi Viral August 19, 2017
    • Naimah Wahab September 14, 2017
    • Naimah Wahab October 13, 2017
  2. aRzMoHa August 24, 2017
    • Naimah Wahab November 8, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge