Bagaimana Nak Jayakan Kaedah “Just Do IT” Dengan Betul

Istilah “Just Do IT” selalunya sering diperkatakan oleh orang yang telah berjaya di dalam satu-satu bidang. Kalau kalau kita pergi ke kelas atau bengkel motivasi serta peningkatan diri, mesti speaker pun sering gunakan istilah ni. Tak kiralah dalam kehidupan seharian atau kerjaya.

Tapi macam mana nak nak laksanakan kaedah “Just Do It” ini agar target kita tercapai? Kalau nak tahu, boleh tengok video yang dikongsikan oleh Puan Lyna Noh daripada empayar iReach kat bawah ni:-

 

 

 

Betulkan? Walaupun kita didatangkan dengan perbagai istilah dan kata-kata motivasi, tapi kita perlukan juga sedikit sebanyak cara bagaimana nak laksanakannya. Kalau tak terkapai-kapai jugalah sorang-sorang.

Sebenarnya, kita ni boleh berdosa/bersalah kalau terdetik rasa sama ada tak boleh, tak layak atau tak bersedia.

Semua rasa tu berpunca daripada diri kita sendiri kerana:-

1) Allah Dah Beri Kita Idea, Ilham dan Jalan

Memang semua perkara di atas Allah dah beri tapi biasanya kitalah yang pilih sama ada tak buat-buat, buat ala kadar atau buat separuh jalan. Kalau kita bersikap proaktif dan positif, mesti kita akan buat hingga siap kan? Redah sampai pecah!

 

 

Buat pilihan melalui solat sunat istikarah

 

2) Pilihan Yang Sukar Dengan Petunjuk

Apabila kita berada di persimpangan dilema, mintalah petunjuk daripada Allah. Bukan berdasarkan nafsu. Juga bukan “small little voice” yang sering berlawan kata dengan diri kita, “takut orang kutuklah”, “eh, boleh ke aku ni?”, “aku memang tak layak” dan sebagainya.

Nafsu atau syaitan selalunya mencegah kita daripada melakukan perkara-perkara yang baik. Buat kita menyesal di kemudian hari. Jadi jangan ikut depa ye!

 

3) Hidup Ini Adalah Pilihan Kita Sendiri

Setiap yang melibatkan keputusan hidup ni sama ada nak atau tidak, kita yang pilih sendiri. Jadi kita perlu bertanggungjawab dengan keputusan yang telah diambil. Jangan sesekali menyalahkan orang lain seperti pasangan, anak-anak, kaum keluarga, kawan-kawan, bos dan sebagainya.

Adalah menjadi dasar seorang LOSER bila hidup ni suka menyalahkan orang lain akibat diri malas nak buat apa-apa.

Apa yang PALING PENTING adalah, jangan sesekali (pantang tau!) menyalahkan takdir di atas kekurangan diri atau sesuatu yang tak best berlaku dalam hidup sendiri akibat kemalasan tadi.

Nick Vujicic, rakyat Australia yang kudung kedua-dua belah kaki dan tangan pun sangat berbahagia dengan hidup beliau sekarang, apatah lagi kita yang sempurna serba serbi ni kan?

No arms, no legs, no worries! Siap berkahwin dan dah ada anak yang sempurna dah pun beliau ni 🙂

Sebenarnya bila Allah dah datangkan ilham, tu adalah petunjuk yang kita boleh dan mampu buat. Kalau tiba-tiba terdetik rasa”aku tak mampu”, “aku tak layak”, “aku tak bersedia”, tu semua bisikan nafsu atau syaitan. Jadi jangan ikut, jangan dilayan!

Teknik “Just Do It” yang Puan Lyna kongsikan di dalam video di atas memang best. Apa yang saya kongsikan hanyalah pecahan sedikit daripada intipati video tersebut. Jadi, kalau nak dapat main point dia, kene tonton video ni sampai habis.

Sepanjang melaksanakan teknik “Just Do It” ni, jangan berputus asa jika menghadapi cabaran. Amalkan tips Hidup sentiasa positif, stress pun akan hilang jauh-jauh.

Jangan lupa untuk amalkan Tips Muhasabah Tingkat Potensi Diri juga 🙂

 

Boleh tengok kat sini banyak lagi video testimoni kesihatan dan muhasabah diri yang super best!!!.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

12 Comments

  1. Hero Borneo March 31, 2015
    • Naimah Wahab April 2, 2015
  2. Dr Fattah March 31, 2015
    • Naimah Wahab April 2, 2015
  3. Anim March 31, 2015
    • Naimah Wahab April 2, 2015
  4. Farrah MF April 1, 2015
  5. adarain April 1, 2015
    • Naimah Wahab April 2, 2015
  6. Wahab Saputra April 17, 2015
    • Naimah Wahab April 18, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge