Apa 1 Kehebatan Isteri Yang Suami Terpaksa Surrender???

Sebelum berkahwin semua nampak sempurna, terbaik dan cantik molek jer. Tak kiralah dari pihak lelaki atau wanita, tapi lepas jer mendirikan rumahtangga, hidup bersama tak sampai setengah tahun, macam-macam isu yang timbul.

Tapi, bila saya tengok video ni, memang senyum sorang-sorang. Memang tergelak pun ye. Rasanya memang itulah hakikat lelaki dan wanita. Masa bujang memang tak perasan sangat, tapi selepas berumahtangga, baru nampak diri yang sebenar pasangan kita.

 

 

Memang itulah dia salah satu kehebatan yang ketara seorang wanita, multitasker, ye tak? Ada jugak orang gelar tangan sotong. Dalam satu masa boleh buat macam-macam kerja. Siap tip-top lagi hasilnya.

Sebab tu memang tak pelik pun bila muncul ramai jer Work At Home Mom (WAHM) yang berjaya. Uruskan rumah tangga dengan sempurna, lepas tu cemerlang dalam bisnes. Tak kurang juga yang buat part time business sambil bekerja sepenuh masa.

Jadi kaum bapa, betul tak bab multitasking ni, kaum ibu lagi hebat? Rasanya incik suamiku pun baca entri ni…..hehehe

Kaum lelaki pulak jenis fokus orangnya. Jadi, tak hairanlah biaser jer berlaku perkara-perkara yang disebut kat dalam video kat atas tu. Diaorang ni biasanya sangat hebat dalam kerja-kerja yang memerlukan pemikiran secara kritikal (critical thinking) dan kepimpinan.

Sebab tu, sebenarnya dalam sebuah perkahwinan ni bukan nak tunjuk siap yang hebat, siapa yang paling bagus. Bukan isteri paling terror atau bukan suami yang paling perkasa.

Namun perkahwinan ni mempertemukan dua hati yang berlainan jantina. Hidup bersama untuk berkasih sayang dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Usah diungkit kekurangan pasangan, sebaliknya jadikan kehebatan dan kelebihan diri sendiri untuk menampung kekurangan pasangan agar rumahtangga terus aman damai dan diberkati. Hidup sentiasa positif, stress pun akan hilang jauh-jauh.

Jangan lupa untuk amalkan Tips Muhasabah Tingkat Potensi Diri juga 🙂

 

Boleh tengok kat sini banyak lagi video testimoni kesihatan dan muhasabah diri yang super best!!!.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

12 Comments

  1. Dr Fattah March 12, 2015
    • Naimah Wahab March 12, 2015
  2. Noriza Rahman March 12, 2015
  3. Hero Borneo March 13, 2015
  4. islam di dadaku March 13, 2015
    • Naimah Wahab March 14, 2015
  5. Malaysia Tercinta March 13, 2015
  6. titan March 19, 2015
    • Naimah Wahab March 21, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge