Tips Dapatkan Untung Dalam Perniagaan

​Kita ni kalau berniaga, buat bisnes mestilah nak untung, ye tak?
Yelah kan, takkan bila kawan-kawan atau saudara mara rapat kita buat bisnes, asyik-asyik kita mintak diskaun atau free memanjang.
Kawan tu cari makan, lagi kesian kalau bisnes tu 100% depa buat untuk menampung keperluan hidup sekeluarga.
Hal derma, sedekah atau hadiah tu adalah 2 perkara yang berbeza tau.
Kalau kita betul-betul nak support kawan atau saudara kita, dah tahu depa jual produk terbaik, belilah dengan diaorang.
Soal dia nak beri free gift tu, cerita lainlah.
Hehehe…panjang pulak mukaddimahnyer😁😁😁

Sebenarnya, keuntungan ni bukanlah ukuran material atau duit semata-mata.
Kalau macam akak yang buat Shakl€€ ni, bila lebih untung, maknanya lebih ramai orang yang:-
1) Dah dapat ditolong dengan produk semulajadi terbaik
2) Dapat ditolong terhindar daripada tersalah menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan.
3) Diberi peluang untuk menjana pendapatan yang tiada limit. Bergantung kepada usaha dan kehendak diri sendiri.
Kalau kita nak bisnes kita untung dan kekal lama, antara tips yang boleh dipraktiskan ialah:-
1) Elak Perang Harga
Biasanya pada orang yang jual produk yang sama.
Jangan memandai kita nak jual di bawah harga jual yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Kita yang mungkin dah ada pendapatan utama mungkin tak rasa sangat.
Kalau orang berniaga yang sama dan harapkan juga untung runcit, kesian sangat.
Tak baik kita tabur pasir kat dalam periuk nasi orang lain.
2) Pangkalan Data Pelanggan

Simpan info terutamanya nombor telefon atau email pelanggan. Khasnya yang pernah hubungi kita. Yang dah beli pun kita nak follow up, yang baru survey pun kita boleh contact balik.
Penting tau jaga customer ni.
3) Rekod Kewangan

Part kewangan ni antara yang penting juga tau.
Kita perlu rekod duit keluar masuk. Duit modal, duit minyak, malah duit gaji kita pun perlu ada rekod.
Nanti dah buat kira-kira akhir bulan, baru kita nampak untung rugi kita kat mana.
Oke, 3 points ni dulu, nanti lain kali boleh sambung.
Semoga empayar DareToDreamTeam akan terus berkembang maju.
Kalau nak join team akak, whatapps eh😁😎
Naimah Wahab

019-9377380

ID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge