7 Tips Hilangkan Jerawat Dengan Cepat, Efektif & Semulajadi

Jerawat ni bila datang bertandang, memang rasa rimas. Gatal jer tangan rasa nak picit-picit. Sudahnya, tinggal parut bekas luka picit tu. Lagi teruk wajah kita kalau ia akan meninggalkan kesan-kesan hitam serta parut yang dalam.

Walaupun orang perempuan memang sinonim dengan kecantikan, tapi masalah jerawat ni turut tidak mengecualikan golongan lelaki. Malah, kalau dah terlalu serius, boleh sebabkan kita berasa malu untuk keluar daripada rumah.

Apa kata try tips hilangkan jerawat yang mudah dan semulajadi

 

Cara Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan & Selamat

 

1) Hilangkan Jerawat Dengan Ais/Air Batu.

Ais berperanan untuk meningkatkan aliran darah pada kawasan sekitar jerawat sekaligus membantu memngecilkan pori-pori pada kulit.

Ia turut bantu membunuh bakteria penyebab jerawat, menghilangkan kotoran pada kulit dan menghilangkan minyak berlebihan yang terkumpul pada kulit.

 

tips kulit cantik berseri

 

Cara Mengatasi Jerawat Menggunakan Ais

  • Sediakan ais secukupnya
  • Bungkus ais menggunakan kain bersih
  • Tempelkan pada kawasan wajah yang berjerawat secara rata
  • Ulangi proses tersebut berulang-ulang kali, lebih kurang 10-20 kali
  • Lakukan rutin ini hingga jerawat benar-benar hilang sepenuhnya,

 

 

2) Hilangkan Jerawat Dengan Madu

Madu memang sangat terkenal sebagai salah satu sumber makanan yang sangat berkhasiat.

Madu juga turut mengandungi kandungan antibiotik yang sangat tinggi.

Madu dapat bertindak mencegah penyebaran jangkitan kuman akibat jerawat yang meradang.

 

Cara Menyembuhkan Jerawat Menggunakan Madu

  • Sediakan madu – gunakan sudu plastik untuk menyukat madu
  • Sapu pada wajah
  • Biarkan selama 25-35 minit
  • Bersihkan wajah dengan air bersih
  • Lakukan kaedah ini sehingga mendapat kulit wajah yang diinginkan. 

 

3) Hilangkan Jerawat Dengan Buah Lemon

Lemon merupakan salah sejenis buah yang mengandungi Vitamin C yang sangat tinggi.

Lemon sangat baik dalam menangani masalah jerawat lemon dapat membantu mengecutkan jerawat dengan cepat.

Perlu diingatkan agar menggunakan lemon yang masih segar. Selain daripada itu, penggunaan lemon kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

 

 

tips kulit cantik berseri

 

Cara Menyembuhkan Jerawat Menggunakan Lemon

  • Sediakan 1-2 biji lemon segar
  • Perah jus lemon tersebut dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • Sapukan wajah yang berjerawat dengan air lemon menggunakan kapas
  • Lakukan proses ini secara rutin setiap malam sebelum tidur

 

 

4) Hilangkan Jerawat Dengan Bawang Putih

Bawang putih yang sering dijadikan sebagai rencah masakan merupakan antisepti, antioksidan dan antivirus yang sangat bermanfaat sekali untuk wajah yang berjerawat.

 

Cara Mengatasi Jerawat Menggunakan Bawang Putih

  • Ambil bawang putih dan potong satu ulas bawang putih di bahagian tengah.
  • Gosok-gosokkan bawang putih yang dipotong tadi ke bahagian jerawat dan biarkan selama 5-10 minit.
  • Cuci wajah menggunakan air bersih.
  • Ulangi cara ini sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.

 

 

5) Hilangkan Jerawat Dengan Buah Tomato

Tomato juga sejenis buah yang kaya dengan kandungan Vitamin A dan Vitamin C. Vitamin yang ada di dalam buah ini turut membantu mereka yang mempunyai masalah jerawat.

 

Cara Mengatasi Jerawat Menggunakan Tomato

  • Dapatkan sebiji buat tomato yang telah masak (matang/kemerahan)
  • Potong tomato tersebut nipis-nipis
  • Tutup kawasan berjerawat menggunakan hirisan tomato tadi.
  • Biarkan selama 5-10 minit.
  • Lakukan dengan kerap sehingga jerawat hilang.

 

 

6) Hilangkan Jerawat Dengan Limau Nipis

Limau nipis pun seperti bawang putih dan tomato, sering digunakan di dalam menu masakan. Oleh kerana limau nipis ni turut mengandungi Vitamin C yang tinggi, maka tidak hairanlah ia dijadikan sebagai alternatif untuk berubat.

Limau nipis juga sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat.

 

Cara Mengatasi Jerawat Menggunakan Limau Nipis

  • Sediakan 1 biji limau nipis
  • Perah jusnya anggaran 1-2 sudu makan
  • Campurkan dengan 1-2 sudu makan madu
  • Sapukan pada wajah menggunakan kapas
  • Biarkan selama 10-20 minit
  • Bilas dengan air suam hingga bersih
  • Lakukan dengan kerap sehingga jerawat sembuh

 

 

7) Hilangkan Jerawat Dengan Detoks Parasit

Salah satu punca jerawat sukar nak hilang walaupun kita dah cuma macam-macam cara, macam-macam produk adalah disebabkan oleh toksin.

Toksin ni pula terhasil salah satunya adalah melalui aktiviti parasit yang terdapat di dalam tubuh kita.

Jadi, kalau nak kurangkan toksin penyebab jerawat, hapuskanlah puncanya terlebih dahulu dengan kaedah detoks parasit.

 

testimoni detoks - jerawat hilang - detoks parasit

 

Nampaknya, takdelah susah sangat nak tangani jerawat nikan? Tapiiii perlukan ketekunan serta kesabaran. Tambah-tambah pula kita amalkan cara hilangkan jerawat secara semulajadi. Benda yang alami ni memang ambil masa sedikit, tapi inshaaAllah selamat dan puas hati.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

2 Comments

  1. titan August 12, 2016
    • Naimah Wahab August 22, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge