Cara Elak Kulit Kusam Kesan Dari Terdedah Cahaya Matahari

Salah satu punca kulit kita menjadi kusam dan cepat nampak tua adalah disebabkan sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari.

Menghabiskan masa di bawah sinaran matahari mampu mengeringkan kulit.

Perasan kan, kalau orang yang selalu kerja kat luar bangunan tanpa memakai sebarang pelindung matahari, mereka mudah terkena sunburn? Sunburn ni pun salah satu petanda kulit menjadi kering serta mula mengalami kerosakan.

Sinaran matahari sekitar jam 10 pagi ke atas sehingga jam 4 petang tidak elok untuk kesihatan kulit. Ia mampu membuatkan kulit kita menjadi semakin kusam dan sel kulit kita pun boleh cepat mati.

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, sila wajibkan lah diri kita untuk memakai pelindung matahari (UV lotion atau sunscreen) yang ada SPF.

 

 

Kepentingan SPF

 

 

tips awet muda dan kekal menawan

 

SPF boleh lah dikatakan sebagai ukuran pelindungan. Walau bagaimanapun, ia mempunyai kaitan dengan jangka masa kita boleh berada di bawah sinar matahari sebelum kita mengalami sunburn.

Sebagai contohnya SPF 30 akan membolehkan kita berada di bawah cahaya matahari 30 kali lebih lama berbanding tanpa penggunaan sunblock.

Sekiranya kita boleh duduk di bawah cahaya matahari tanpa terbakar kulit selama 10 minit, penggunaan produk penjagaan kulit yang mempunyai SPF 30 membolehkan kita berada di bawah sinaran matahari selama 30 x 10 minit, iaitu bersamaan 300 minit atau 5 jam.

Walaubagaimanapun, ianya hanyalah anggaran. Sebagai contoh, SPF dikira menggunakan ketebalan 2mg/cm padu sedangkan kajian mendapati bahawa pengguna sunblock hanya meletakkan 0.5 sehingga 1.3 mg/cm padu sahaja pada kulit mereka.

Oleh yang demikian, secara praktikalnya, produk sunblock perlu disapu dengan lebih kerap.

 

 

Apa Itu AVA dan UVB?

Sinar matahari yang berbahaya kepada kulit mahupun mata kita ialah UVA dan UVB yang tidak kelihatan pada pandangan mata. Kedua-duanya memiliki panjang gelombang di atas 400 nanometer.

UVB boleh menyebabkan kerosakan pertama pada permukaan kulit atau epidermis. Panjang gelombang UVB lebih pendek daripada UVA.

Walau bagaimanapun, sinar UVA juga meresap ke bahagian kulit yang lebih dalam dan boleh merosakkan serat kulit serta keanjalannya. Ia akan menyebabkan kesan jangka panjang seperti penuaan pra-matang dan kedutan.

 

 

Kesan UV Ke Atas Kulit

Pendedahan kepada cahaya UV adalah faktor persekitaran yang paling penting yang boleh menyebabkan berlakunya kanser kulit dan bibir. Kanser melanoma adalah sejenis kanser yang sangat berbahaya.

Selain daripada itu, cahaya UV ini juga akan menyebabkan penuaan pra-matang iaitu proses penuaan yang berlaku lebih cepat daripada sepatutnya. Malah, sinar UV juga boleh membawa kepada masalah mata yang dikenali sebagai katarak.

Kerosakan yang berlaku kepada kulit akibat cahaya matahari adalah cumulative, iaitu ia akan berkumpul. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan bahawa kanak-kanak diberi perhatian lebih tentang bahaya pendedahan kepada cahaya matahari.

Adalah dianggarkan bahawa individu yang berusia 15 tahun telah pun menerima separuh daripada jumlah keseluruhan hidupnya, radiasi-radiasi yang berbahaya akibat sinaran matahari. Ini kerana kanak-kanak lebih gemar bermain di luar rumah tanpa memikirkan keburukan yang bakal mereka hadapi.

Sebab itulah, ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak-anak mereka untuk berada di luar rumah pada waktu awal pagi dan petang sahaja iaitu sebelum dan selepas tempoh cahaya kuat  yang tidak elok dipancarkan oleh matahari.

Untuk anak-anak yang sudah boleh mendengar penerangan, kalau kita tunjukkan gambar atau video kesan bahaya sinar UV ni, mereka akan lebih faham dan memori tersebut akan mudah terpahat dalam ingatan.

Tapi sampaikan lah dalam bentuk ilmiah serta penuh informasi. Bukan dengan cara menakut-nakutkan mereka. Melalui pendekatan sebegini, anak-anak akan dengan sendirinya dapat melatih diri untuk mengikuti waktu selamat berada di luar rumah.

Secara tidak langsung, risiko terhadap kesan bahaya sinaran cahaya matahari akan dapat dikurangkan.

 

 

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

(Atau klik terus untuk WhatApps: www.wasap.my/60199377380)

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge