7 Tips Memilih Pencuci Muka Yang Sesuai & Bagus

Kulit wajah merupakan antara bahagian yang sering terdedah kepada pencemaran dan sinaran ultra-violet (uv). Jika tidak dijaga dengan sempurna, ia akan menyebabkan masalah jerawat, jeragat, white head dan black head yang berpanjangan. Itu belum lagi termasuk kulit menjadi kusam, tidak bermaya dan hilang seri.

Sebab itulah, selain daripada mengambil makanan seimbang serta vitamin tambahan yang semulajadi, mencuci wajah adalah salah satu perkara yang tidak boleh diabaikan. Namun, perlulah ikut beberapa tips memilih pencuci muka yang bersesuaian untuk setiap jenis kulit wajah kita.

 

 

tips kulit cantik menawan

Mencuci muka setiap hari adalah mesti!

 

 

Panduan Memilih Pencuci Muka Yang Bagus & Bersesuaian

 

1) Pilihlah Pencuci Muka Yang Bersesuaian Dengan Jenis Kulit

  • Kalau kulit jenis berminyak, carilah pencuci untuk kulit berminyak. Begitu juga jika menghadapi masalah kulit kering atau kombinasi. Orang yang berkulit normal pun masih perlu memilih produk yang bersesuaian.

 

2) Cari Pencuci Muka Yang Berbuih Banyak & Halus

  • Pentingnya menggunakan pencuci muka yang berbuih banyak dan halus ni ialah, bagi memastikan kotoran pada kulit muka akan betul-betul dapat dibersihkan.
  • Keadaan ini membolehkan pencuci tersebut masuk ke dalam liang roma/pori-pori untuk membersihkan wajah dengan lebih berkesan lagi

 

3) Gunakan Air Suam/Suhu Bilik Untuk Mencuci Muka

  • Kaedah ini akan memudahkan lagi wajah kita dibersihkan. Tapi awas, jangan pulak gunakan air yang terlampau panas.
  • Sebabnya ia boleh menyingkirkan minyak semulajadi untuk kulit dan seterusnya boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Selain itu, kulit akan jadi lebih mudah tercedera.

 

4) Dapatkan Pencuci Muka Yang Sedikit Berasid (pH 5.5) Lebih Kurang Sama Dengan Kulit Kita

  • Pencuci muka yang beralkali boleh merengsakan kulit. Jadi beringat sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk untuk kulit ye.

 

5) Elakkan Pencuci Muka Yang Mengandungi Pewangi & Pengawet

  • Bahan pewangi dan pengawet boleh merengsakan kulit serta menyebabkan kesan alahan. Elakkan bahan-bahan berikut:-
    • Paraben
    • Imidazolidinyl Urea
    • Quaternium-15
    • Phenoxyethanol Methylchloroisothiazolinone
    • Fomaldehyde

 

6) Gunakan Pencuci/Produk Yang Dikhaskan Untuk Wajah

  • Bukannya menggunakan produk/sabun yang dipakai untuk badan.

 

7) Selepas Mencuci Muka, Bilas Dengan Air Sejuk

  • Air sejuk dapat membantu agar liang-liang roma/pori-pori tertutup kembali. Kemudian keringkan wajah secara lembut menggunakan tuala bersih.
  • Seterusnya pakailah toner, pelembab muka ataupun krim malam bagi mengekalkkan kelembapan kulit

Membersih Muka Dengan Pencuci Nutriwhite

Pencuci muka yang dimaksudkan ialah Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Best sangat pencuci muka yang menggunakan bahan-bahan semulajadi ni. Memang langsung takde bahan-bahan kimia berbahaya yang bukan sahaja memberi kesan kepada kulit, malah dalaman tubuh kita.

 

 

tips kulit cantik menawan

 

Kalau nak tahu pasaipa orang kita ni gemar betul dengan pencuci muka Nutriwhite ni, boleh klik ke pautan 5 Sebab Kenapa Pencuci Muka Nutriwhite Menjadi Kegilaan Ramai.

 

 

Jom join group detoks parasit bersama-sama saya 🙂

Whatapps ke 019-9377380

Kita detoks parasit ramai-ramai, lagi seronok, lagi bersemangat, lagi syok!

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge