Bekas Simpanan Stok Susu (EBM)

EBM ialah singkatan kepada Expressed Breast Milk atau Susu Badan Perahan. Para ibu yang bekerjaya selalunya memang sinonim dengan istilah EBM ni. Mesti masing-masing berkobar-kobar nak buat stok EBM sejak dari dalam pantang lagi kan?

cara selamat simpan EBM

Koleksi EBM di dalam deep freezer

Susu yang telah diperah perlulah disimpan dengan baik di tempat yang betul.

Para ibu disarankan merujuk kepada Protokol 8 ABM Clinical: Human Milk Storage Information for Home Use for Full-Term Infants yang disediakan oleh The Academy of Breastfeeding Medicine (badan yang bertangungjawab mengeluarkan protokol-protokol berkaitan hal-hal perubatan yang mungkin akan mempengaruhi penyusuan bayi).

EBM-expressed breastmilk, susu perahan

EBM di dalam bekas kaca

 

Terdapat kajian yang telah dilakukan untuk menilai bekas penyimpanan stok susu ibu. Didapati bahawa:

  1. Bekas penyimpanan kaca dan polypropylene menunjukkan kesan serupa ke atas kebolehlekatan nutrien larut lipid ke permukaan bekas berkenaan, kepekatan immunoglobulin A dan bilangan sel darah putih dalam susu yang disimpan.
  2. Penggunaan bekas penyimpanan polyethylene menunjukkan penurunan 60% immunoglobulin A.
  3. Bekas penyimpanan keluli pula dikaitkan dengan pengurangan jumlah dan keberdayaan sel jika dibandingkan dengan polyethylene dan kaca.

Sekiranya menggunakan beg plastik polypropylene, perlu dipastikan ianya kuat, boleh ditutup rapat dan disimpan di kawasan kurang berisiko untuk plastik itu bocor. Ini kerana kebocoran plastik boleh menyebabkan susu tersebut boleh dicemari.

Manakala bekas penyimpanan yang dihasilkan daripada bisphenol A yang terdapat di dalam sesetengah bekas penyimpanan plastik termasuk botol susu seharusnya dielakkan berdasarkan bukti kukuh akan meberi kesan buruk yang akan mengganggu sistem endokrin.

Pastikan membeli barangan bayi terutama barang plastik yang berlabel “BPA Free“.

 

Rujukan:-

Buku Hebatnya Susu Ibu

Protokol 8 ABM Clinical: Human Milk Storage Information for Home Use for Full-Term Infants

The Academy of Breastfeeding Medicine

Sekiranya anda berminat untuk menambah stok EBM anda dengan mencuba Set Penyusuan Shaklee, boleh menghubungi saya atau mengisi Contact Form di bawah.

Terima kasih 🙂

New-Name-Card

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge