Tips Menabung Dengan 7 Tabung Simpanan

Menabung ni satu amalan yang “must have” dalam diri seseorang. Nak lagi mudah, kita terapkan konsep serta amalan menabung ni di dalam diri anak-anak kita sejak mereka kecil lagi.

Macam arwah ayah saya dulu memang selalu berpesan, setiap kali dapat gaji, peruntukkan juga walau sedikit untuk dijadikan sebagai simpanan bulanan. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Sehinggalah saya bekerja pun, amalan menabung dah jadi satu kemestian. Siap saya buka akaun khas lagi untuk simpanan supaya duit tak bercampur. Kalau tak, mesti terguna duit simpanan sebab nampak macam banyak jer duit kat dalam akaun tu, kan kan?

Setakat ni, kawan-kawan semua ada buat tabungan tak? Kalau pernah buat, kawan-kawan semua guna cara yang macam mana?

Pernah dengar tentang 7 Jars? 7 Jars (Tujuh Tabung) ni digunakan untuk menguruskan gaji atau bonus kita setiap bulan mengikut keperluan kepada 7 kumpulan besar.

 

Apa Itu Sistem Menabung 7 Jars?

Pembahagian Kaedah Menabung 7 Jars terdiri daripada:

1) NEC (50%)

Necessity – wang yang diasingkan untuk kegunaan seharian, belanja anak sekolah, bil-bil rumah.

 

2) EDU (5%)

Education – Wang yang diasingkan untuk tujuan meningkatkan pengetahuan kita, contohnya beli buku, tambang untuk menghadiri kelas, yuran seminar dan sebagainya.

 

3) LTSS (10%)

Long Term Saving For Spending – wang yang diasingkan untuk tujuan jangka panjang yang memerlukan belanja yang lebih besar, contohnya nak beli rumah, tanah, , kereta dan sebagainya.

 

4) FFA (5%)

Financial Freedom – wang yang diasingkan untuk kegunaan bila kita dah pencen dan tiada upaya lagi nak bekerja.

 

5) PLY (10%)

Play – wang yang diasingkan untuk leisure, travel, beli hadiah birthday, belanja family makan.

 

6) GIV (10%)

Charity – wang yang diasingkan untuk sedekah atau zakat.

 

7) PARENT (10%)

Parent – wang yang diasingkan untuk ibu dan ayah.

 

Kawan-kawan dah menabung ke? Kalau belum, jom mulakan sekarang. Dengan guna tips 7 tabung ni, kita lebih nampak macam mana nak uruskan duit gaji atau bonus kita.

Boleh nak buat tabung fizikal atau simpanan online, tapi pastikan kita buat jadual atau rekod simpanan. Bila dah masuk tabung, tick pada rekod berkenaan. Kalau kita nak guna tabung ni ikut pendapatan yang tidak tetap, pastikan catat jumlah yang dimasukkan tiap-tiap bulan.

Selamat menabung, kawan-kawan. Semoga kewangan kita semakin terurus dengan baik dan hidup lebih berkat dengan kaedah 7 tabung ni.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

2 Comments

  1. Anuar May 31, 2017
  2. Azwan June 10, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge