Cara Tingkatkan Daya Imun & Kekebalan Tubuh Melawan Penyakit

Tubuh kita mempunyai sistem imun yang sangat canggih dan kompleks. Ia mampu mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya dengan sel-sel tisu yang sihat.

Sistem tubuh badan kita, terutamanya pertahanan badan dicipta dengan begitu hebat sekali. Bermula dengan pertahanan pertama iaitu Kulit. Tanpa perlindungan daripada kulit, badan kita bukan sahaja boleh rosak, malah turut terdedah kepada toksin, pencemaran dan sebagainya.

 

 

cara tingkatkan imuniti tubuh

 

Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti-bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.

Memandangkan anggota lain seperti mulut, hidung dan mata turut menjadi jalan masuk utama kuman dan bakteria serta segala macam pencemaran ke dalam tubuh, ia turut menyediakan pertahanannya tersendiri.

Contoh pertahanan semulajadi tubuh ialah hidung yang mengeluarkan mukus yang mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang bertindak memecahkan dinding sel bakteria. Selain daripada itu, mulut turut menghasilkan air liur yang mengandungi bahan anti-bakteria.

Sistem imuniti adalah penjaga tubuh kita daripada serangan kuman, mikrob, parasit, bakteria, patogen dan toksin.

Sistem imun ni terdiri daripada sistem limfa, limpa, thymus, sumsum tulang, antibodi, sel darah putih dan hormon. Setiap komponen ni berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.

 

cara tingkatkan imuniti tubuh

 

 

Cara Meningkatkan Kekebalan & Daya Imuniti Tubuh

 

1) Bersenam/Aktiviti Fizikal Secara Teratur

Senaman atau aktiviti fizikal adalah salah satu aspek yang penting dalam kehidupan sihat. Olahraga yang teratur dapat membantu untuk mendapatkan berat badan ideal, menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan kesihatan jantung.

Aktiviti fizikal dapat membantu sel-sel darah putih dan antibodi bergerak lebih cepat keseluruh badan, sekaligus meningkatkan kelancaran serta kelajuan aliran darah. Ia juga dapat menghilangkan bakteria dan mikrob penyebab penyakit.

Aktiviti fizikal atau senaman dapat meningkatkan kadar suhu tubuh yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria dan patogen yang memudaratkan.

2) Pola Pemakanan Yang Seimbang

Makanan yang kaya dengan Vitamin E, Vitamin C, bioflavonoid, zinc, karotenoid, selenium dan asid lemak Omega-3 merupakan antara penguat sistem pertahan dan kekebalan tubuh.

Namun terdapat beberapa jenis vitamin dan mineral dapat diserap secara optimum ke dalam tubuh dengan dibantu oleh nutrisi yang lainnya. Sebagai contoh, Vitamin C yang diperlukan untuk meningkatkan imun tubuh memerlukan bantuan Kalsium dan Magnesium untuk diserap secara lebih berkesan ke dalam badan.

Perbanyakkan juga mengambil sayur, buah serta kekacang.

 

3) Kekal Terhidrat

Minum banyak air sangat bagus untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh. Air kosong akan membantu kelancaran pergerakan sel darah putih dan sel-sel lain bergerak ke seluruh tubuh. Air juga mampu menjadikan kita lebih sihat.

 

4) Elakkan Merokok

Merokok menjadi salah satu punca kerosakan serta kegagalan pelbagai fungsi organ dalam badan. Merokok juga akan menyebabkan sistem pertahan tubuh perokok menjadi semakin lemah. Seterusnya akan mengakibatkan badan perokok mudah terdedah kepada jangkitan dan sukar sembuh berbanding orang yang tidak merokok.

5) Tidur Yang Mencukupi

Kurang tidur dapat memberi kesan terhadap sistem kekebalan tubuh. Didapati bahawa, orang yang kurang tidur mudah terdedah kepada jangkitan bakteria dan virus.

Kemampuan sistem imuniti tubuh untuk menghasilkan antibodi terhadap mikrob juga menurun. Maka, cuba dapatkan waktu tidur yang mencukupi setiap hari.

 

6) Elakkan Makanan Segera

Makanan segera akan memberi impak negatif terhadap sistem imuniti badan kita. Kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan segera seperti burger, pizza tidak bagus untuk kesihatan. Kandungan gula yang terlampau tinggi juga akan menghalang proses fagositosis iaitu proses di mana sel-sel darah putih bertindak memusnahkan bakteria dan virus.

 

7) Mengamalkan Suplemen Nutriferon

 

pengganti penadol atau paracetamol

 

Nutrifeon merupakan suplemen yang dicipta khas oleh pakar imun terkenal, Dr. Yasuhiko Kajima, daripada Universiti Tokyo yang menjadi penggalak kepada sistem imuniti (immune booster) tubuh kita. Dengan mengambil Nutriferon, kekebalan tubuh kita dapat dipertingkatkan.

 

 

Testimoni Nutriferon

 

cara tingkatkan imuniti tubuh

 

cara tingkatkan imuniti tubuh

 

cara tingkatkan imuniti tubuh

 

cara tingkatkan imuniti tubuh

 

cara tingkatkan imuniti tubuh

 

Testimoni Nutriferon - dah tak serang selsema batuk demam

 

cara tingkatkan imuniti tubuh

 

 

Adalah sangat penting untuk memastikan agar sistem imuniti kita sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Selain daripada mencegah sebarang jangkitan, sistem imuniti yang baik juga akan memastikan tubuh kita lebih cepat sihat sekiranya mengalami sebarang penyakit.

 

 

Sharing Is Caring, Caring Is Loving, Loving Is Everything

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Page: Myliferia

Shaklee ID: 1001144

2 Comments

  1. titan February 5, 2016
    • Naimah Wahab February 9, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge