Ajaibnya Susu Ibu

Menyusu adalah satu pengalaman yang luar biasa hebat yang dialami oleh setiap ibu dan bayi. Penyusuan

juga membekalkan makanan terbaik buat bayi di samping mewujudkan satu ikatan hubungan yang sangat istimewa yang hanya dirasai oleh ibu yang melalui pengalaman menyusu.

Apakah Kebaikan dan Kelebihan Susu Ibu?

1# Antibodi Melawan Penyakit

antibodi untuk bayi

Penyaluran antibodi

Antibodi yang disalurkan daripada ibu kepada bayi boleh merendahkan banyak risiko seperti:

Imun sistem bayi yang menyusu badan juga lebih tinggi yang mana boleh melawan serta menghalang pembiakan bakteria dan virus.

Bayi pra-matang yang menyusu badan juga didapati dapat dilindungi daripada:-

Breastfeeding vs formula feeding
Breastfeeding vs formula feeding

Walaupun pihak pengeluaran susu formula ingin menghasilkan susu yang seakan susu ibu, mana mungkin mereka dapat menhasilkan sel-sel hidup seperti antibodi dan imuniti untuk melawan penyakit.

2# Berkhasiat dan Mudah Dihadamkan

susu ibu baik untuk penghadaman

Bayi lena tanpa gangguan penghadaman

Umum menyatakan mengakui bahawa makanan paling lengkap bagi sistem penghadaman bayi adalah komponen susu ibu  yang terdiri daripada laktosa, protien (whey dan casein) dan lemak, mudah dicernakan oleh sistem penghadaman bayi yang masih belum matang. Keadaan ini juga merendahkan risiko cirit-birit dan sembelit di kalangan bayi. Berbanding susu formula, ramai bayi yang mengalami sembelit, kembung, cirit-birit, alergik dan sebagainnya.

Susu ibu juga secara semulajadinya mengandungi semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi yang baru lahir.

3# Percuma

susu badan percuma

Susu badan adalah tanpa kos

Susu badan adalah percuma, tidak melibatkan sesen pun, manakala kos susu formula adalah tinggi dan sentiasa meningkat mengikut kandungan yang dikatakan semakin bagus.

4# Pelbagai Rasa

makan pelbagai rasa bagi ibu menyusu

Makanan pelbagai rasa

Rasa yang berbeza pada susu ibu bergantung kepada makanan yang dimakan oleh ibu tersebut. Bayi yang menyusu badan yang telah terdedah kepada pelbagai rasa adalah mudah menerima solid food berbanding bayi susu formula yang cenderung menjadi picky eater.

5# Mudah

santai menyusu

Santai sambil menyusu

Susu badan adalah sentiasa segar dan ada pada bila-bila masa. Ibu juga mudah untuk ke mana-mana kerana makanan untuk bayi mereke telah tersedia. Tidak perlu kelam-kabut memikirkan susu yang sudah habis stok atau menyediakan susu botol di tengah-tengah malam.

6# Mencegah Obesiti

obesiti

Obesiti

Sesetengah kajian menemui bahawa menyusu badan boleh membantu mencegah kanak-kanak dari mengalami obesiti.

7# Bayi Lebih Pintar

Sesetengah kajian mengakui bahawa bayi yang menyusu badan mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang minum susu formula.

8# Skin-To-Skin Contact

breastfeeding mom
Bahagianya dapat memberikan yang terbaik untuk si manja

Ramai ibu menyusu yang sangat gembira kerana mereka menjadi lebih akrab dengan bayi. Sentuhan kulit ke kulit ini akan merapatkan lagi hubungan emosi antara ibu dan bayi. Dengan kata lain, akaun emosi akan meningkat. 🙂

9# Manfaat Pada Ibu

badan langsing

Langsing dengan menyusu

Keupayaan untuk membesarkan bayi dapat meningkatkan rasa yakin pada ibu muda untuk menjaga bayi mereka. Menyusu juga membantu membakar kalori dan mengecutkan rahim, sekaligus membuatkan ibu menjadi langsing lebih pantas. Kajian juga menunjukkan menyusu boleh merendahkan risiko:-

  • kanser payudara
  • tekanan darah tinggi
  • diabetes
  • penyakit kardiovaskular
  • kanser rahim dan ovari

Bagi para ibu yang dalam perancangan ingin menyusu badan atau sedang menyusu samada secara terus atau ekslusif, serta inginkan susu melimpah ruah, bolehlah mencuba Set Penyusuan Shaklee yang telah membantu para ibu menyusu dengan sihat, ceria dan gembira.

Set Lengkap Penyusuan Shaklee

Set Lengkap Penyusuan Shaklee

Rujukan:

  1. About Breastfeeding
  2. A Close Look at the Ear
  3. Breastfeeding
  4. Wikipedia

Untuk sebarang tempahan atau konsultasi, boleh hubungi saya pada nombor yang tertera atau mengisi terus form di bawah.

Terima kasih 🙂

New-Name-Card

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge