6 Kebaikan Bersenam & Aktiviti Fizikal Yang Teratur

Senaman dan aktiviti fizikal merupakan satu cabang penting dalam penjagaan kesihatan dan bentuk badan seseorang selepas mempunyai diet yang betul. Ia juga sangat berfaedah dan membantu meningkatkan kualiti hidup kita.

 

Tips kuruskan badan

Faedah Senaman & Aktiviti Fizikal Yang Konsisten

#1: Bersenan Dapat Meningkatkan Tahap Tanaga Kita

Pernah tak kita berpeluh sewaktu melakukan kerja rumah, berkebun, pergi ke kedai berjalan kaki,  atau bermain dengan anak-anak? Aktiviti fizikal biasa membuatkan kita lebih cergas.

Melalui aktiviti fizikal, oksigen dan nutrien dapat dihantar ke seluruh tisu tubuh kita. Malah, aktiviti fizikal dapat membantu keseluruhan sistem kardiovaskular seperti peredaran darah melalui hati dan urat darah kita dan seterusnya membuatkan kita bekerja dengan lebih cekap lagi.

Apa yang lebih best, kita akan mempunyai lebih banyak tenaga untuk melakukan sebarang aktiviti yang digemari.

 

#2: Bersenam Dapat Meningkatkan Mood Kita

Perlukan sesuatu selepas menjalani satu hari yang tertekan dan memenatkan?

Melakukan senaman di gimnasium atau berjalan kaki selama 30 minit dapat bantu merangsang pelbagai sel otak yang dapat bantu rasa lebih tenang dan bahagia.

Ini sekaligus dapat bantu mencegah tekanan atau stress.

 

#3: Bersenam Membuatkan Kita Tidur Lebih Banyak

Perasan tak, kalau kita menghadapi tidur tidak lena pada waktu malam, mesti ianya akan menganggu aktiviti harian kita pada waktu siangnya?

Tidur yang berkualiti dan bagus pada waktu malam dapat memperbaiki tumpuan, produktiviti dan suasana hidup kita.

Jadi, pernahkah kita terfikir yang aktiviti fizikal kadang-kala boleh menjadi kunci utama untuk tidur lebih lena?

Sesetengah daripada kita berpendapat, dengan bersenam ketika hampir waktu tidur, ia akan menjadikan tidur seseorang itu lebih lena.

Jadi, kalau menghadapi masalah untuk tidur, cuba bersenam terlebih dahulu dan lihat kesannya 🙂

 

#4: Bersenam Dapat Melawan Penyakit Kronik

Risau tentang serangan jantung? Seram juga mendengar ramai yang mati muda secara mengejut akibat serangan jantung? Berharap agar dapat menghalang diri daripada terkene penyakit Osteoporosis?

Aktiviti fizikal yang dilakukan berterusan mungkin dapat menjadikannya satu realiti. Ini kerana aktiviti fizikal akan menghalang atau menghindarkan diri kita daripada terkena penyakit darah tinggi.

Selain daripada itu, ia dapat meningkatkan kepadatan lipoprotein (HDL) dan menurunkan trigliserida. Secara tidak langsung, ia akan membantu darah bergerak dengan lancar sekaligus mengurangkan pertambahan plak-plak pada arteri kita.

 

#5: Bersenam Dapat Bantu Mengurangkan Berat Badan.

Ni part yang orang ramai suka kan? Hehehe. Siapa yang tak mahu berat badan ideal, ye tak?

Kita dapat mengurangkan berat badan kita dengan berjalan atau melakukan aktiviti fizikal yang lain berbanding duduk di atas sofa sepanjang masa.

Melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan kalori tubuh kita terbakar. Lagi lama tempoh dan kekerapan aktiviti fizikal tersebut, lagi banyaklah kalori terbakar dan lagi mudahlah kita nak kawal berat badan.

Lagipun kita tak perlu memperuntukan masa tertentu untuk melakukan aktiviti fizikal ni. Di antaranya ialah, mengambil alternatif manaiki tangga daripada menggunakan lif, berjalan selepas makan tengah hari, melakukan lompatan seperti lompatan bintang apabila mempunyai masa lapang.

 

#6: Bersenam & Aktiviti Fizikal Boleh Menjadi Aktiviti Yang Menyeronokkan

Apabila tiba hujung minggu, bagi yang sudah berumahtangga, pilih sahaja mana-mana aktiviti fizikal yang menyeronokkan dan dapat dinikmati seisi keluarga.

Di antara aktiviti fizikal yang boleh dilakukan ialah berpiknik sambil bermaik bola, wall climbing, memanjat bukut, berbasikal, berlari di tepi pantai dan sebagainya.

Bukan sahaja badan sihat, malah kemesraan di antara ahli keluarga akan semakin erat dan kuat.

 

Banyak betul faedah senaman dan aktiviti fizikal ni. Bukan sahaja untuk sihat, cantik dan langsing, tapi merangkumi seluruh kehidupan. Bukan sahaja individu, malah satu keluarga.

 

Individu yang sihat dan cergas datang daripada keluarga yang harmoni

Keluarga yang harmoni melahirkan masyarakat yang penyayang dan mengambil berat,

Masyarakat yang penyayang dan mengambil berat melahirkan sebuah negara yang aman damai.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: KurusLangsingSebelumRaya

2 Comments

  1. titan June 23, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge