Adakah Pembedahan Sedut Lemak Kaedah Terbaik Untuk Kurus?

Biasa sangat kan kita dengar yang ramai orang melakukan kaedah pembedahan sedut lemak atau lebih dikenali sebagai liposuction untuk kurus.

Adakah pembedahan sedut lemak ni memang mampu membantu kita untuk kurus?

 

 

tips kurus sihat

 

Menurut Ketua Jabatan serta Pakar Perunding Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Kuala Lumpur, Dr. Mohammad Ali Mat Zain, liposuction bukan sebenarnya prosedur menguruskan badan tetapi membentuk kontur tubuh.

Beliau berkata, jika kalau seseorang mengatakan melakukan liposuction untuk kurus, itu salah.

Sedutan lemak itu katanya, tidak boleh menjadikan seseorang itu kurus, tetapi hanya membentuk tubuh supaya lebih elok.

Menurut bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican pula, Jika individu yang ingin kurus kerana mengalami obesiti dan sebagainya, kaedah menyedut lemak bukan caranya.

Mereka perlu mencari pakar yang sesuai untuk menurunkan berat badan secara sihat.

Itulah keterangan yang diberikan oleh pakar-pakar yang terlibat secara langsung dengan kaedah liposuction ni.

Pembedahan sedut lemak ni tetap mempunyai risiko tersendiri. Apatah lagi jika ianya dijalankan oleh mereka yang tidak bertauliah atau bukan pakar. Juga jika dilakukan di klinik swasta yang tidak cukup peralatan.

Sebabnya, kos nak buat liposuction ni mahal. Jadi, mereka yang terdesak nak kurus tapi mencari kos yang paling rendah, klinik swasta yang menawarkan perkihdmatan liposuction dengan kos yang jauh lebih rendah menjadi pilihan. Tanpa memikirkan bahaya yang sedang menanti.

Jangan sebab nak keputusan kurus dan  segera, mereka sanggup menggadaikan nyawa. 

Nak kurus, biarlah secara sihat dan semulajadi. Paling penting adalah gabungan 70% penjagaan makanan serta 30% aktiviti fizikal atau hidup secara cergas.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

3 Comments

  1. Khir Khalid August 8, 2016
    • Naimah Wahab August 22, 2016
  2. titan August 12, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge