9 Kepentingan Air Untuk Kesihatan Tubuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐Ÿ™‚

Sebut air, semua orang tahu kan? Cuma kalau air kosong ni antara orang suka minum dengan tidak jer. Namun, air kosong ni sebenarnya banyak sangat manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita. Apatah lagi, 70% hingga 80% komposisi tubuh kita terdiri daripada air.

 

Kepentingan Air Untuk Kesihatan

Sumber: Google

 

Faedah Air Untuk Kesihatan Tubuh

 

#1: Mengekalkan Bentuk Badan Yang Cantik

 

Air boleh meningkatkan metabolisma tubuh anda dan membantu anda berasa kenyang. Sekaligus air dapat membantu anda untuk menurunkan atau mengekalkan berat badan ideal anda.

Gantikan air manis kepada air kosong suam. Meminum air sebelum makan akan membantu anda berasa kenyang dan mengelakkan daripada terlebih makan.

Pengambilan air sejuk menyebabkan badan akan meningkatkan suhu air tersebut sekaligus membantu proses pembakaran kalori badan.

 

#2: Peningkatan Tenaga

 

Dehidarasi berlaku apabila badan anda kekurangan air. Haus merupakan salah satu tanda berlaku kekurangan air dalam tubuh anda. Keadaan ini akan menyebabkan anda mudah berasa letih.

Sekiranya anda melakukan aktiviti luar rumah seperti bersenam, berjogging, segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus.

Air yang mencukupi juga membantu meringankan bebanan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.

 

#3: Mengurangkan Tekanan (Stress)

 

Memandangkan sebahagian besar badan termasuk otak kita terdiri daripada air, maka apabila anda mengalami dehidrasi, badan dan minda anda turut mengalami stress.

Justeru itu, jadikan air kosong sebagai teman baik anda walau di mana anda berada. Ini akan membantu anda untuk minum air dengan lebih kerap.

Kalau nak tips elak stress, boleh tengok video yang dikongsikan oleh Puan Lyna Noh ni:- ๐Ÿ™‚

 

 

#4: Pembentukan Otot

 

Meminum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.

Dengan pengambilan air yang mencukupi, aktiviti senaman anda akan berjalan lebih lancar, lama dan kuat tanpa perlu bersusah-payah.

 

#5: Mencantikkan Kulit

 

Kecantikan kulit menjadi bonus bagi kaum wanita. Jika anda perasan, orang yang suka mengamalkan pengambilan air kosong secara konsisten mempunyai kulit yang lebih licin, halus, gebu dan bermaya.

Ini kerana, apabila dehidrasi, garis-garis halus dan kedutan kelihatan lebih ketara.

Air juga menjadi jawapan kepada awet muda. Air yang diminum juga berfungsi membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah. Ini sekaligus membuatkan kulit anda semakin anjal, bersinar dan bersih.

 

#6: Melancarkan Proses Penghadaman

 

Selain daripada serat, air merupakan faktor penting untuk penghadaman. Air akan melarutkan bahan buangan supaya ianya mudah dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Apabila dehidrasi, badan akan menyerap kesemua air tersebut. Maka usus besar menjadi semakin kering dan menyebabkan anda sukar mengeluarkan sisa buangan tersebut.

 

#7: Merendahkan Risiko Pembentukan Batu Karang

 

Batu karang terbentuk apabila garam dan mineral di dalam air kencing membentuk kristal akibat kekurangan air.

Kepekatan garam dan mineral yang tinggi akan membentuk batu karang.

Ini kerana, batu karang tidak akan terbentuk sekiranya air kencing tidak pekat dan cair.

 

#8: Penting Untuk Pengamal Vitamin

 

Dalam tidak makan vitamin pun tubuh kita memerlukan banyak air, apatah lagi apabila mengambil vitamin tambahan atau suplemen seperti Shaklee. Air yang banyak akan membantu penyerapan vitamin serta fungsi vitamin dapat diterima secara paling optimum.

 

#9: Melegakan Gejala Healing Crisis

 

Pengambilan air yang mencukupi membantu anda menghadapai healing crisis dengan lebih baik. Healing crisis berlaku apabila anda mengambil sebarang vitamin seperti Shaklee walaupun tidak wajib semua orang melaluinya.

 

Tips Shaklee

 

Performance Drink untuk berpuasa

Performance Drink boleh diamalkan bagi mengelakkan berlakunya kehilangan air dari tubuh secara mendadak. Ini kerana minuman isotonik yang berperisa oren ini mampu membantu kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh. Secara tidak langsung, rasa haus dan keletihan dapat dikurangkan.

 

Cukupkanh Pengambilan Air Harian Anda?

 

Nampak kan betapa pentingnya pengambilan air? Cara paling mudah untuk mengetahui kadar kecukupan air di dalam tubuh anda ialah dengan merujuk warna urin (air kencing). Semakin jernih warna urin anda bermakna bekalan air untuk badan anda adalah semakin baik.

Jika sebaliknya, segeralah mengambil air kosong.

 

Nota: Digalakkan mengambil air kosong sebanyak 2 – 3 Liter sehari

 

Jom sihat secara mudah dan percuma!

 

Nak Tahu Sharing Tentang Keberkesanan Shaklee Terhadap Tahap Kesihatan?

Video Testimoni Wajib Tengok, Luahan Daripada Hati Yang Paling Dalam. Semuanya ringkas, padat dan menarik ๐Ÿ™‚

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

 

8 Comments

  1. Anuar April 1, 2014
    • Naimah Wahab April 1, 2014
  2. Hafizul April 1, 2014
    • Naimah Wahab April 1, 2014
  3. Mizz Aiza April 3, 2014
    • Naimah Wahab April 3, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge