Adakah Shaklee Patuh Shariah Sebagaimana Yang Didakwa?

Ya, sememangnya Shaklee menjalankan perniagaan yang menggunakan Multi-Level Marketing (MLM) sebagai medium pemasarannya. Apabila mengetahui tentang MLM, timbul pula persoalan adakah perniagaan Shaklee berteraskan Islam? Terdahulu saya ada berkongsi tentang Asas Minima Perniagaan Yang Patuh Shariah. Termasuklah MLM.

 

Bagaimana Shaklee Dikatakan MLM Patuh Shariah Islam

1) Produk Shaklee Dibeli Dengan Tujuan Yang Sebenarnya

Suplemen merupakan produk utama yang dihasilkan oleh pihak Shaklee bagi membantu kehidupan manusia yang lebih sihat. Di samping itu, memberi peluang kepada ahlinya untuk menambah pendapatan.

Sebagai contoh, Puan Aminah beli Set Bersalin Shaklee untuk mengalami proses berpantang yang lebih mudah, bertenaga dan selesa. Plus, badan pun makin slim. Manakala Encik Azman pula membeli Set Kurus Lengkap bagi menurunkan berat badan secara sihat.

Ini belum termasuk lagi si A, B, C yang mungkin mencari Vivix, Omega, ESP, VitaLea untuk masalah-masalah kesihatan yang lain seperti jantung, kanser, tekanan darah tinggi, eczema, gula dalam darah (diabetes), batuk, letih-lesu dan sebagainya.

Jadi, sememangnya produk Shaklee dibeli untuk tujuan yang jelas dan nyata.

 

2) Produk Shaklee Bukan Emas & Perak

Shaklee merupakan syarikat yang menhasilkan produk makanan tambahan (suplemen), penjagaan badan serta set pencuci yang langsung tidak ada kaitan dengan emas dan perak.

 

3) Shaklee Memberikan Jumlah Komisyen Yang Jelas Kepada Setiap Ahli Untuk Setiap Penjual & Ahli Di Bawahnya

Insentif yang diberikan kepada ahli Shaklee yang layak terdiri daripada 3C iaitu Cash (Duit), Car (Berbentuk cash) dan Convention (percutian di dalam dan luar negara).

Sebagai contoh, Shaklee telah menyediakan satu jadual khas pembayaran bonus kepada ahlinya:-

 

 

Jadual pembahagian bonus Shaklee

Anggaran pendapatan melalui Insentif 3C – Cash

 

4) Keuntungan @ Komisyen Shaklee Bukan Berdasarkan Kepala @ Ahli Yang Ditaja

Dalam Shaklee, setiap pembelian produk akan mempunyai point (UV) tertentu. Yang mana bonus dan keuntungan akan dikira berdasarkan jumlah UV tersebut.

Bagi setiap ahli baru yang mendaftar, tidak ada sebarang UV diberikan sekiranya mereka hanya membuat pendaftaran ahli tanpa sebarang pembelian produk.

 

5) Shaklee Tidak Mewajibkan Ahli Membuat Belian Sendiri Pada Jumlah Tertentu

Bagi mereka yang ingin mendaftar ahli Shaklee, tidak ada sebarang syarat wajib daftar dengan membeli produk terlebih dahulu. Setiap ahli yang bakal mendaftar bebas untuk mendaftar keahlian sahaja atau terus membuat pembelian dengan harga ahli yang lebih istimewa.

Namun, sekiranya mereka ingin mendapatkan bonus, syarat minimun adalah mencapai 150 UV dan sekiranya ingin mendapat kehlian percuma, syaratnya adalah mendaftar dengan 200 UV. Contohnya dengan membeli 2 botol Vivix atau 3 kotak Collagen.

 

6) Setiap Upline @ Orang Atas Shaklee Menaruh Usaha Ke Atas Jualan Orang Bawahnya

Adalah menjadi tanggungjawab upline dalam Shaklee untuk membimbing downline yang turut sama ingin menceburi bidang perniagaan ini.

Sebagai contoh, kami di dalam group iReach yang awesome akan dibimbing tidak kira secara online (group coaching di FB, whatapps, webinar dan sebagainya) dan offline (kelas, bengkel, perjumpaan dan sebagainya).

Semuanya adalah percuma melainkan sekiranya perlu, ahli akan dikenakan kos tertentu yang masih dikira minima.

 

7) Shaklee Tidak Menggunakan Skim Piramid @ Siapa Masuk Dulu Untung Selamanya

Shaklee tidak sesekali mengamalkan sistem piramid yang menindas orang baru. Dalam Shaklee, siapa yang berusaha lebih, mereka yang untung lebih. Malah banyak pencapaian dalam sejarah Shaklee, orang yang daftar kemudian mendapat rank yang lebih tinggi daripada mak nenek diaorang (upline/orang yang telah lama mendaftar). Adilkan?

 

8) Shaklee Mempersembahkan Sistem Komisyen & Bonus Yang Telus & Boleh Difahami

Sebelum sistem secara atas talian dilancarkan di Malaysia, para ahli perlu menelefon atau mendapatkan cetakan bonus bulanan daripada pihak pejabat Shaklee.

Namun, dengan sistem atas talian (online) yang ada sekarang, setiap ahli Shaklee  mendapatkan semua maklumat pembelian, bonus, keahlian orang bawah (downline) dan sebagainya dengan lebih mudah, jelas, terperinci dan senang difahami.

 

 

Sistem shaklee online

Maklumat semua ahli di bawah empayar ahli tersebut termasuk jumlah point yang dikumpulkan.

 

 

Sistem shaklee online

Jadual bonus ahli Shaklee

 

 

9) Shaklee Menstruktur Pelan Pemasaran Di Antara Ahli & Orang Bawahnya Secara Musyarakah

Biasanya setiap bulan, pihak Shaklee akan mengadakan pelbagai jenis promosi yang memberi keuntungan kepada ahlinya sendiri. Sebagai contohnya pada bulan lepas, bagi ahli yang layak, dengan pembelian minima 50 UV sahaja, mereka layak mendapat ESP atau Vita-C dengan harga 50% dan percuma Zinc Complex.

Pada bulan ini pula, bagi yang layak, dengan pembelian minina RM 200 – RM 399, layak mendapat free ESP yang harga pasarannya adalah RM 150. Berbaloi-baloi dan rugi sangat siapa yang tak rebut peluang ni.

Yang paling best lagi, bulan ni juga dilancarkan program Percutian Percuma 4 Hari 3 Malam Ke Bangkok Pada Tahun 2016. Tawaran yang julung-julung kali diadakan dan Malaysia adalah negara pertama yang beri offer macam ni tau.

Segalanya jelas dan akan dimaklumkan kepada semua ahli di dalam sistem atas talian atau ada sesetengah ahli yang dihubungi melalui telefon.

 

Sebenarnya, banyak lagi point yang boleh dikongsikan tapi saya rasa ni dah panjang berjela-jela ni,hehehe. Saya kira, dengan pelan pemasaran yang dilaksanakan oleh pihak Shaklee ni, kita boleh fikir sendiri sama ada ianya patuh shariah atau tidak, kan?

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge