7 Tips Merawat GDM Agar Ibu & Bayi Bebas Risiko Berbahaya

Kencing manis semasa kehamilan atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM) perlu dirawat dan diatasi dengan segera agar para ibu dan bayi di dalam kandungan tidak terdedah kepada risiko kesihatan yang lain. GDM, walaupun akan hilang selepas kelahiran bayi, namun jika tidak ditangani dengan sewajarnya akan memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.

Cara Atasi Kencing Manis Semasa Kehamilan

 

Tips Mengatasi GDM Dengan Segera Agar Tidak Menjadi Lebih Serius

Sekiranya para ibu telah disahkan mengalami GDM, perkara yang paling penting adalah memastikan agar bacaan gula dalam darah berada pada paras normal.

Di antara langkah-langkah rawatan yang disyorkan ialah:-

1) Mengikuti Pelan Makanan Yang Bersesuaian

Para ibu yang mempunyai GDM perlu mengambil makanan seimbang berdasarkan piramid makanan yang disyorkan oleh doktor. Ini bagi memastikan diet harian ibu adalah sihat memenuhi keperluan tubuh.

 

2) Awasi Kanji & Gula

Mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula dan kanji. Jika tidak, masalah GDM sukar diatasi atau menjadi semakin buruk.

 

3) Memeriksa Bacaan Darah Harian

Ibu hamil GDM perlu memantau bacaan gula setiap hari. Secara idealnya di antara 4-6 kali sehari bagi memastikan paras glukosa berada pada bacaan normal.

4) Senaman/Aktiviti Fizikal

Melakukan senaman ringan atau aktiviti fizikal yang bersesuaian secara sederhana dapat merangsang penghasilan insulin. Ini sekaligus membantu paras gula berada dalam bacaan terkawal.

 

5) Suntikan Insulin

Sesetengah wanita hamil yang mengalami kekurangan penghasilan insulin dalam tubuh akan diberikan suntikan insullin bagi mengawal paras bacaan glukosa dalam darah.

 

6) Ubat Anti-Diabetik

Walaupun secara amnya ubat anti-diabetik tidak disarankan kepada wanita mengandung, terdapat kajian yang menunjukkan sesetengah agen hipoglisemik oral (OHA) adalah selamat digunakan oleh wanita hamil.

7) Set Ibu Hamil Shaklee Bantu Kawal Bacaan Gula Dalam Darah

Set Ibu Hamil Shaklee (Prenatal YES Pack) terdiri daripada ESP, VitaLea, SR Vita-C, Omega, B Complex dan Ostematrix mampu membantu para ibu mendapatkan bacaan normal glukosa dalam darah.

 

 

Cara Atasi Kencing Manis Semasa Kehamilan

 

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah serbuk protein soya non-GMO yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi, ia akan bantu pelepasan gula di dalam darah secara perlahan-lahan dan sangat bagus untuk pesakit GDM ni.

Di samping itu, ESP juga memberi tenaga dan rasa kenyang berpanjangan sekaligus mencegah ibu hamil tadi makan secara berlebihan sehingga meningkatkan paras glukosa dalam darah.

 

B Complex

Vitamin B terutamanya B6 dan B12 menyokong kesihatan saraf, yang mana sangat kritikal untuk menangani keadaan seperti diabetes neuropati. Biotin yang merupakan jenis Vitamin B Complex diperlukan untuk proses metabolisma dan pertumbuhan. Biotin juga terlibat dalam pembuatan dan penggunaan protein, karbohidrat dan lemak.

Cadangan pengambilan 75 mg B6, 150 mcg B12 dan 300 mcg Biotin setiap hari.

 

SR Vita-C

Vitamin C bertindak membantu merendahkan tahap sorbitol, paras gula yang terkumpul yang boleh merosakkan sel-sel mata, buah pinggang dan saraf.

Cadangan pengambilan 1,000 mg Vitamin C setiap hari.

 

Ostematrix

Ostematrix mengandungi Vitamin D, Magnesium dan Kalsium.

Vitamin D menghidupkan gen yang meningkatkan penghasilan antimicrobial peptides yang dipanggil cathelicidins yang bertindak memusnahkan virus, bakteria dan kuman yang lain.

Ia sangat penting kerana orang yang mempunyai kencing manis ni lebih terdedah kepada risiko jangkitan disebabkan oleh ulser diabetes dan penyakit periodontal. Sebab tulah sangat perlu untuk memastikan tubuh kita sentiasa mempunyai para optimun dengan vitamin larut lemak (A, D , E, K).

Cadangan sekurang-kurangnya 2,000 IU Vitamin D tambahan (seperti cholecalciferol atau D3) setiap hari.

Magnesium pula adalah mineral penting untuk bantu pengeluaran tenaga dan sintesis protein, replikasi sel dan pengeluaran DNA. Magnesium telah ditunjukkan dapat bantu mengurangkan rintangan insulin, bantu memelihara kadar gula di dalam darah.

Cadangan pengambilan 500-1,000 mg Magnesium setiap hari.

 

VitaLea

VitaLea adalah multivitamin yang kaya dengan 28 jenis mineral dan vitamin termasuk Vitamin E yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan.

Vitamin E adalah anti-oksidan utama yang larut lemak dalam badan. Ia membantu meningkatkan kawalan glukosa dan melindungi saluran darah serta saraf daripada kerosakan radikal bebas, yang dipercepatkan oleh diabetes, menurut Dr. Julian Whitaker (The Best Supplements for Diabetes).

Cadangan pengambilan sekurang-kurangnya 300 IU Vitamin E setiap hari.

 

Omega Guard

Asid Lemak Omega-3 yang terkandung di dalam Omega Guard mampu bantu merendahkan trigliserida dan meningkatkan paras HDL (kolestrol baik) yang biasanya mempunyai paras sebaliknya bagi pengidap kencing manis.

 

Oleh yang demikian, langkah-langkah untuk mengatasi dan merawat kencing manis semasa kehamilan ni sangat perlu dititkberatkan oleh para ibu hamil sekalian. Jangan sampai menyesal kemudian hari andai kata bayi kesayangan kita terpaksa menanggung risiko kesihatan akibat sikap kita yang acuh tak acuh menangani GDM ni tau.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

 

6 Comments

  1. insan marhaen July 30, 2015
    • Naimah Wahab July 30, 2015
  2. Hero Borneo July 30, 2015
  3. puan kutu August 3, 2015
    • Naimah Wahab August 6, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge