8 Perkara Tak Best Bila Join Biz Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Semua orang yang join bisnes Shaklee ni rasa best ke? Apa yang best sangat? Anda tahu tak banyak perkara yang tak best sebenarnya kalau join biz Shaklee ni?

 

 

20140418-144713.jpg

 

Perkara-perkara Tak Best Dalam Biz Shaklee

 

1) Tiada Masa

 

Memang tak sempat nak buang masa langsung. Masa yang selama ni duk scroll newsfeed FB, layan movie Korean, tengok Drama Melayu, gossip pom pang pom pang, semua dah digunakan untuk buat duit. Pastu, camana?

 

2) Bonus Tak Dapat Sekelip Mata

 

Join hari ni tak terus dapat bonus ribu-ribu minggu depan. Kene usaha dulu, study berkenaan produk, marketing, relationship dan macam-macam lagi.

Pastu kene share kebaikan produk, beri konsultasi kepada pengguna. Nak kene berusaha lah pulak, tak boleh goyang kaki jer.

 

3) Modal Tak Logik

 

Macam tak masuk akal jer, modal hanya RM 75 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 85 untuk Sabah dan Sarawak. Ni pun bayaran untuk member kit. Pastu dah ramai jadi jutawan. Pendapatan 5-6 angka pun dah ramai. Uisshhh, biar betul.

 

4) Duduk Rumah Jer

 

Adakah jadi katak di bawah tempurung? Nak belajar pasal produk ke markerting ke atau apa-apa sahaja, stay kat rumah jer, online! Nak meeting pun online jer. Webinar, webforum dan macam-macam lagi.

Malah, buat order pun kat rumah jer. Shaklee yang uruskan. Tak berpeluang ambil angin pejabat pos atau bersesak-sesak dan beratur panjang.

 

5) Macamlah Orang Kaya

 

Dah bonus banyak, derma dengan belanja keluarga tu sesuka hati jer. Tak fikir panjang dah. Pantang orang susah ada, mesti nak cari peluang bersedekah.

 

6) Busy Body

 

Kalau kita ada masalah, tak kiralah pasal bisnes ke atau kehidupan ke? Mesti akan ada orang nak ambil tahu. Tak sempat nak stress seorang lama-lama.

Pastu, kalau ada yang buat silap, adalah orang yang nak tegur.
Jadi kita tak syoklah nak terus buat silap.

 

7) Tiada Skim Piramid

 

Kalau skim piramid ni, siapa yang lama join, jadi upline atas-atas, orang tu akan lebih kaya. Downline yang penat bekerja.

Dalam Shaklee, dah jadi Master Coordinator jutawan pun kene kerja lagi kuat. Bantu anak buah berjaya jadi jutawan gak.

Pastu, kalau siapa rajin berusaha, boleh pintas upline diaorang, bonus dapat lagi banyak. Tak ke jadi anak derhaka, gitu???

 

8) Angan-angan Mat Jenin

 

Kita diajar berangan-angan. Yang berjaya tu semua memang kuat berangan. Macam mana cara tu, diaorang kabo kat secret group jer. Jadi, kalau sesiapa yang teruja nak tahu, kene join dululah. Kene tapislah pulak….hmmmm…

 

Sebenarnya banyak lagi perkara tak best join biz Shaklee ni. Cukuplah 8 points dulu. Lagi lama duk dalam ni, lagi banyak plak jumpa.

 

Ni tak kira yang nak join untuk makan sendiri lagi.

 

Tak sangka pulak, nak Join Shaklee Secara Percuma pun ada, boleh caya ke ni?

 

Tapi kalau anda berdegil, tak kisah dengan perkara-perkara tak best di atas tu, nak jugak join Shaklee, bolehlah contact saya.

 

Lain orang, lain sebabnya nak buat biz Shaklee ni, kan?

 

Terima kasih 🙂

 

iR Naimah Wahab
SMS/WhatApps: 019-937 7380
Shaklee ID: 1001144.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge