Apakah Penyakit Tiroid

Kita selalu mendengar tentang tiroid (thyroid), namun adakah kita tahu bagaimana tiroid ini terjadi?

 

thyroid

 Apakah Tiroid?

 

Kelenjar tiroid merupakan kelenjar yang terletak di bahagian bawah leher, iaitu di antara kulit dan peti suara.Kalenjar Tiroid merupakan organ penting yang mengawal metabolisma dan bertanggungjawab terhadap fungsi normal sel badan. Kalenjar ini menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai Tiroksina (T4) dan Triiodotironina (T3) yang dirembeskan ke dalam aliran darah.

 

Iodin merupakan juzuk penting di dalam kedua-dua hormon ini di mana T4 mempunyai 4 atom iodin dalam setiap molekulnya manakala T3 pula mempunyai 3 atom iodin padanya. T4 akan mula menjadi aktif apabila melepaskan 1 atom iodin yang ada padanya dan menjadi T3. Proses ini biasanya berlaku di dalam hati.

 

Bagi individu yang sihat, jumlah T3 dan T4 dalam darah dikekalkan pada tahap tertentu oleh hormon yang dikenali sebagai hormon perangsang tiroid atau Tiroid Stimulating Hormone (TSH).

 

Hormon TSH dirembeskan oleh kelenjar pituitary anterior yang terletak betul-betul di belakang mata serta terlindung dalam lekukan bertulang dalam tulang pangkal tengkorak.

Hormon ini akan mengawal penghasilan T3 dan T4 oleh kelenjar tiroid melalui proses ‘suap balik negatif’. Jika hormon tiroksina (T4) dalam darah meningkat, TSH akan dihentikan untuk menghentikan penghasilan hormon tiroksina oleh kelenjar tiroid dan jika hormon tiroksina kurang dalam darah, TSH akan dirembeskan untuk merangsang penghasilan hormon.

 

Jika anda mengalami kalenjar tiroid terlampau aktif (hipertiroidisme), paras hormon T3 dan T4 akan menjadi tinggi dan paras TSH menjadi rendah.

Sebaliknya, jika anda mengalami keadaan kalenjar tiroid kurang aktif (hipotiroidsme), paras hormon T3 dan T4 menjadi rendah serta paras TSH menjadi tinggi.

 

Gangguan tiroid merupakan perkara biasa. Keadaan hipertiroidisme, hipotiroidisme, pertumbuhan tidak normal atau pembesaran kelenjar (goiter atau nodul tiroid) dialami oleh kira-kira seorang dalam 20 orang.

Kebanyakan penyakit tiroid berjaya dirawat sepenuhnya dan kanser tiroid sekali pun, walau jarang berlaku tidak akan mengurangkan jangka hayat seseorang jika dikesan pada peringkat awal dan dirawat dengan sewajarnya.

 

Jom ke entri seterusnya bagi mengetahui jenis penyakit thyroid iaitu Hyperthyroidsm vs Hipothyroidsm dan Cara Rawatan.

 

Terima kasih :)

 

Shaklee Independent Distributor

 

 

One Comment

  1. fun April 5, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge