Turun Berat 2.6 KG Seminggu Dengan Kerap Makan

Tak sangka betul saya,  dalam masa seminggu jer,  berat badan saya boleh turun sehingga 2.6 KG, dengan kerap makan.

Ye,  memang makan sokmo. Sehinggakan rasa macam cemuih atau penat dah nak makan, hahahah.

Sampai 6 kaki sehari nak kene makan. Memang kenyang. Ada masa tu macam paksa jugak makan.

Memang betullah macam entri saya tentang kepentingan makan kerap untuk kurus. Memang kurus sungguh.

Buktinya,  jeng jeng jeng!

 

tips kurus mudah dan cepat

 

Lepas tu pulak semalam adalah cheat day.  Hari yang kita boleh makan apa yang kita rasa teringin tapi masih menjaga portion.

Kalau boleh,  jangan lah tiba-tiba tukar selera jadi macam monster pulak. Kang abis ranap usaha seminggu yang sudah.

Saya jamahlah jugak aiskrim jeruk mempelam yang mak kirim. Isshh,  terliur lah kalu bab-bab air tangan mak ni,  kan kan??? 😋😋😋

Makan macam lebih sikit tapi Alhamdulillah, berat nampak macam ok,  tak berubah.

Ni petanda bagus ni dengan time nak balik kampung cuti sekolah nanti. Lepas tu diikuti balik cuti Hari Raya pulak.

Sebabnya,  balik kampung bersamaan balik makan! Hihihi… Masa balik kampung tulah macam-macam benda yang teringin nak makan. Ye dok?

 

Mudahnya Nak Kurus

Sebarnarnya, nak kuruskan badan ni mudah jer. Ia adalah gabungan 80% penjagaan makanan dan selebihnya 20% melalui aktiviti fizikal termasuklah senaman.

 

Makanan Bernutrisi & Seimbang

Penjagaan pemakanan yang paling mudah ni kalau kita ikut konsep eat clean. Eat clean kan memang menitikberatkan bahan makanan yang kita makan iaitu kurang garam, gula (gula putih seeloknya elakkan terus), elakkkan makanan segera dan yang diproses.

Bahan perasa pun elakkan.

Tapi tak bermakna makan makanan yang takde rasa. Banyak jer resipi eat clean yang sedap dan kene dengan selera.

Makanan yang diambil adalah seimbang dengan melebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan.

Cara penyediaannya pula selalunya kukus, rebus dan panggang. Elakkan pengambilan minyak dan lemak yang berlebihan.

 

Pengambilan Suplemen

Salah satu elemen penting yang sering kita terlepas pandang ialah pengambilan suplemen.

Suplemen ni sebenarnya bantu top up mana-mana nutrisi yang kurang dalam badan kita.

Selain daripada itu, suplemen turut membantu tubuh kita untuk bekerja dengan lebih efisyen. Sebagai contohnya, pengambilan set detoks parasit akan membantu badan menyingkirkan parasit yang menjadi salah satu punca kegemukan.

Bila parasit dah takde, proses penurunan berat badan akan menjadi semakin mudah.

 

Aktiviti Fizikal & Senaman

Aktiviti fizikal pun, walaupun hanya 20% penyumbang untuk kurus sihat, namun ianya sangat penting juga tau.

Aktiviti fizikal ni bukan sahaja tertumpu kepada senaman.Kalau buat sebarang kerja yang boleh meningkatkan kadar dengupan jantung pun di kira bagus juga. Sebabnya kita nak buat aktiviti fizikal yang melibatkan sistem kardiovaskular.

Tapi kalau nak senang, ikuti jer lah senaman kardiovaskular.

Nak kurus ni, bukan mudah tapi tak mustahil. Diri perlu konsisten dan berdisiplin. Sebanya, takde perkara dalam dunia ni tanpa usaha yang bersungguh-sungguh yang akhirnya dinamankan kejayaan. Gambatte!!!

 

Jom join group detoks bersama-sama saya 🙂

Whatapps ke 019-9377380

Kita detoks ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

3 Comments

  1. vitri June 23, 2016
  2. Ummi Hanie August 2, 2016
    • Naimah Wahab August 22, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge