Cendawan Goreng Rangup Bersalut Tepung Buatan Sendiri (Homemade)

Baru-baru ni saya teringin nak makan cendawan goreng bersalut tepung. Tepung buatan sendiri atau omputeh panggil homemade mix flour gitu 🙂 Resipi ni saya tak sempat google, apply kan apa yang diajar oleh kenalan kami sewaktu kami ke Los Angeles dulu. Resipi asal ni beliau buat ayam goreng ala-ala KFC.

 

Mudah jer sebenarnya. Bahan-bahan ni saya main campak-campak sahaja tapi nanti saya buat anggaran sukatan supaya senang korang nak dapat gambaran macam mana nak buat resipi cendawan goreng rangup ni ye.

 

 

Homemade Tepung Goreng Cendawan

Terliur tak nampak? hehe

 

 

Dua tangan budak comel yang larikan cendawan mama... :P

Dua tangan budak comel yang larikan cendawan mama… 😛

 

 

Bahan-bahan Cendawan Goreng Rangup

 

  1. Cendawan tiram
  2. 2 cawan tepung beras
  3. 2 sudu besar rempah sup
  4. 2 sudu besar rempah kari
  5. 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  6. 1 sudu kecil serbuk lada hitam atau secukup rasa

 

 

Cara Membuat Cendawan Goreng Rangup

 

  1. Carikkan cendawan butang sekiranya saiz terlalu besar.
  2. Campurkan semua bahan serbuk tadi kecuali cendawan ke dalam bekas tertutup (tupperware) yang bersaiz sederhana. Bekas aiskrim 1 liter pun boleh.
  3. Goncangkan semua bahan serbuk tadi.
  4. Basuh cendawan dan toskan sekejap.
  5. Ambil cendawan yang masih basah tadi dan masukkan ke dalam bekas campuran tepung, rempah, lada hitam dan garam tadi.
  6. Tutup penutup bekas rapat-rapat.
  7. Goncangkan agar campuran tepung dan rempah dapat menyaluti cendawan secara sama rata.
  8. Goreng hingga garing.
  9. Dah siap! Boleh dihidangkan sebagai minum petang atau makan  bersama nasi panas. Boleh jadi macam ayam kfc tau…hehehe

 

TIPS MASAKAN: Selepas 2-3 kali memasukkan cendawan, tambah sedikit tepung beras ke dalam bekas untuk mengelakkan adunan tepung menjadi masin.

 

Ini kerana garam yang mempunyai tekstur yang lebih besar dan berat berbanding tepung dan rempah, mudah tertinggal di dalam bekas. Nanti cendawan yang kemudian tu jadi masin plak.

 

Selamat mencuba. Resipi ni memang enak, cepat dan mudah disediakan.

 

Ingin mencuba produk Shaklee @ mendaftar ahli Shaklee?

 

Hubungi saya sekarang 🙂

 

Naimah Wahab

SMS/WhatApps: 019 – 937 7380

Shaklee ID: 1001144

9 Comments

  1. titan October 2, 2014
  2. Aina Azhari July 12, 2015
    • Naimah Wahab July 12, 2015
  3. ain August 8, 2015
  4. ain August 8, 2015
    • Naimah Wahab August 10, 2015
  5. Pn Amnah May 19, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge