Cara Mudah Bercerai Susu Dengan Anak

Setiap ibu yang menyusu pasti akan melalui proses bercerai susu (leaf off breastfeeding) dengan si manja tersayang. Di saat ini pasti bermacam-macam pengalaman yang dialami.

Kalau tersilap cara, memang boleh stress ibu dan baby. Malah boleh meninggalkan kesan yang mendalam.

Kalau sedang stress, memang kene bertenang jap dengan video ni.

 

 

Pengalaman Bercerai Susu Anak

Masa anak sulung dulu memang agak mencabar. Mulanya saya pakai sirap, sekejap jer jalan. Lepas tu, anak saya tetap nak menyusu.

Masa tu memang takde pilihan sangat sebab memang plan nak berhentikan susu anak bila dah 2 tahun. Tu pun dah lajak sehingga 2 tahun 10 bulan. Alhamdulillah rezeki susu melimpah-ruah.

Last skali, bila tak jalan dengan sirap, tak sampai hati nak letak benda-benda pahit, saya tinggalkan botol susu kat sebelah dia. Lepas tu saya bersembunyi dalam toilet.

Bukan anak jer yang nangis, mama pun banjir sekali…huhu. Anak sulung, memang pengalaman menjadi guru utama.

Anak kedua ni Alhamdulillah. Rezeki menyusu badan pun sampai 2 tahun setengah. Sangat mudah rasanya walaupun turut menggunakan teknik sirap dalam 3 percubaan.

Percubaan pertama time saya dan anak tak ready. Memang sangat mempengaruhi emosi. Saya dan baby tak happy. So tak berjaya.

 

 

Menyusu sehingga anak berumur 2 tahun

 

Kali ke-2, siang start misi berhentikan susu, malam tu anak demam, panas dan tak selera nak makan dan minum.

Takpelah, cancel kan misi cerai susu. Bila dah betul-betul sihat dan mama serta anak dah ready, misinya tersangat mudah berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah!

 

Tips Mudah Cerai Susu Anak

1) Bercakap

Terangkan pada anak yang dia dah besar. Kene minum susu botol dah. Mintak persetujuan anak. Lakukan masa sedang bf. Lakukan berulang-ulang tiap kali bf, 1-2 minggu.

 

2) Beri Masa

Kalau kita target nak cerai susu akhir Mac, awal Februari tu dah start beri hint dan explain kat anak.

 

3) Setkan Minda

Kita yakin yang usaha kita pasti berjaya. Fikirkan yang anak kita dengan mudah nanti nak bercerai susu.

 

4) Bersabar

Proses cerai susu ni melibatkan emosi ibu dan anak, jadi si ibu perlu banyak bersabar dengan karenah anak-anak. Kalau anak mengamuk, menangis, pujuk dengan kasih sayang.

 

5) Bercakap Benar

Jangan menipu kata miss B sakit, jadi tak boleh bf anak lagi. Kalau letak sirap, mungkin boleh tunjukkan memek muka yang tak best.

Kalau kebetulan sakit, boleh explain kat anak.

 

6) Bahan Yang Selamat

Janganlah guna bahan yang kelat sangat macam akar bakawali. Kesian kat anak kita.

Setakat sirap tu ok lagi. Ada yang guna kopi tapi last-last, anak jadi penggemar kopi plak. Kalau tak nak dedahkan kafein lebih awal pada anak, baik guna bahan lain.

 

7) Berdoa

Part ni paling penting. Tiap kali lepas solat, doa sungguh-sungguh agar Allah tolong, beri kemudahan. Alhamdulillah, walaupun 2 percubaan cerai susu saya tak berjaya, percubaan kali ke-3 berlaku dengan sangat mudah.

 

Apa-apa pun, jangan terlalu stress kalau proses bercerai susu anak ni tidak semudah yang kita harapkan. Sentiasa positif dan amalkan semua tips yang saya kongsikan terutamanya tips no.7 🙂

Share lah macam mana kalian lakukan untuk bercerai susu badan dengan anak, maybe ramai juga boleh try and error nanti 😛

 

Boleh tengok kat sini banyak lagi video testimoni kesihatan dan muhasabah diri yang super best!!!.

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Facebook: Naimah Wahab

Shaklee ID: 1001144

 

20 Comments

  1. Hanafi Abdullah April 5, 2015
  2. Ibrahim April 8, 2015
    • Naimah Wahab April 9, 2015
  3. islam di dadaku April 8, 2015
    • Naimah Wahab April 9, 2015
  4. suri April 8, 2015
    • Naimah Wahab April 9, 2015
  5. Aisah April 14, 2015
    • Naimah Wahab April 14, 2015
  6. Wahab Saputra April 17, 2015
    • Naimah Wahab April 18, 2015
  7. wani August 25, 2015
    • Naimah Wahab September 5, 2015
  8. suri November 25, 2016
    • Naimah Wahab December 30, 2016
  9. Shilasarif February 1, 2019
    • Naimah Wahab February 5, 2019

Leave a Reply to Wahab Saputra Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge