Cabuatan Bertuah Yang Menjadi JUDI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

 

Sedarkah kita yang ada sebahagian cabutan bertuah yang kebanyakan umat Islam sertai adalah judi?

 

Perkara ini sebenarnya berlaku setiap masa dan berulang-ulang dan menjadi kebiasaan kita. Sehinggakan orang yang berlatarbelakangkan agama pun tanpa disedari terlibat sama.

 

Apakah Itu Judi?

Judi dalam hukum syar’i disebut maisyir dan qimar adalah “transaksi” yang dilakukan oleh dua belah untuk pemilikan suatu barang atau jasa yang menguntungkan satu pihak dan merugikan pihak lain dengan cara mengaitkan transaksi tersebut dengan dengan suatu aksi atau peristiwa.

 

 

lucky-draw_cabutan bertuah

 

Judi Cabutan Bertuah

Kalau kita ditawarkan pembelian judi TOTO, yang ni memang orang akan tolak mentah-mentah sebab terang-terang kita tahu ianya adalah judi, kan?

 

Tapi perasan tak, kalau ada sebarang event seperti Hari Ibu, Hari Setiausaha, Majlis Makan Malam dan sebagainya, dekat kaunter pendaftaran selalunya dibuka bahagian cabutan bertuah. Para hadirin yang berminat boleh beli tiket untuk menyertai cabutan bertuah tersebut.

 

Ada juga dibuat pertandingan teka jumlah bilangan barang seperti duit atau biji saga di dalam balang. Untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlu membeli tiket.

 

Itu semua judilah namanya tanpa mengira harga tiket tu murah atau mahal. Sebabnya peserta perlu membayar harga tiket tanpa mendapat apa-apa keuntungan dan hanya seorang yang beli tiket yang berpeluang menang.

 

Kalu direnung, sama ajer kan dengan judi TOTO? Judi TOTO beli tiket menang hadiah berbentuk wang, cabutan bertuah beli tiket untuk menang hadiah berbentuk barangan.

 

Cuma orang ramai rasa macam takpe jer nak join atas nama yang nampak halal iaitu cabutan bertuah.

 

Cabutan Bertuah Yang Bukan Judi

Sekiranya hadirin diminta mengambil tiket tanpa bayaran untuk memenangi cabutan bertuah, itu dikira tidak mengapa.

 

Selain daripada itu, cabutan bertuah yang tidak tergolong di dalam judi apabila tiket dijual berdasarkan harga barang yang dibeli.

 

Macam mana tu? Dengan setiap pembelian barang RM5 atau RM 10 atau RM 50 dan sebagainya, peserta layak mendapat satu tiket cabutan bertuah. Jadi peserta tak rugi apa-apa pun. Beli barang, yang layak, dapat tiket. Tak nak join pun takpe. Yang bertuah tulah yang menang cabutan bertuah tersebut.

 

Sebenarnya kalau nak dikupas, memang panjang lebar hal judi ni. Saya pernah dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Youtube berkenaan judi ni. Contoh ringkasnya seperti pertandingan memancing.

 

Sekiranya yuran pendaftaran digunakan untuk membeli hadiah kepada peserta, itu dikira sebagai judi.

 

Namun tidak mengapa jika duit pendaftaran digunapakai untuk kemudahan peserta seperti membeli kanopi tempat memancing, baju, topi, makanan, minuman dan sebagainya untuk kegunaan pertandingan tersebut.

 

Fuhhh, lega rasanya dapat berkongsi. Perkara ni nampak simple sangat. Ramai yang kelabu mata atas nama cabutan bertuah.

 

Lepas ni hati-hati tau kalau nak join cabutan bertuah. Kalau boleh tegur pihak penganjur personally secara berhemah pun sangat baik. Mungkin mereka terlepas pandang atau memang tidak tahu perkara tersebut adalah salah.

 

Terima kasih sudi menyinggah ke sini 🙂

 

iR Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

2 Comments

  1. Hafizul May 12, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge